Ha... apa itu geopolitik?
Geopolitik tu adalah permainan politik rentas negara antara superpower. Korang tahu kan negara mana yang diiktiraf superpower tu? Cuba korang teka dulu!
Yang jadi ahli dalam Security Council, yang ada kuasa veto dalam PBB tu adalah superpower. Namun pentas geopolitik sekarang ni banyak diwarnai oleh persaingan antara Uncle Sam dan China. Rusia dah slow sikit dah lagi-lagi Putin lebih suka bermain di belakang tabir berbanding Trump dan Xi Jinping yang prefer bersilat di langit terbuka.
Dalam bab geopolitik ni, dua pemain utama yang menjadi elephant adalah USA dan China. Kalau korang nak tahu, USA adalah pengeluar terbesar minyak global manakala China adalah pengguna kedua minyak terbesar global pada hari ni.
Sepanjang tahun, kedua-dua negara ni bergaduh dan membuat provokasi sama ada di darat mahupun di laut. Kalau korang ingat, dulu USA mencorak dunia menerusi idea TPPA, China pula menerusi OBOR (Belt Road). USA dengan IMF, China dengan ADB. Dua-dua negara ni macam Ferrari dan Lamborghini - sama hebat, sama langsi!
Bagi USA, mereka rasa mereka perlu kekang China dan sekutunya dari mara. Begitu juga sebaliknya oleh China. Kedua-duanya berlumba sama ada secara rahsia atau secara terang-terangan. Maka perancangan perlulah dirangka dengan teliti dan rahsianya adalah harga minyak global perlu dikacau.
Kronologi Kejatuhan Minyak
Krisis kejatuhan harga minyak ni sebenarnya bukan perkara yang baru. Kalau kita tengok semula antara tahun 1984 hingga 2013, ada lima episod penurunan harga minyak dunia iaitu:
-
1985 – 1986: Disebabkan oleh perubahan polisi OPEC
-
1990 – 1991 & 2001: Disebabkan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat
-
1997- 1998: Ketika krisis ekonomi Asia
-
2007- 2009: Ketika krisis ekonomi global (krisis sumber & sub-prima)
-
2014 - Kini: USA melambakkan minyak oil shale mereka di persada dunia
Sumber: http://suarapakatandaily.com
Korang tahu tak yang dulu USA berupaya untuk produce minyak sebanyak 9 juta tong sehari? Namun sekarang dah naik kepada 10 juta sehari dan keupayaan pengeluaran minyak mereka dipertingkatkan lagi dari masa ke masa. Akhirnya, USA menjadi pengeluar minyak global terbesar mengalahkan Arab Saudi dengan kadar pengeluaran 15 juta tong sehari.
Lebih-lebih lagi, untuk seabad ni, Universiti ulung di USA juga dah memperkasakan lagi hal-ehwal carigali dan petroleum engineering agar USA dapat memanfaatkan oil shale tanpa perlu bergantung kepada brent crude oil yang merupakan benchmark kepada minyak global.
Simple matematik untuk harga minyak ni adalah dengan demand and supply. Kalau supply terlampau banyak berbanding demand, harga akan jatuh dan inilah yang berlaku apabila USA telah melambakkan minyak shale mereka di pasaran global.
Situasi ni telah memaksa Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) selaku gabungan yang mewakili 40% pengeluaran minyak dunia pada tahun 2015 yang lalu untuk mengurangkan pengeluaran minyak mereka.
Buat pertama kalinya, OPEC terpaksa tunduk dengan USA dalam isu ni...
Minyak merupakan sumber pendapatan utama bagi negara-negara OPEC ni, jadi kejatuhan USD1 harga minyak adalah sama dengan kerugian RM1bilion bagi negara OPEC. Maka nak tak nak, OPEC terpaksa cut pengeluaran minyak mereka dan sekaligus merugikan pendapatan sehingga paras harga minyak dunia jatuh di bawah USD50 setong.
