Telegram icon
Balik ke Pelan

Apa yang dilindungi?

Objek Jatuh
Perlindungan daripada apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh objek jatuh.
Kos Perundangan
Meliputi yuran peguam, tidak termasuk apa-apa bentuk bayaran penalti
Sehingga RM2,000
Kecederaan Badan kepada Pihak Ketiga
Meliputi liabiliti anda dalam apa-apa kejadian kecederaan badan kepada pihak ketiga.
Tiada Had
Kematian Pihak Ketiga | Tanpa Had
Melindungi liabiliti anda dalam apa jua keadaan yang menyebabkan kematian kepada pihak ketiga.
Kerosakan Harta Pihak Ketiga
Sehingga RM 3 Juta
Perlindungan Kemalangan Diri
Kekurangan Kredit
Menyediakan pembayaran ganti bagi kehilangan deposit yang dibayar untuk motosikal anda tertakluk pada maksimum 10% daripada jumlah diinsuranskan atau RM2,500

Perkara yang Perlu Diambil Tahu

Polisi ini menyediakan insurans terhadap kerugian atau kerosakan pada kenderaan anda, liabiliti terhadap pihak ketiga bagi kecederaan anggota atau kematian, dan kerosakan kepada harta pihak ketiga.

Jumlah premium yang anda perlu bayar terdiri daripada jumlah premium perlindungan standard dan perlindungan tambahan yang diminta, dan mungkin berbeza bergantung kepada kelayakan diskaun tanpa tuntutan (DTT) dan keperluan pengunderaitan syarikat insurans.
Jumlah premium perlindungan standard dikira menurut De-Tarif faktor yang di antaranya adalah seperti berikut :

  • Umur Pihak Yang Di Insuranskan
  • Kegunaan Kenderaan
  • Keupayaan Enjin
  • Usia Kenderaan
  • Jumlah Yang Di Insuranskan*
  • Buatan Kenderaan
  • Jantina
  • Diskaun Tanpa Tuntutan
  • Poskod


*Jumlah yang diinsuranskan adalah berdasarkan nilai pasaran semasa kenderaan.

Jenis Jumlah
Komisen yang dibayar kepada ejen insurans 10% daripada premium
Duti setem RM10
Cukai Perkhidmatan (CP) 6% daripada premium

  • Kewajipan Pendedahan:

a) Kontrak Insurans Pengguna
- Menurut Perenggan 5 daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon insurans ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak salah nyata dalam menjawab soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon insurans ini). Anda dikehendaki menjawab soalan-soalan dalam Borang Cadangan ini dengan lengkap dan tepat.
- Kegagalan untuk mengambil langkah yang munasabah dalam menjawab soalan-soalan, mungkin mengakibatkan pembatalan kontrak insurans anda, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans anda.
- Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak insurans anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami.
- Sebagai tambahan kepada soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon insurans ini), anda dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa perkara lain yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan.
- Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan insurans ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.

b) Kontrak Insurans Komersial
- Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon insurans ini untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda berkewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan, dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan ganti rugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans anda.
- Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak insurans anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami.
Comp-MC 3
- Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan insurans ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.

  • Anda mesti mendedahkan semua fakta material seperti kemalangan dahulu dan pengubahsuaian pada enjin.
  • Anda mesti memastikan motosikal anda diinsuranskan pada jumlah yang sesuai.
  • Lebihan, iaitu jumlah kerugian yang anda perlu tanggung jika melibatkan kemalangan akan dinyatakan di dalam jadual polisi anda.


Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk senarai penuh terma dan syarat di bawah polisi ini.

Polisi ini tidak melindungi sesetengah kerugian, seperti:

  • Kematian atau kecederaan diri anda sendiri kerana kemalangan motor;
  • Liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang motosikal anda;
  • Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang timbul daripada bencana alam iaitu banjir, ribut atau tanah runtuh;
  • Segala kerugian turutan; dan
  • Kehilangan kegunaan kenderaan anda.


Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi ini.

  • Anda boleh membatalkan polisi anda pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada kami;
  • Anda hendaklah dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pembatalan di bawah perenggan di atas, menyerahkan sijil insurans asal kepada kami, atau menyediakan kami satu akuan berkanun jika sijil berkenaan telah hilang atau musnah;
  • Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik premium berdasarkan kadar tempoh pendek, dimana premium minimum yang dibayar (melebihi 8 bulan) di bawah polisi ini tidak akan dikembalikan;
  • Kami juga boleh membatalkan polisi ini dengan memberi anda notis 14 hari secara bertulis melalui surat berdaftar kepada alamat anda yang terakhir; dan
  • Sekiranya pembatalan dibuat oleh kami, anda layak mendapat bayaran balik premium secara prorata bagi tempoh yang belum tamat dikira dari tarikh penerimaan sijil asal atau akuan berkanun sekiranya sijil berkenaan telah hilang atau musnah.

Ia adalah penting yang anda memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan dalam butiran perhubungan anda untuk memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai insurans motor, sila rujuk kepada risalah infoinsurans tentang ‘Insurans Motor’, yang boleh didapati di semua cawangan kami atau anda boleh mendapatkan senaskhah daripada ejen insurans atau layari www.insuranceinfo.com.my.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:

Pacific & Orient Insurance Co. Berhad
Tingkat 11, Wisma Bumi Raya,
No. 10, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2698 5033
Faks : 03-2693 8145
E-mel : poi2u@pacific-orient.com