Insurans kereta, boleh beli berapa banyak?
Bayaran insurans kereta kan mahal and sepatutnya lebih dari RM500, so admin akan guna total anggaran bayaran insurans sebanyak RM720.
Okay, so, korang bayangkan, kalau kena bayar insurans kereta sebanyak RM720, kerajaan boleh bayarkan sekurang-kurangnya untuk 58 orang. Kalau kita kurangkan sikit insurans kereta ke RM645, kita boleh cover bayaran untuk 65 orang. Ni baru kira dengan elaun pinggan & mangkuk untuk sorang menteri.
Kalau kita darab dengan lagi 27 orang menteri-menteri yang lain? Tak ke boleh cover bayaran ni untuk lebih seribu orang? Ni tak termasuk lagi dengan elaun Perdana Menteri kita dan empat Menteri Kanan! Macam mana pula dengan elaun timbalan menteri?
Baca juga: Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?
Insurans motosikal pula?
Macam biasalah, bayaran insurans untuk motosikal berkemungkinan murah sikit atau sama banyak nak dibandingkan dengan insurans kereta. So, sepatutnya kita boleh beli lagi banyak insurans motosikal menggunakan elaun pinggan & mangkuk ni.
Contohnya, kita letak bayaran insurans motosikal tuh sebanyak RM390 sahaja. Kalau kita bahagi dengan RM42 ribu, tak ke kita boleh bayar untuk lebih dari 100 orang? Kalau korang ada keluarkan kalkulator untuk kira sekali dengan admin, korang akan nampak yang kita boleh guna elaun pinggan dan mangkuk untuk bayarkan insurans motosikal secukup-cukupnya untuk 107 rider motosikal.
Baca juga: 7 Perkara Yang Polisi Insurans Motosikal TAK Cover
Kalau insurans perjalanan?
Kalau kita nak kira untuk insurans perjalanan pula, ia boleh berada dalam lingkungan harga dari RM40 hinggalah ke RM260. Tapi, korang kena ingat yang insurans perjalanan ni bergantung pula kepada berapa lama durasi polisi dan juga untuk berapa orang. Tak dikira lagi jenis polisi insurans perjalanan ni pula.
Katakan, admin letak insurans perjalanan ni untuk satu keluarga yang bercuti selama seminggu, satu keluarga ni hanya perlu bayar sebanyak RM255 untuk cover semuanya – kita boleh guna peruntukan elaun pinggan dan mangkuk untuk sorang menteri tuh untuk cover sebanyak 164 keluarga. Kalau untuk sorang pula bercuti selama seminggu, kita boleh kasi RM101 untuk sekurang-kurangnya 415 orang untuk bercuti dengan selamat.
Admin tak tahu lah korang rasa macam mana, tapi admin rasa happy kalau dapat kasi 164 keluarga atau 415 orang ni untuk bercuti tanpa ada rasa risau atau takut kalau ada kemalangan berlaku (mintak jauh-jauhlah)!
Baca juga: Mana yang lebih baik untuk saya: insurans perjalanan konvensional atau Takaful?
Walaupun admin ada bergurau dalam artikel ni, admin nak tekankan betapa pentingnya untuk ada insurans ni lagi-lagi dalam masa sekarang. Kejadian dan kemalangan tuh, boleh berlaku kat mana-mana saja.
Baca juga: 7 Fakta Yang Membuktikan Orang Malaysia Memandu Macam Haram
Kalau korang berminat nak beli insurans baru, boleh usha website Loanstreet ni. Dijamin siap dan boleh selesai dalam 5 minit lagi tuh! Kalau korang memang berminat, korang boleh baca artikel ni kalau nak tahu macam mana nak beli atau renew insurans bersama Loanstreet.