1. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan diberikan pada hujung bulan Jun
FYI, gomen akan bagi bantuan BPR kepada golongan berpendapatan rendah atau bottom 40 (B40). Kali ni, bantuan BPR ada 3 jenis categori:
- Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 akan dapat RM500
- Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 terima RM300
- Golongan bujang berumur 21 tahun ke atas pulak akan dapat sebanyak RM100
2. Bantuan pinjaman bank bersasar disediakan untuk golongan B40, pengusaha bas/teksi & peminjam MARA
Nampaknya kali ni, tak semua dapat bantuan moratorium ni. Menteri Kewangan kata yang gomen tak boleh paksa pihak bank beri bantuan moratorium secara menyeluruh kepada semua. Jadi, pihak bank hanya beri bantuan bersasar kepada B40 dan golongan yang terjejas pendapatan.
Apa yang korang boleh buat adalah dengan pilih antara 2 cara penyelesaian ni:
- Bantuan moratorium bank secara automatik selama 3 bulan
- Pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
Pada pengusaha bas dan teksi, gomen ada lancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi - boleh pilih moratorium pinjaman selama 12 bulan atau lanjutkan tempoh pinjaman selama 36 bulan.
Untuk para peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) pulak, diorang benarkan korang untuk buat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium. Peniaga MARA pun akan dapat diskaun 30% atas sewa premis perniagaan akan sehingga Julai 2021
3. Program Subsidi Upah (PSU) bawah PERKESO dilanjutkan
Dijangka dapat membantu 2.5 juta pekerja lagi, program ni hanya untuk pekerja sektor yang terjejas disebabkan lockdown macam industri pelancongan. Sebab tu gomen decide untuk lanjutkan deadline permohonan PSU dari 30 Jun kepada 31 Julai 2021. Take note yang satu syarikat hanya boleh apply untuk 500 pekerja je.
4. Bantuan one-off kepada pemandu e-hailing, teksi, kereta sewa & bas sekolah
Untuk kurangkan beban diorang, bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing. Walaupun tak banyak, at least dapat lah tanggung kewangan pemandu dalam satu minggu.
5. In case korang usahawan jugak, ada beberapa inisiatif yang ada...
Memang tak dinafikan, nasib para peniaga memang terumbang-ambing kalau ada PKP. Nasib baik ada beberapa inisiatif baru yang boleh tolong para usahawan kita ni. Antaranya adalah…
- Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 naik kepada RM1,500 (tambah RM500). Akan terima RM1,000 pada pertengahan bulan Jun dan lagi RM500 pada bulan Julai
- Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengecualikan bayaran lewat bila korang renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh consider kalau korang ada cukai tertunggak - sama ada kena penalti atau tangguh pembayaran penalti ke tahun 2022 atau sediakan penjadualan bayaran semula
- Diskaun bil elektrik sebanyak 10% selama 3 bulan tambahan antara Julai hingga September 2021 untuk sektor yang terjejas
P/s: Korang boleh request kat tuan bangunan untuk kasi potongan khas sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan sehingga 31 Disember 2021 - 30% kurang dari kadar sewa semasa. Cakap yang gomen akan kasi potongan cukai kalau diorang buat!
6. Ada pengecualian duti setem & cukai jualan kalau beli rumah/kenderaan
Sepatutnya, Kempen Pemilikan Rumah (HOC) ni tamat pada 31 Mei 2021. Tapi, gomen decide untuk lanjutkan pengecualian duti setem sehingga 31 Disember 2021. Kiranya, kalau korang beli rumah bernilai antara RM100,000 hingga RM2.5 juta, korang akan dapat diskaun minimum 10% atau lebih dari pemaju hartanah.
Selain tu, gomen pun bersetuju jugak untuk panjangkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang kereta pemasangan tempatan (CKD) sebanyak 100% dan 50% untuk model import sepenuhnya (CBU) sampai hujung tahun. Katakan korang beli kereta tahun ni, dapat lah jimat sikit kos tu. Kalau masih mencari pinjaman kereta yang sesuai, boleh cari kat Loanstreet je!
Haa… apa pendapat korang tentang plan PEMERKASA Plus ni? Improvement ke dari yang sebelum ni? Share sikit dengan admin kat sini!
BACA JUGAK:
- COVID-19: 10 Inisiatif Kewangan PERMAI Yang Korang Kena Tahu
- Terkesan Dengan PKP 2.0? Claim RM600 Dari PERKESO
- Belanjawan 2021: 15 Perkara (Potongan cukai, Subsidi & Lain)
- Langkah Kewangan Yang Korang Boleh Ambik Bagi Hadapi Covid-19
- COVID-19: Impak Kepada Hasil Pendapatan Negara
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.