Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Alamak! Apa nak Buat Kalau Motosikal Kena Curi?

BY Team Loanstreet

Updated 07 Jun 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Apa agaknya korang rasa, bila korang sedar yang motosikal kesayangan korang dah takde kat tempat yang korang park? Bukan takde sebab korang lupa park kat mana tau, tapi motosikal korang dah selamat kena kebas dek peencuri. Huuuu…sakit jiwa weyhh kalau jadi camtu.

Itulah yang jadi kat member admin masa bulan puasa haritu. Puas cari merata, memang tak nampak bayang!

Penyudahnya, member admin pun terpaksalah menapak pergi balai polis.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Kalau korang pun senasib dengan member admin, ni dia cara-cara untuk korang buat report polis:

loanstreet-motosikal-kena-curi-apa-nak-buat

  1. Cari mana-mana pejabat polis berdekatan dengan korang, dan buat report dalam masa 24 jam selepas kejadian. Jangan delay, satgi tak boleh claim insurans. Bawak sekali salinan geran motosikal dan polisi insurans motosikal tu. 
  2. Masa buat report, pastikan korang terangkan situasi secara terperinci untuk memudahkan kerja abam polis cari semula motor korang tu. 
  3. Lepas dah buat report, korang akan diberikan satu salinan laporan polis berkenaan dengan kes kecurian. Jangan hilangkan kertas tu pulak sebab benda tu diperlukan untuk korang buat claim dengan pihak insurans.


Lepas dah settle dengan abam polis, jangan lupa claim insurans

PENTING: Kalau korang takde insurans atau insurans motosikal dah expired, laporan polis tak sah (sebab lambat report) ataupun cuma ada Perlindungan Pihak Ketiga, lupakanlah niat korang untuk claim insurans.
loanstreet-motosikal-kena-curi-apa-nak-buat

Tapi kalau korang ada insurans komprehensif, korang BOLEH tuntut ganti rugi tanpa was-was. Korang follow je langkah-langkah ni:

  1. Mula-mula, dapatkan borang tuntutan dari syarikat insurans dan isi borang tu. Ingat, borang ni hanya boleh di isi oleh pemilik kenderaan dan pelapor.

  2. Lepas dah hantar borang, adjuster dari pihak insurans akan contact korang untuk dapatkan testimoni lisan selain testimoni bertulis (report polis). 

  3. Yang ni ambil masa sikit. Dalam masa 4 - 6 bulan, pihak insurans akan sediakan surat tawaran (kalau tuntutan lulus) atau surat pemberitahuan (kalau tuntutan gagal).

  4. Andaikata korang dapat surat tawaran, maksudnya syarikat insurans tu bersetuju untuk bayar ganti rugi. Selalunya pihak insurans akan bagi kita pilihan samada nak duit atau nak beli motor lain. 

  5. Bila dah terima tawaran, pastikan korang lengkapkan dokumen-dokumen yang diminta


Ni dia dokumen yang selalunya pihak insurans mintak:

  • Surat persetujuan tawaran (dilampirkan bersama surat tawaran)

  • Borang JPJ TM-AB (pengesahan kad pengenalan; dicop sumpah oleh pegawai JPJ)

  • Borang JPJ K3 (2 keping)

  • Borang JPJ K8 (1 keping)

  • Surat pelepasan oleh syarikat sewa beli (jika sudah habis pinjaman)

  • Kunci kenderaan (surat pemberitahuan jika kehilangan kunci)

  • Kad Pendaftaran Kenderaan Asal

**Borang-borang JPJ boleh didapati di mana-mana cawangan JPJ seluruh negara

Kalau motosikal yang hilang tu belum habis dibayar, kami nasihatkan korang untuk rujuk perkara ni dekat bank yang korang buat pinjaman tu. Takut nanti ada masalah lain pulak.


Kalau orang tu curi aksesori motosikal je, insurans boleh cover tak?

Hmm…kalau bab aksesori ni, nampaknya korang tak boleh claim ya. Bukan takat tu je, kalau motosikal korang rosak disebabkan bencana alam, mogok, rusuhan atau kekecohan awam, pun tak boleh claim jugak. 

loanstreet-motosikal-kena-curi-apa-nak-buat

TAPI, kalau ada perlindungan tambahan, ni semua boleh settle!

Dengan syarat, pakej insurans yang korang beli tu luluskan kesemua perlindungan tambahan yang kami sebutkan tadi.

Sesetengah polisi boleh jugak berikan lebih banyak perlindungan tambahan.. Nak tahu lebih lanjut, boleh bincang dengan pihak insurans korang.


Selain kecurian, apa lagi yang insurans motosikal ni boleh cover?

Biasanya, insurans motosikal akan cover jugak untuk:

  • Sebarang kecederaan fizikal atau kematian kepada pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan.

  • Sebarang kerosakan terhadap motor pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan.

  • Sebarang kerosakan pada motosikal korang sekiranya berlaku kebakaran, letupan atau kilat.

  • Sebarang kerosakan pada motosikal korang sekiranya berlaku pecah masuk, kecurian atau rompakan.

  • Sebarang kerosakan pada motosikal korang sekiranya berlaku kemalangan. 

Tapi ingat, bukan semua polisi insurans offer perlindungan yang sama. Jadi korang kena pilih betul-betul perlindungan apa yang korang nak.


Kalau tak pernah kena situasi macam ni, baik korang berjaga sebelum terkena!

Bukan senang nak jaga motor daripada kena curi, kan? 

So, korang boleh amalkan tips kat bawah ni untuk elak masalah-masalah yang boleh serabutkan otak korang: 

  • Kunci brek hadapan

  • Kunci motor menggunakan kabel atau rantai

  • Pasang sistem penggera

  • Belilah insurans motosikal

Insurans motosikal ialah satu polisi yang memberikan perlindungan kewangan untuk motosikal korang ka berlaku kebakaran, kemalangan atau kecurian. Selain itu, insurans motor memberikan perlindungan kewangan kepada korang terhadap apa-apa liabiliti dari pihak ketiga untuk kecederaan, kematian atau kerosakan kepada motosikal mereka.

So, jadilah penunggang yang bijaksana dengan membeli insurans motosikal

loanstreet-motosikal-kena-curi-apa-nak-buat

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover