Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bajet 2015: Adakah Suara Anda Didengar?

BY Team Loanstreet

Updated 27 Jul 2021




Suara kolektif rakyat Malaysia lantang dalam penjadualan Bajet 2015. Pengutipan pendapat orang ramai merupakan inisiatif kerajaan untuk membolehkan rakyat menyuarakan kesusahan mereka. Dalam perkara ini orang ramai sepakat mengatakan bahawa kos hidup yang semakin meningkat merupakan isu yang paling membimbangkan mereka.

Tanpa berdiam diri, rakyat Malaysia berlumba-lumba menyumbangkan  pendapat mereka dalam portal kerajaan. Perdana Menteri kita kelihatan puas hati dengan idea yang merangkumi aspek yang luas; sikap proaktif Gen Y membuktikan bahawa mereka sebenarnya mementingkan pembangunan negara dan bukan hanya tahu beria-ria sahaja. Dalam artikel ini kita menganalisa keputusan Bajet 2015 dan impak pengumuman tersebut kepada rakyat Malaysia.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Harga Barang Menurun Selepas GST?

Di sini merupakan senarai barangan yang dikecualikan daripada GST:

Bajet 2015: Adakah Suara Anda Didengar?

Berdasarkan Bajet 2015, tahap perbelanjaan anda bergantung kepada amalan pembelian seharian. Anda mungkin berasa lega bahawa RON 95 bebas daripada GST, namun dengan pengurangan subsidi, harga petrol mungkin masih tergantung dalam imbangan.

Selain itu, 532 jenis perkhidmatan dan barangan dijangka menurun harganya pada kadar 4.1%. 354 barangan lain daripada CPI pula dijangkan meningkat harganya tidak melebihi 5.8%. Sungguhpun begitu, kita juga perlu bergantung kepada penentuan harga yang bertanggungjawab oleh para pedagang pada akhirnya.

Setakat ini, kesan penguatkuasaan GST masih dalam bentuk jangkaan bertulis. Dari semasa ke semasa, kita akan perhatikan bagaimana pelarasan harga akan dilakukan dan langkah yang diambil oleh pasaran untuk menghadapinya..

2. Pengurangan Cukai

Dengan pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi, penstrukturan semula kadar cukai telah dicadangkan dalam pengumuman Bajet 2015.

Jadual di bawah menunjukkan perubahan kadar cukai yang akan dilaksanakan.

Bajet 2015: Adakah Suara Anda Didengar?

Bajet 2015: Adakah Suara Anda Didengar?

Bajet 2015: Adakah Suara Anda Didengar?

Secara keseluruhan, kita dapat memerhatikan bahawa kadar cukai akan menurun. Perkara ini dijangka dapat meningkatkan pendapatan bersih isi rumah. Namun begitu, penjimatan cukai tersebut tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan boleh guna semata-mata  kerana cukai anda akan dikutip dalam bentuk GST. Reformasi dan pengurangan cukai itu bertujuan menyalurkan balik sebahagian pendapatan cukai GST kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi harga barangan yang semakin melambung tinggi.

3. Bantuan Rakyat : Lama & Baru

Bantuan kewangan yang tidak berubah ialah RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Baucar buku RM250 (BB1M) juga akan terus memanfaatkan 1.3 juta pelajar di seluruh negara. Jadual di bawah menunjukkan perubahan yang dilakukan kepada BR1M.

Bajet 2015: Adakah Suara Anda Didengar?

Sekali pandang, pemberian kepada segmen tertentu menunjukkan peningkatan. Walau bagaimanapun, kebijaksanaan dan sikap berhati-hati dalam perbelanjaan harian penting untuk mendapatkan manfaat daripada kemasukan wang tunai ini. Lagipun, pemberian tersebut bukan benar-benar percuma tetapi merupakan sebahagian daripada hasil cukai yang disalurkan semula kepada anda untuk mengimbangi kos hidup yang lebih tinggi.

4. Perumahan Mampu Milik :

Inisiatif 'Bajet 2014' telah berjaya menyejukkan spekulasi hartanah pada tahap tertentu tetapi gagal mengawal peningkatan harga rumah. Dalam bajet yang baru, lebih banyak langkah yang telah dicadangkan untuk menyediakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah.

Sewa-Beli

Salah satu dasar yang baru  merupakan sistem sewa-beli. Dasar ini diperkenalkan untuk membantu golongan muda memiliki rumah pertama mereka walaupun mereka tidak mampu untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Di bawah skim ini, pembeli rumah PR1MA akan membayar sewa selama 20-30 tahun. Selepas itu, pemilikan rumah akan dipindahkan kepada penyewa. Ini merupaka inisiatif yang baik untuk membantu mereka yang tidak dapat memenuhi kriteria bank untuk pinjaman perumahan. Sebagai nota: Jika anda mahu  memeriksa kelayakan pinjaman anda dengan bank, sila  menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan di laman web kami dan kami akan melakukan pemeriksaan kredit untuk anda tanpa sebarang kos.

