Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Panduan Asas Bagi Pembiayaan Margin Saham (SMF) di Malaysia

BY Team Loanstreet

Updated 06 Dec 2022




Dengan kerjasama 

Pembiayaan Margin Saham atau Share Margin Financing (SMF) bukanlah satu istilah yang biasa didengar. Namun jika digunakan dengan betul, ia boleh mengukuhkan kedudukan kewangan anda. Kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut, benarkan kami terangkan bagaimana semua proses ini berfungsi supaya anda faham apa yang anda akan lakukan!

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Hanya 2 minit! Tonton video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pembiayaan margin saham.

SMF adalah satu jenis kemudahan kredit pusingan yang disediakan kepada pelabur, supaya mereka boleh membiayai perdagangan saham dan aktiviti pelaburan mereka. Dengan SMF, mereka boleh membeli saham atas wang pinjaman yang dijamin oleh cagaran yang mereka pilih. Di Malaysia, kemudahan ini boleh disediakan oleh bank konvensional (seperti Hong Leong Bank) ataupun bank pelaburan.

Kemudahan yang disediakan oleh bank konvensional adalah diselia oleh Bank Negara Malaysia, manakala kemudahan yang disediakan oleh bank pelaburan adalah diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia bukanlah perkara yang asing bagi dua entiti di bawah kumpulan yang sama untuk menyediakan pakej SMF masing-masing, dengan terma dan syarat yang berbeza.

Sekarang kita akan membincangkan bahagian yang penting: cagaran! Ia diperlukan bagi melayakkan anda untuk mendapatkan SMF. Jenis cagaran yang diterima termasuklah wang tunai, unit amanah, deposit tetap dan/atau sekuriti yang disebut harga di Bursa – bergantung kepada bank yang anda pilih.

Walaupun ada banyak persamaan antara pakej SMF yang ditawarkan oleh bank dan broker, anda masih perlu mengambil perhatian terhadap perbezaannya. Jika anda keliru dengan istilah yang digunakan di dalam dokumen-dokumen mereka, jangan bimbang, anda boleh tujukan soalan kepada pakar-pakar di Hong Leong Bank! Malah, di sini kami senaraikan istilah asas yang digunakan dalam hal-hal berkaitan SMF serta penerangannya:

Istilah Penerangan
Margin kewangan (MoF) atau nisbah pembiayaan margin saham
Jumlah pembiayaan maksimum yang boleh dibuat berdasarkan cagaran.
MoF = (Jumlah Pinjaman Terkumpul – Wang atau Deposit Tetap) / Jumlah Ekuti Saham
  • Biasanya dalam kadar 50-60%
Kemudahan pendahuluan/pengeluaran

Peminjam boleh mengeluarkan wang pendahuluan atau lebihan wang tunai (sekuriti yang baru dibeli, dividen & untung) daripada akaun margin dalam had nisbah pembiayaan.

Namun tidak semua pemberi pinjaman menyediakan kemudahan ini. Biasanya ia boleh didapati daripada kemudahan yang disediakan oleh bank.
Kadar faedah

Faedah yang dicaj berdasarkan jumlah kemudahan yang digunakan, sama ada dalam kadar tetap atau kadar terapung.

Faedah adalah dikira pada daily rest basis, berdasarkan end-day balance bagi akaun tersebut. Kadar harian ini dikumpul dan didebitkan ke dalam akaun klien pada hujung bulan.
Bayaran peralihan*

Caj bagi sebarang kontrak pembelian saham terkumpul yang dibawa kepada tempoh yang berikutnya (biasanya berlaku pada setiap kuarter).

*Struktur caj ini tiada dalam Hong Leong Bank.
Panggilan margin

Panggilan margin dibuat oleh pemberi pinjaman bila nilai cagaran jatuh di bawah peratus tertentu bagi jumlah yang dibiayakan.

Bila panggilan margin dibuat, peminjam perlu menambah wang ke atas nilai cagaran tersebut (berikan lebih cagaran dalam bentuk saham, deposit tetap dan unit amanah) atau mengurangkan pinjaman terkumpul untuk menepati MoF dalam tempoh tiga hari dagangan.
Jual paksa

Jika MoF melebihi nisbah jual paksa yang dibenarkan (contohnya 80%) atau peminjam gagal untuk menyelesaikan panggilan margin dalam tempoh yang diberi, pemberi pinjaman ada hak untuk menjual atau membuang sekuriti yang diberikan atau mana-mana bahagiannya.

Ini dipanggil sebagai Force Sell (jual paksa).
Margin multiple

Ini merupakan pengganda daripada nilai cagaran yang kemudiannya digunakan sebagai jumlah pembiayaan maksimum.

Contoh: Sebuah bank menyediakan 2.5x pembiayaan bagi deposit tetap.

Jadi dengan mencagarkan deposit tetap sebanyak RM50 ribu, anda akan dapat:
Had Dagangan = RM50,000 x 2.5 = RM125,000

 

Contoh senario

Mari kita lihat satu contoh senario ringkas yang mungkin boleh memudahkan kefahaman anda. Johan boleh memperoleh sejumlah saham yang dinilaikan pada RM250,000. Margin kewangannya kini berada pada 60%, seperti kiraan di bawah:

Margin kewangan (MoF)
(Jumlah Pinjaman Terkumpul - Deposit Tunai) / Jumlah Ekuiti Saham
= (RM250,000 - RM100,000) / RM250,000
= RM150,000 / RM250,000
= 60%

Bila nilai stok tersebut meningkat kepada RM300,000, margin kewangannya kini menjadi 50%.

Margin kewangan (MoF)
(Jumlah Pinjaman Terkumpul - Deposit Tunai) / Jumlah Ekuiti Saham
= (RM250,000 - RM100,000) / RM300,000
= RM150,000 / RM300,000
= 50%

Dengan ini, Johan kini mampu membuat lebih pinjaman untuk membiayai pembelian saham. Dia kemudiannya membeli stok tambahan sebanyak RM75,000.

Margin kewangan (MoF)
(Jumlah Pinjaman Terkumpul - Deposit Tunai) / Jumlah Ekuiti Saham
= (RM250,000 + RM75,000 - RM100,000) / (RM300,000 + RM75,000)
= RM225,000 / RM375,000
= 60%

Selepas pembelian tambahan ini, nilai stok tersebut menurun sedikit demi sedikit. Bila nilainya mencecah RM330,000, bank membuat panggilan margin kerana margin kewangannya kini telah meningkat kepada 68%.

Margin kewangan (MoF)
(Jumlah Pinjaman Terkumpul - Deposit Tunai) / Jumlah Ekuiti Saham
= (RM250,000 + RM75,000 - RM100,000) / RM330,000
= RM225,000 / RM330,000
= 68%

Di sini, Johan perlu menambah wang ataupun menjual sebahagian daripada sahamnya untuk mengembalikan margin sahamnya kepada 60% untuk mengelakkan jual paksa daripada pihak bank.

 

Terdapat banyak faedah jika SMF digunakan dengan betul!

Margin saham dianggap sebagai kemudahan yang agak kompleks buat kegunaan pelabur saham. Namun ianya tidaklah terlalu sukar untuk difahami. Dengan promosi SMF Two 88 terkini Hong Leong, anda kini boleh tingkatkan pembelian saham anda – dengan kadar faedah tetap 2.88% p.a. bagi tiga bulan pertama! Akhir sekali, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dalam pembiayaan pelaburan anda di pasaran saham.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan SMF, kunjungi cawangan Hong Leong Bank yang terdekat atau hubungi: 1300-88-2588. Anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada laman web mereka di www.hlb.com.my/smf#applyNow

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!