Hidup Dengan Psoriasis:
Apa Kosnya?

Bukan sekadar masalah kulit.

Apakah itu Psoriasis?

Psoriasis adalah penyakit autoimun yang kronik dimana simptom boleh dilihat dengan jelas pada bahagian kulit. Sebanyak 2% hingga 3% populasi dunia menghidapi penyakit ini. Mengikut Medical Journal of Malaysia, 2% hingga 6% pesakit baru psoriasis dijumpai di klinik dermatologi di seluruh Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa penyakit psoriasis ini tidak berjangkit.

Apakah Punca Psoriasis?

Secara umum, kebanyakan penyakit psoriasis berpunca daripada faktor-faktor yang sama seperti:

  • Ubat-ubatan
  • Trauma kulit
  • Alkohol
  • Tekanan
  • Cuaca
  • Penggunaan kortikosteroid oral/sistemik

Apakah Jenis-jenis Psoriasis?

Ia adalah amat penting untuk mengetahui jenis psoriasis yang anda hidapi. Ini boleh membantu anda dan doktor dalam menguruskan rancangan rawatan dan kos dengan baik.

microsite-things-plague-psoraisis.jpg

Plaque Psoriasis

Kulit radang, bersisik & panau.

nail-psoriasis.jpg

Nail Psoriasis

Lekapan dan pemisahan kuku.

guttate-psoriasis.jpg

Guttate Psoriasis

Benjolan merah, kecil, berbentuk air mata.

inverse-psoriasis.jpg

Inverse Psoriasis

Kemunculan ruam di lipatan kulit.

pustular-psoriasis.jpg

Pustular Psoriasis

Luka yang dipenuhi dengan nanah.

erythrodermic-psoriasis.jpg

Erythrodermic Psoriasis

Radangan kulit yang besar dan teruk.

Asset 3

Apakah Jenis-jenis Rawatan yang Disediakan?

Mengikut Persatuan Pakar Dermatologi British, masih belum ada lagi ubat penawar untuk penyakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ada beberapa rawatan yang dapat membantu melegakan dan menguruskan penyakit psoriasis. Jenis rawatan akan bergantung pada jenis dan tahap keterukan psoriasis.

RAWATAN TOPIKAL

Ubat minyak, krim, losyen, gel dan syampu.

Tropical

FOTOTERAPI

Rawatan cahaya ultraviolet B (UVB) dan ultraviolet A (UVA).

Phototherapy

RAWATAN SISTEMIK

Tablet atau ubat cair.

Treatment

BIOLOGIK

Suntikan atau infus intravena (IV).

Biologics

Bagaimana Anda Boleh Menguruskan Kos Rawatan?

Mengikut tahap penyakit psoriasis, kos rawatan boleh menjadi beban kewangan yang besar untuk pesakit. Berikut merupakan beberapa cara untuk menguruskan kos rawatan:

  1. Penjimatan daripada perbelanjaan ubat-ubatan.
  2. Minta doktor memberi sampel ubat percuma apabila diberi preskripsi ubat. Anda juga boleh tanya berkaitan skim bantuan perubatan atau Program Bantuan Pesakit (Patient Assisted Programme - PAP) untuk menjimatkan kos rawatan.

  3. Pengeluaran duit KWSP.
  4. Ya, KWSP membenarkan pencarum untuk mengeluarkan duit daripada simpanan Akaun 2 untuk membayar perbelanjaan perubatan yang dikeluarkan, rawatan penyakit kritikal DAN/ATAU untuk pembelian peralatan bantuan perubatan.

  5. Dapatkan perlindungan insurans.
  6. Bincang dengan ejen insurans anda untuk memastikan diri anda dilindungi oleh insurans perubatan untuk kos rawatan dan perubatan.

  7. Mohon pinjaman peribadi.
  8. Memandangkan kos dan kerumitan jenis rawatan, kesan kewangan daripada rawatan psoriasis boleh menjadi sangat tinggi.

Marilah buat perbandingan daripada bank-bank berlainan bagi memastikan anda mendapat pinjaman peribadi yang sesuai dengan bajet dan situasi. Jangan biarkan kos rawatan yang tinggi menghalang anda daripada mendapatkan rawatan psoriasis yang sepatutnya.

Untuk maklumat mengenai kos rawatan psoriasis, sila berbincang dengan pakar kesihatan anda dan KLIK SINI untuk penjelasan yang lebih lanjut.