Apa itu waranti?
Sebenarnya, waranti ni adalah jaminan yang diberikan oleh pembekal atau pengeleluar kepada pembeli. Jaminan ni adalah untuk baiki atau gantikan barangan yang rosak dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang caj dikenakan kepada pembeli.
Mudah korang nak faham, dalam tempoh waranti ni, kalau berlaku sebarang kerosakan, penjual atau syarikat yang keluarkan barang ni wajib ganti atau baiki semula secara free!
Kalau ikut undang-undang Malaysia, semua produk pengguna dah ada jaminan secara automatik yang jugak dipanggil gerenti tersirat. Maksudnya jaminan atau kepastian yang tak dinyatakan secara terang-terangan tapi paham atau tersirat dari situasi atau tindakan tertentu.
Contohnya, kalau kita beli produk dari jenama terkenal, kita boleh anggap gerenti tersirat yang produk tu berkualiti sebab jenama dia terkenal. Jadi, dia macam janji tak official tapi dah jadi anggapan atau harapan yang kita ada.
Apa hak korang sebagai pengguna?
Dalam proses ni, ada satu hak yang cover korang sebagai pengguna. Hak ni disebut sebagai hak tebus rugi.
Dalam hak tebus rugi ni, sebagai pengguna korang layak untuk dapat pampasan atau ganti rugi kalau barang atau yang korang dapat tak berfungsi sepatutnya.
Jadi, akta mana yang cover korang sebenarnya berkaitan waranti ni?
Waranti atau gerenti tersirat ni kalau tak dapat dipenuhi ada akta yang cover korang sebagai pengguna iaitu Akta Pengguna 1999.
Dalam akta ni, ada beberapa seksyen yang ada terangkan pasal perkara ni:
Seksyen 32 Akta Perlindungan Pengguna 1999:
Barang yang dibekalkan kepada pengguna mempunyai gerenti tersirat, iaitu barang itu adalah daripada kualiti yang boleh diterima dan selamat untuk digunakan.
Seksyen 41 (1) (a) dan 46 pula menyatakan,
Bagi barang yang gagal mematuhi gerenti, pembekal boleh:
a) membaiki barang, jika kegagalan itu tidak berkaitan
b) memulihkan apa-apa kecacatan hak milik, jika kegagalan itu berkaitan dengan hak milik
c) menggantikan barang itu dengan barang yang serupa jenisnya
d) memberikan bayaran balik apa-apa wang yang telah dibayar atau balasan lain yang telah diberikan
Di bawah akta yang sama, bukan saja barang, sebenarnya servis atau perkhidmatan pun ada waranti jugak tau!
Apa pilihan yang korang ada untuk claim waranti ni?
Biasanya, akan ada dua situasi yang berlaku iaitu:
Situasi 1 : Kerosakan tu boleh dibaiki
Bagi situasi ini, kalau kerosakan tu masih boleh dibaiki, ada dua jenis penyelesaian;
- Penjual akan baiki kerosakan tanpa caj
- Ganti barang daripada jenis yang sama
- Refund balik harga barang
- Kalau korang gunakan kos duit sendiri untuk baiki barang, sebagai pengguna korang boleh tuntut balik kos tu dengan penjual
Situasi 2: Kerosakan tu dah tak boleh baiki
- Dapat ganti rugi daripada pihak penjual
- Refund balik harga yang dah dibayar
- Ganti barang daripada jenis yang sama
Macam mana nak claim waranti?
Gambar hiasan
- Setiap kali beli barang simpan resit atau bukti pembelian. Kalau takut resit tu hilang dakwat, korang boleh scan lagi resit tu.
- Ambil gambar dan video kerosakan barang.
- Rujuk balik polisi waranti barang korang beli tu. Pastikan sama ada barang masih dalam tempoh waranti atau tidak.
- Dengan segala bukti resit dan video atau gambar kerosakan barang, buat laporan kepada pihak penjual untuk tindakan diorang.
Apakah tanggungjawab korang sebagai pembeli untuk pastikan korang boleh claim waranti?
- Jangan guna dah barang yang rosak tu. Jangan sebab mentang-mentang boleh guna lagi sikit-sikit, korang teruskan lagi.
- Dah rosak lama, biarkan lama, baru nak report ke seller. Bila dah lama sangat, macam-macam masalah lagi boleh buat proses nak claim ni susah. Sebab, korang perlu buat report kerosakan ni dalam tempoh yang munasabah.
- Simpan resit dan waranti. Yang ni paling penting. Ada sesetengah syarikat sekarang dah ada online warranty. Korang cuma daftar sekali, nak check online nanti pun senang
Tapi ingat, claim waranti korang ni boleh kena reject kalau:
- Korang takde sebarang sebarang bukti pembelian
- Korang sebagai pembeli dah tahu kerosakan barang tu sebelum beli tu
- Kerosakan tu disebabkan kecuaian korang sendiri
Jadi, pastikan korang memenuhi syarat dan ambik tahu jugak tentang perkara ni
Apa yang korang perlu buat kalau penjual nak kenakan bayaran walau barang masih dalam waranti?
Bagi masalah ni, korang boleh buat aduan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) atau memfailkan kes di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk membuat tuntutan.
Kalau aduan korang lengkap dan dengan bukti yang secukupnya, banyak dah kes pengguna yang menang dalam tuntutan ni.
Yang penting, korang kena bagi bukti pembelian resit atau kad waranti bila nak buat tuntutan tersebut.
Apa cara buat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia?
Secara ringkasnya, ada dua cara mudah untuk buat Tribunal Tuntutan Pengguna iaitu:
- Korang pergi ke kaunter TTPM di seluruh negara.
- Buat aduan secara online di laman web e-Tribunal
Bagi proses ini, bayaran yang korang kena bayar yuran pemfailan sebanyak RM5.00.
Bukan tu saja, kalau barang online sampai tapi rosak pun korang jugak boleh buat aduan tau dengan cara yang sama!
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
- Laman web: www.kpdnkk.gov.my
- Pusat Pengurusan Aduan Pengguna
- Email: [email protected]
- Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnkk.gov.my
Rugi kalau tak tau tanggungjawab sebagai pengguna. Bukan duit je membazir, barang rosak pun dah tak boleh dipakai.
Kitorang harap artikel ni dapat bantu mudahkan urusan untuk selesaikan masalah korang. Kalau nak belajar lebih banyak lagi pasal tips kewangan, boleh baca banyak lagi dekat laman web Loanstreet tau!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.