1. Perakaunan yang Bertepatan Masa dan Betul
PKS perlulah menyimpan rekod perakaunan yang betul agar dapat mengelakkan dendaan daripada JKDM.
Rekord-rekord perakaunan anda perlu dikemaskini pada setiap bulanan atau suku tahunan sekiranya mempunyai GST.
Pulangan GST perlu dikemukakan kepada office GST dan tidak lewat daripada hari yang terakhir pada bulan yang berikutnya selepas tempoh bercukai. Cukai tahun merupakan satu tempoh yang selang dan setiap orang yang dikenakan cukai mempunyai kewajipan untuk membayar kepada JKDM.
Semua rekord daripada perniagaan dan perakaunan yang berkaitan dengan transaksi GST hendaklah simpan dalam versi Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris selama tujuh tahun.
Tip #1: Pastikan anda melabur dalam GST pematuhan dengan perisian perakaunan! Ini sahaja akan menyebabkan sakit kepala kepada pematuhan anda.
2. Mengeluarkan Invois Cukai yang Sah
Invois cukai yang sah MESTI dikeluarkan untuk semua transaksi perniagaan kepada bekalan bercukai. Invois cukai yang sah boleh terbentuk dalam invois cukai yang lengkap atau invois cukai yang dipermudahkan. Tetapi lazimnya, mereka mesti mengandungi maklumat seperti berikut:
- Pendaftaran nama, alamat dan nombor pengenalan GST
- Tarikh pengeluaran invois cukai
- Nombor siri invois cukai
- Penerangan tentang barangan dan perkhidmatan yang diberikan, termasuklah kuantiti, jumlah bayaran dan jenis bekalan (Berkadar Sifar, Berkadar Standard atau Berkadar Pengecualian)
- Apa-apa diskaun yang ditawarkan
- Jumlah kecil tanpa GST
- Kadar GST dan jumlah GST yang perlu dibayar
- Jumlah amaun yang perlu dibayar termasuk GST
Sila baca dokumen ini agar dapat mendapatkan garis panduan yang sepenuhnya terhadap pengeluaran invois cukai.
Tip #2: Ia adalah wajibnya menggunakan sistem Point-of-Sales (POS) untuk berniaga sekiranya anda menjalankan perniagaan dengan wang tunai.
3.Membuat Tuntutan Pembayaran Balik
Invois cukai yang didapatkan daripada pembekal perlulah disimpan dengan baik agar cukai kemasukan boleh dituntut daripada Kastam. Invois cukai ini mestilah sah supaya perniagaan boleh menuntut GST yang telah mereka dibayar pada kos yang menjalankan perniagaan.
Sebarang pembayaran balik cukai boleh ditimbal balik dengan GST yang belum dibayar, tarif dan cukai penggunaan. Pembayaran balik akan diberikan kepada pemohon dalam tempoh 14 hari sekiranya Pulangan GST diserahkan melalui talian atau 28 hari sekiranya Pulangan GST diserahkan secara manual.
Tip #3: Adakah anda menyedari bahawa cukai kemasukan yang boleh dituntut untuk invois cukai yang dipermudahkan adalah terhad kepada RM 30 sahaja? Anda perlulah minta pembekal anda mengeluarkan invois cukai yang lengkap sekiranya anda ingin menuntut lebih daripada RM 30 cukai kemasukan daripada pembelian.
4.Denda
Perniagaan mempunyai tanggungjawab untuk pematuhan GST dan akan dikenakan dendaan sekiranya tidak mematuhi. Ambillah perhatian terhadap kesalahan yang akan menyebabkan hukuman:
- Sekiranya terdapat sebarang kekurangan terhadap cukai bersih yang perlu dibayar
- Pulangan GST yang tidak diserahkan atau lewat menyerahkan
- Pulangan GST diserahkan tanpa bayaran atau bayaran yang kurang
- Apa-apa pembayaran balik yang dibayar tidak mempunyai kelayakan yang sewajarnya
Tip #4: Ia adalah lebih baik untuk menyerahkan Pulangan GST lebih awal daripada tarikh tamat tempoh dan pastikan anda mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar GST pada tarikh yang ditetapkan.
5. Dibenarkan untuk Kajian Semula
Perniagaan boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Kastam untuk semakan dan kajian semula dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemberitahuan tentang kesalahan yang dikenakan oleh pegawai GST. Selain daripada itu, perniagaan dibenarkan membuat rayuan kepada Tribunal dalam tempoh 30 hari dari tarikh kesalahan yang dikenakan.
Pembayar cukai boleh mewakili kes rayuan dan perbicaraan hendaklah dilakukan dalam prosiding peribadi kecuali kedua belah pihak bersetuju menjalankan di mahkamah terbuka.
Tip #5: Sila dapatkan khidmat nasihat daripada Perunding Cukai GST anda sebelum membuat permohonan untuk semakan dan kajian semula.
Kesimpulan
Setiap perniagaan tanpa mengira besar atau kecil akan menghadapi masalah yang berkaitan dengan GST dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang. Janganlah bimbang! Peralihan ini adalah hanya sekali. Semua PKS dinasihatkan untuk menyertai kursus latihan GST atau seminar dan mendapatkan pakar GST untuk membuat peralihan kepada perniagaan GST yang bersedia tanpa mempunyai sebarang tekanan.
Artikel ini adalah ditulis secara kerjasama dengan YYC Advisors. YYC merupakan organisasi yang terkemuka dengan sekumpulan akauntan profesional yang bertauliah, pakar cukai dan perunding GST/perniagaan yang akan memberikan khidmat nasihat dan membantu rakyat Malaysia mengembangkan perniagaan. Mereka akan menyediakan Latihan GST dan Khidmat Sokongan GST kepada perniagaan yang bersiap sedia untuk GST dan akan menerangkan maklumat GST yang susah difahami agar dapat memberikan pemahaman yang lebih baik kepada peniaga. Untuk mendapatkan maklumat yang lanjut, sila layari YYC Advisors.