Skim Perumahan Belia

Satu lagi rancangan yang menarik ialah Skim Perumahan Belia. Skim ini adalah untuk belia berumur 25-40 yang sudah berkahwin dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000. Selain itu, kerajaan akan memberi bantuan kewangan bulanan RM200 untuk 2 tahun pertama, pengecualian duti setem sebanyak 50% ke atas dokumen pemindahan dan perjanjian pinjaman , dan juga jaminan pinjaman 10%. Ini bermakna peminjaman 100% mungkin boleh dicapai. Anda harus bertindak cepat kerana skim ini terhad kepada 20,000 pemohon secara "siapa cepat dia dapat". Juga ambil perhatian bahawa rumah yang dibeli di bawah skim ini mestilah tidak melebihi nilai RM500,000.

Sedangkan kedua-dua skim yang dinyatakan akan membantu pembeli rumah kali pertama, terdapat juga strategi yang dilaksanakan untuk mengurangkan harga rumah secara tidak langsung. Hal ini dilakukan melalui pencairan permintaan perumahan. Dengan memperluaskan rangkaian pengangkutan awam (MRT 2 dan LRT 3) dan menyediakan perkhidmatan bas antara bandar, kelas pekerja tidak perlu berpindah ke bandar-bandar besar untuk menikmati kemudahan pengangkutan yang baik. Sebagai kesan, kerajaan berharap untuk mengurangkan permintaan yang tertumpu di rumah-rumah di bandar.

Sebagai Peringatan

Peminjam PTPTN yang tidak menjelaskan bayan balik mereka mungkin disenaraihitamkan oleh CCRIS. Tindakan ini merupakan tindak balas kepada kadar bayaran balik yang rendah oleh peminjam PTPTN sebelumnya. Bagi menggalakkan pembayaran balik PTPTN, potongan 20% akan diberikan kepada mereka yang menjelaskan pinjaman mereka secara sekali gus selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015! Selain itu, mereka yang membuat 12 pembayaran balik bulanan yang berterusan sehingga 31 Disember 2015 akan layak untuk rebat 10%. Anda perlu berjaga-jaga kerana setelah nama anda disenaraihitamkan di bawah CCRIS, peluang anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan akan terjejas pada masa hadapan.

Kesimpulan

Walaupun ada lebih banyak lagi aspek yang boleh dibincangkan daripada 'Bajet 2015', kami memilih untuk menyerlahkan beberapa yang terpilih. Secara keseluruhannya, tema untuk mengurangkan subsidi dan pelaksanaan GST adalah satu langkah yang baik untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan ekonomi. Tindakan yang diambil untuk menyerap kenaikan kos barang datang dalam bentuk pemberian wang tunai secara langsung dan reformasi cukai.

Walaupun ini adalah satu cubaan yang baik, kita mungkin tertanya-tanya jikalau pergantungan kepada bantuan tunai akan membantu golongan berpendapatan rendah dalam jangka masa panjang. Skim rasionalisasi subsidi yang baru juga masih belum diumumkan.

Bagi kelas pertengahan, kesusahan untuk menyara kehidupan seharian masih menjadi beban. Secara umum, seperti kebanyakan hal, 'Bajet 2015' mempunyai pro dan kontranya. Salah satu cabaran utama terletak kepada kemampuan rakyat untuk mengawal etika perbelanjaan dan membuat keputusan kewangan secara berhemah. Kenaikan kos hidup pasti berlaku, tetapi kenaikan gaji untuk gaji anda mungkin tidak dapat berlumba dengannya.

Anda dinasihati untuk menggunakan lebih banyak masa untuk melengkapki diri anda dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membina portfolio kewangan anda. Pengurusan kewangan itu pasti lebih berguna daripada daripada BR1M dalam membantu anda pada jangka masa yang panjang.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pinjaman Peribadi: 5 Perkara Yang Korang Kena Tahu Bila Memohon

Pinjaman Peribadi: 5 Perkara Yang Korang Kena Tahu Bila Memohon

Apa Akan Jadi Kalau Korang Tak Bayar Balik Pinjaman PTPTN?

Apa Akan Jadi Kalau Korang Tak Bayar Balik Pinjaman PTPTN?

Bila Ringgit Naik, Adakah Korang Akan Untung atau Rugi?

Bila Ringgit Naik, Adakah Korang Akan Untung atau Rugi?