Sumber imej: The Inspirasi
Selain moratorium, bank-bank juga akan menawarkan pengurangan bayaran ansuran dan pakej-pakej lain termasuk penjadualan dan penstrukturan semula pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021 mengikut kedudukan kewangan peminjam.
Permohonan telah pun dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam yang layak akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu dan 14 hari bagi peminjam PKS.
Perlu diingatkan yang walaupun kelulusan adalah automatik, anda masih perlu menghubungi bank anda untuk memohon pakej moratorium dengan kelulusan automatik.
Moratorium dengan kelulusan automatik ini TIDAK SAMA seperti moratorium menyeluruh…
Untuk pengetahuan anda, moratorium menyeluruh (moratorium automatik) ini tidak memerlukan permohonan anda kerana ianya adalah automatik tanpa mengambil kira sama ada anda memerlukan penangguhan ataupun tidak.
Berbeza pula dengan moratorium dengan kelulusan automatik di mana anda masih perlu membuat permohonan serta menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan (jika perlu). Selain itu, walaupun tiada syarat yang dikenakan, mereka yang mempunyai tunggakan bayaran selama 90 hari atau menghadapi proses pembankrapan atau penggulungan TIDAK LAYAK untuk memohon.
Berdasarkan tinjauan dalam talian yang dilakukan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dari April hingga Mei 2020, 12% peminjam memilih untuk tidak mengikuti moratorium automatik.
Bagi mereka yang mengikutinya, hanya 21% membelanjakannya untuk keperluan asas harian, sementara 48% membina dana kecemasan, 16% untuk tujuan pelaburan, 11% untuk pinjaman selanjutnya dan 4% tidak mempunyai rancangan.
Ada juga laporan yang mengatakan, sehingga 31 Disember 2020, 1.4 juta peminjam telah memohon bantuan pembayaran balik dengan bank mereka dengan kadar kelulusan 95%. Hanya 55% peminjam yang memilih melanjutkan moratorium, dengan 45% memilih pengurangan ansuran bulanan, termasuk isi rumah dan peminjam yang berpendapatan rendah, B40.
Bagaimanakah Pakej Moratorium boleh membantu situasi kewangan anda?
Moratorium membolehkan anda sebagai peminjam menangguhkan ansuran pinjaman/pembiayaan selama 6 bulan. Semasa tempoh moratorium, anda boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu membuat pembayaran untuk pinjaman/pembiayaan.
Bolehlah anda menggunakan duit tersebut untuk menampung kos keperluan asas atau perniagaan. Contohnya, anda telah seorang pemandu bas. Hasil pendapatan anda agak terjejas disebabkan oleh impak pandemik. Kini anda struggle untuk membayar sewa rumah, anda boleh menggunakan duit tersebut untuk membayar tunggakan sewa.
Mungkin anda seorang peniaga kecil. Anda boleh menggunakan duit moratorium ini untuk menampung kos perniagaan anda untuk mengekalkan kadar survival pada waktu pandemik ini.
Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan lagi duit moratorium tersebut dengan:
1. Membina dana kecemasanJika anda masih belum ada dana kecemasan, boleh lah anda mengambil peluang ini untuk berbuat demikian. Ini sangatlah penting terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Contohnya, jika ansuran bulanan anda ialah RM1,600, dengan moratorium selama 6 bulan, anda boleh memperoleh RM9,600.
2. Membayar hutang kad kredit
Moratorium ini tidak termasuk kad kredit, jadi anda perlu membayarnya seperti biasa. Anda boleh menggunakan duit itu untuk menglangsaikan hutang anda terutamanya kalau sudah melambung. Jangan lupa kadar faedah kad kredit adalah tinggi - sekitar 15% setahun. Makin lama anda simpan, makin buruk rekod anda.
Sebelum membuat keputusan sama ada wajar memohon moratorium, inilah impak yang anda (peminjam) patut tahu:
1. Kos pinjaman & tempoh pembayaran anda akan bertambahWalaupun bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium automatik, faedah keuntungan terakru bagi pinjaman yang tertangguh akan diambil kira.
Ini beza pengiraan faedah antara pinjaman/pembiayaan konvensional dan Islamik:
- Pinjaman konvensional: Faedah akan terus dikenakan ke atas baki tertunggak yang terdiri daripada kedua-dua bahagian prinsipal dan faedah (iaitu kompaun) semasa tempoh moratorium.
- Pembiayaan Islamik: Keuntungan tersebut akan terus terakru pada jumlah prinsipal belum jelas, tapi tak akan dikompaun selaras dengan prinsip Syariah.
Sewaktu tempoh moratorium automatik, walaupun anda tidak perlu membayar apa-apa, setiap bulan, faedah RM60 setiap bulan sewaktu penangguhan ini masih akan dicaj. Ini akan menyebabkan kos pinjaman anda bertambah dan sekaligus membuat tempoh pinjaman anda lebih lama dari yang sepatutnya.
Jadi, fikir masak-masak. Kami harap anda tidak akan menyerang pegawai bank sebab terkejut melihat faedah terakru ditambah ke atas baki prinsipal pinjaman anda.
2. Rekod CCRIS anda tidak akan terjejas tetapi…
Selalunya kalau anda tidak buat pembayaran seperti yang dipersetujui, skor kredit anda akan terjejas. Namun begitu, BNM telah memberi jaminan yang Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam yang menyertai tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada tahun 2021.
Tetapi, selepas tempoh penangguhan, mungkin CCRIS anda boleh terjejas. Kenapa pula? Ini kerana kos pinjaman anda telah bertambah disebabkan penangguhan pembayaran. Anda mungkin akan mempunyai masalah untuk membuat pembayaran bulanan jika ia melebihi kemampuan bulanan anda.
Walaupun begitu, anda boleh elak masalah ini dengan berbincang dengan pihak bank ataupun Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk penstrukturan semula hutang.
Untuk semak, baca artikel ini: Langkah Mudah Semak Laporan Kredit Dengan eCCRIS
Ingat, moratorium ini BUKAN satu PAYMENT HOLIDAY tetapi satu KELEGAAN untuk menguruskan aliran tunai anda sebagai peminjam.
Sumber imej: Harian Metro
Anda harus fahami bahawa pakej Moratoroum Automatik ini adalah untuk mereka yang kini menghadapi masalah kewangan yang besar kerana kesan pandemik Covid-19 ke atas ekonomi.
Sekiranya anda dapat membayar pinjaman anda seperti biasa, anda dibenarkan untuk tidak mengikuti program penangguhan ini. Anda tidak perlu membuat apa-apa permohonan; teruskan pembayaran pinjaman anda seperti biasa.
Jika anda perlukan lebih maklumat atau membuat aduan tentang bantuan bayaran balik pinjaman, sila hubungi BNM TELELINK di 1-300-88-5465 atau [email protected].
Selain itu, untuk mengetahui inisiatif yang disediakan dibawah PEMULIH atau secara menyeluruh, anda boleh layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/ untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat dari pakej-pakej kerajaan tanpa mengira latar belakang anda.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul ekoran sebarang kebergantungan anda terhadap maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK:
- 6 Cara Nak Kurangkan Bayar Pinjaman Perumahan Dengan Cepat
- Bagaimana Bank Memperdayakan Korang Dengan Peraturan 78
- 8 Kelemahan Bank Kat Malaysia Yang Korang Boleh Eksploit