Grab ada offer apa?
Untuk rider-rider Grab ni, diorang boleh kata untung gak lah sebab Grab ada offer 2 jenis polisi insurans iaitu Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident) dan Insurans Bulanan 24/7 GrabBenefits (Personal Accident). Korang mesti tertanya-tanya apa beza antara 2 polisi ni, kan?
Kalau korang perasan dari nama polisi tuh, satu polisi tuh cover bila waktu bekerja saja. Yang lagi satu cover riders Grab ni selama 24 jam. Kiranya, kalau rider eksiden waktu on the way balik rumah pun, Grab cover. Meh admin terang kasi lebih faham untuk dua insurans ni.
Contohnya, Ahmad eksiden waktu dia nak hantar order. Sebabkan waktu tuh, dia ada order, kiranya Ahmad berhak dapat coverage Insurans Perjalanan Grab. Katakan yang waktu Ahmad dah siap hantar makanan dan dia tengah on the way ke tempat lain tapi tengah tak ada order, Ahmad takkan dapat insurans sebab dia tengah tak bertugas. Tapi, kalau Ahmad ada Insurans Bulanan 24/7 GrabBenefits? Dia akan dapat insurans tuh.
Sumber: Grab
Kalau korang tengok antara 2 polisi ni, admin tak dapat nafikan yang Insurans Bulanan 24/7 GrabBenefits lagi bagus. Ini kerana polisi ni cover semua tapi hanya untuk riders di peringkat silver, gold dan platinum sebab mereka kira cam dah layak. Grab akan tengok prestasi riders ni pada bulan sebelumnya dan baru diorang akan kategorikan riders ni kat peringkat yang mana.
Syarat-syarat yang riders kena ikut adalah:
-
Telah melengkapkan lebih dari 30 penghantaran pada bulan sebelumnya
-
Memiliki Kadar Pembatalan (CR) kurang dari 8% pada bulan sebelumnya
Admin pun ada buat table ni untuk kasi korang lebih faham:
Insurans Grab Cover Apa? | Insurans Korang Cover Apa? | |
Kereta/motosikal problem |
✔ | |
Kos perubatan | ✔ | |
Kos perlindungan kalau korang meninggal/hilang upaya | ✔ | |
Kos kematian | ✔ | |
Kos pengebumian | ✔ |
Kalau korang berminat nak jadi rider untuk Grab, boleh baca ni untuk maklumat lanjut. Korang boleh tahu apa manfaat terbaru, cara untuk semak peringkat dan cara tebus ganjaran. Kalau korang ada soalan lebih, boleh baca FAQ dari Grab ni.
BACA JUGA: Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?
Macam mana ngan Foodpanda?
Kalau korang berminat nak jadi rider untuk foodpanda, jangan risau ya. Admin kata jangan risau ni sebab Foodpanda ada sediakan insurans kepada semua aktif riders. Entah lah free, semua dapat lagi tuh! Polisi yang dipanggil sebagai Skema Insurans Percuma ni cover untuk 24 jam ya walaupun rider tengah tak bekerja. Cuma cam biasalah, kena bayar dulu baru boleh claim!
Apa je yang polisi insurans ni cover? Korang boleh baca list dan table kat bawah ni:
-
Kos perubatan sebanyak RM1,000
-
Kalau hilang keupayaan kekal, dapat RM20,000
-
Kalau meninggal, kos kematian dapat RM20,000
-
Kos pengebumian pulak RM1,000
Insurans Foodpanda Cover Apa? | Insurans Korang Cover Apa? | |
Kereta/motosikal problem | ✔ | |
Kos perubatan | ✔ | |
Kos hilang upaya | ✔ | |
Kos kematian | ✔ | |
Kos pengebumian | ✔ |
Kiranya, lagi senang untuk korang sebab skema insurans ni untuk semua riders yang aktif. Apa yang Foodpanda kira sebagai aktif? Korang dikira aktif jika korang dah ada plan kerja yang korang buat sendiri untuk minggu depan. Prosedur dia pun lebih kurang biasa. Admin siap ada sediakan gambar untuk korang tengok kat bawah ni.
Sumber: Foodpanda
BACA JUGA: 7 Perkara Yang Polisi Insurans Motosikal TAK Cover
Goget pulak, offer apa je?
Bila admin tahu pasal apa yang GoGet offer kan, admin cam wow sikit. Hah korang confirm nak tahu kenapa kan? Kalau korang nak tahu, admin wow sebab walaupun GoGet tak boleh cover untuk semua, riders boleh claim untuk kes-kes yang serius dan amaun dia dikira besar gak lah. Korang boleh tengok table kat bawah ni atau link ni kalau nak lebih jelas.
Insurans GoGet Cover Apa? | Insurans Korang Cover Apa? | |
Kereta/motosikal problem | ✔ | |
Barang rosak | ✔ | |
Luka kecil | ✔ | |
Kos ambulans | ✔ | |
Koma | ✔ | |
Tulang patah | ✔ | |
Barang-barang personal | ✔ | |
Hilang anggota badan | ✔ |
Sumber: GoGet
Jadi, apa lagi yang GoGet cover untuk riders dia? Korang boleh tengok link ni kalau nak tahu apa eksiden dan keadaan-keadaan yang GoGet boleh cover. Korang siap boleh tengok lagi lain-lain kebaikan yang dia ada sediakan juga.
BACA JUGA: Motosikal Kena Curi!!! Ini Apa Yang Korang Perlu Buat
Servis penghantaran yang lain macam mana?
K, waktu admin tengah cari maklumat untuk artikel ni kan, admin perasan ada servis yang letak maklumat-maklumat ni kat website diorang dan ada yang tak. Mungkin diorang hanya bagitau rider diorang bila diorang dah start bekerja. Atau mungkin diorang tak ada sediakan insurans kat rider diorang. Admin sendiri pun tak pasti.
Apa yang admin pasti adalah insurans ni penting untuk riders lagi-lagi bila majoriti kerja mereka ni dekat jalan. Dari contoh-contoh yang admin bagi ni pun, korang boleh nampak yang riders ni tak dilindungi setiap masa. Lagi satu juga, bila bercakap pasal insurans ni, kita pun tak tahu apa yang boleh berlaku sebab yang akan buat keputusan akhir nanti adalah syarikat-syarikat insurans ni. Apa orang kata tuh? Kena ikut terma dan syarat.
So, apa yang korang boleh buat? Admin cadangkan kalau korang nak jadi rider untuk mana-mana servis penghantaran ni untuk ada insurans korang sendiri. Yang insurans kesihatan sendiri penting, yang insurans untuk motosikal pun penting! Lagipun, insurans yang servis penghantaran bagi ni tak boleh nak cover semua.
Lagi satu, admin nak ingatkan korang yang insurans dari servis penghantaran ni tak bermaksud yang tak payah renew insurans motosikal sendiri tau (jangan cari nahas wei). Still kena ada juga insurans untuk motosikal korang sendiri. Dia macam lebih kurang SOCSO lah, korang kena ada insurans motosikal yang sah juga kalau nak guna motosikal tuh.
Jangan risau, sekarang senang je sebab semua boleh online. Kalau korang nak, Loanstreet pun boleh tolong kalau korang nak beli atau renew insurans motosikal! Boleh baca artikel ni kalau nak tahu dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: Jap, Elaun Pinggan Menteri Boleh Beli Berapa Banyak Insurans?