So, ekonomi negara-negara pengeluar minyak terbesar ni telah berjaya dilemahkan. Lambakan penawaran terancang ni secara langsung telah menaikkan nilai matawang dolar USA dan menurunkan nilai matawang negara-negara lain.
Berbalik kepada faktor geopolitik, ia juga akan beri kelebihan kepada USA dalam mengukuhkan ekonomi dan politiknya berbanding musuh utamanya iaitu Rusia dan China.
Rusia sangat terkesan kerana negara ni bergantung kepada hasil minyak mentah sebagai sumber pendapatan utama pada ketika itu. Bertambah buruk lagi dengan sekatan ekonomi antarabangsa terhadap Rusia yang memaksa mereka untuk terlalu bergantung kepada hasil sumber minyak semata-mata. Kejatuhan harga minyak ni menyebabkan nilai matawang Roubles Rusia jatuh teruk melebihi 114% berbanding USD pada tahun 2015.
Kejatuhan nilai matawang ni memberikan kesan yang buruk kepada ekonomi domestik. Contohnya, kuasa membeli rakyat kurang dan ia memberikan kesan kepada aktiviti import dan eksport. Jadi tak hairanlah Rusia telah meningkatkan pengeluaran minyak kepada 10.5 juta tong sehari untuk stabilkan ekonomi dia time tu dan membantutkan usaha untuk menstabilkan kadar pengeluaran minyak mentah global. Ni tak tambah lagi dengan krisis pesawat MH17 yang menyebabkan Rusia lagi tertekan.
Sumber : https://www.dailymail.co.uk
Polemik Kenaikan Kadar Pinjaman USA Petaka Ekonomi China
Peningkatan pengeluaran minyak USA menandakan negara ni tak memerlukan supply dari luar dan secara langsung merangsang ekonomi domestic mereka. Maka, kos operasi menjadi lebih murah dan pelabur berpusus-pusu membuat pelaburan di negara tersebut. Situasi ni diburukkan lagi dengan tindakan The Federal Reserve bermain polemik untuk menaikkan kadar faedah pinjaman mereka yang mana ia membuatkan pemain bon dan penanam modal waswas untuk membuat pelaburan atau tak.
Polemik yang berlangsung selama lebih setahun ni turut memberikan kesan kepada Malaysia sehingga mantan Gabenor BNM pada ketika itu, Tan Sri Zeti meminta USA segera menamatkan polemik tersebut.
Ura-ura dan polemik berlangsung selama setahun tersebut berjaya menjejaskan ekonomi dan matawang dunia. Antara yang terkesan adalah negara kita ni, Malaysia. Kalau nak cakap yang paling terkesan, pastinya China sehingga mereka terpaksa menurunkan nilai matawang mereka sebanyak 3% ke 4% pada tahun 2015.
Korang nampak 4% tu mesti sikit kan? Padahal impak dia cukup dahsyat kepada pasaran ekuiti global yang rugi bertrilion dolar dan juga kepada matawang negara-negara lain yang berdagang dengan China seperti dolar Australia, Yen Jepun, won Korea, dolar taiwan termasuk ringgit Malaysia yang telah susut nilai sebanyak 31.6% pada ketika itu. Maka dalam fasa ni, USA ada upper hand berbanding pesaing utamanya.
Sumber : https://asia.nikkei.com/
Dan pada hari ni, USA terus memperkukuhkan kedudukannya walaupun China ada juga bertindak balas dengan pelan ekonominya. Malah disebalik wabak Covid-19 yang tengah melanda, kedua-dua negara ni masih berkonfrontasi di Laut China Selatan. Selagi kedua-dua negara ni masih ada conflicts, yang jadi mangsa adalah negara-negara lain termasuk Malaysia.
Kalau korang nak tahu apa effect keturunan harga minyak kepada rakyat Malaysia boleh baca ni. Baca juga: Mengapakah Harga Minyak akan Menurun - Teori yang paling Ketara!