Mengapa ini berlaku? Apakah kaedah lain yang boleh ‘menjinakkan’ pasaran kewangan?
Menurut rakan-rakan kami di Wahed, tip untuk memanfaatkan pasaran kewangan sebenarnya mungkin jauh lebih mudah daripada yang kita fikirkan!
Apabila tiba masa yang sesuai, satu perkara yang kita cukup pasti: tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Sukar untuk kita ramalkan sama ada kedai mamak kegemaran anda akan dibuka pada keesokan harinya dengan 100% kepastian, begitu juga bila kita buat ramalan pasaran kewangan.
Untuk pengetahuan anda, cabaran untuk menentukan masa dan prestasi pasaran kewangan boleh dipecahkan kepada faktor-faktor berikut:
1. Pasaran Vs Ekonomi
Penilaian produk dan instrumen dalam pasaran kewangan selalunya berdasarkan anggaran dan tidak semestinya menentukan prestasi ekonomi global. Sebagai contoh, pasaran Malaysia untuk pinjaman perumahan mungkin dijangka berkembang dengan pesat dalam tempoh dua tahun akan datang. Tetapi, ini tidak memberi sebarang jaminan bahawa ekonomi Malaysia juga akan berkembang atau merosot secara mendadak dalam tempoh tersebut.
2. Bull Market Vs Bear Market
Turun naik mana-mana pasaran kewangan banyak dipengaruhi oleh pelbagai jenis faktor, dimana sukar untuk kita menentukan secara tepat berkenaan bila Bear Market akan menjadi Bull Market dan sebaliknya. Tambahan pula, perubahan antara Bull Market dan Bear Market selalunya terjadi dengan pantas, dan kedua-duanya terbukti cukup mencabar dari segi perancangan pelaburan jangka panjang — disebabkan rasa takut kehilangan peluang yang baik pada ketika itu, ramai pembeli dan penjual saham memberi tumpuan kepada pulangan jangka pendek.
3. Pemantauan memakan masa yang panjang
Gaya hidup yang cukup sibuk menyebabkan masa yang ada, agak terhad untuk dibahagikan kepada sejumlah besar bidang fokus. Tambahan lagi, agak sukar untuk kita pantau pasaran kewangan serta pelaburan yang ada secara sepenuh masa serta memastikan yang kita tidak ketinggalan dari segi perkembangan pasaran tanpa perlu bersusah payah untuk mengorbankan minat kita terhadap bidang yang lain.
Elemen-elemen inilah yang akan membuatkan perancangan masa bagi suatu pasaran kewangan itu cukup mencabar, hampir setiap masa—melainkan kalau kita ada kebolehan untuk merentas masa macam Doctor Strange, betul?
Jangan risau. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
Jadi, apa yang kita mampu kawal dalam pasaran kewangan?
Bila kita cuba untuk jadikan pasaran kewangan berpihak kepada kita, nasihat yang paling bernas dari Wahed adalah untuk membezakan perkara yang anda BOLEH dan TIDAK BOLEH kawal.
Terlebih dahulu, kami sudahpun nyatakan kepada anda — yang pasaran kewangan itu sendiri berkemungkinan besar berada di luar kawalan dari segi ketepatan ramalan ‘time a market’. Selalunya, kita akan memberikan tumpuan yang lebih untuk mengawal saiz pulangan yang kita akan dapat daripada pelaburan. Tetapi, perlu diingatkan yang sebahagian besarnya bergantung kepada pasaran itu sendiri.
Jom fokus pada perkara yang BOLEH kita kawal:
1. Risiko
Apakah keutamaan risiko anda? Sebelum anda membuat sebarang pelaburan dalam mana-mana pasaran kewangan, ketahui berapa banyak risiko yang anda sanggup tanggung. Risiko yang lebih besar boleh membawa pulangan yang lebih besar, ya, tetapi terdapat juga kemungkinan yang lebih besar untuk anda kehilangan modal pelaburan sepenuhnya dalam senario sedemikian.
2. Kos
Ketahui kewangan anda dengan baik supaya anda boleh memperuntukkan jumlah yang akan dilaburkan yang sesuai dengan gaya hidup anda. Pilih jumlah yang tidak akan memberikan kesan buruk terhadap kehidupan anda sekiranya anda rugi. Ini akan membantu untuk mengurangkan kos pelaburan anda.
3. Masa
Merujuk secara khusus kepada masa anda sendiri dalam pasaran dan tempoh masa yang anda ingin laburkan. Walaupun anda tidak dapat “time the market”, anda masih mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas berapa lama anda berada dalam pasaran itu dan berapa lama anda ingin membuat sebarang pelaburan.
4. Perilaku
Perlu diingatkan bahawa anda paling memahami keperluan anda. Walaupun terdapat pelbagai panduan pelaburan yang menasihati untuk menggunakan cara yang berbeza semasa melabur, anda harus membuat keputusan anda sendiri — seperti, bila anda hendak melabur dan menarik diri daripada pasaran — berdasarkan keperluan kewangan peribadi anda.
Bersama-sama dengan petunjuk yang diterangkan di atas, Wahed juga menasihatkan anda untuk memberi tumpuan kepada pelaburan jangka panjang, untuk memanfaatkan bear market kerana ianya murah, lakukan “dollar cost averaging” dengan melabur dalam jumlah kecil dalam selang masa yang tetap dalam satu tempoh masa, dan pelbagaikan portfolio kewangan dengan melabur dalam pelbagai produk atau instrumen dan elakkan diri daripada melabur semua modal anda dalam satu pasaran atau produk sahaja.
Adakah anda tertanya-tanya apa itu Wahed dan mengapa mereka boleh memberikan nasihat yang bernas tentang pelaburan?
Wahed Invest ialah platform pelaburan dalam talian yang memberikan pelabur akses kepada portfolio terpelbagai seperti ekuiti antarabangsa merangkumi pasaran maju dan baru muncul bukan A.S. (Wahed Dow Jones Islamic World ETF), Saham A.S. (Wahed FTSE USA Shariah ETF), Saham China (VP-DJ Shariah China A-Shares 100 ETF), Dana Sukuk (RHB Islamic Bond Fund , Maybank Malaysia Sukuk Fund), emas, tunai dan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).
Didorong oleh misi untuk memberi pendedahan kepada pasaran kewangan global seperti AS dan China melalui pelaburan beretika, platform ini hanya memerlukan modal minimum serendah RM100 dengan kadar yuran antara 0.39% hingga 0.79% setiap tahun sebagai permulaan. Perkara ini semestinya dapat membuka pintu kepada pelabur yang lebih kecil yang kekurangan jumlah wang yang besar, tetapi ingin mengambil kesempatan daripada pasaran kenaikan harga dan melabur secara konsisten untuk jangka panjang.
Bagaimana Wahed berfungsi?
Mudah sahaja. Daftar dan jawab soal selidik berkaitan risiko. Apabila anda membuat deposit pertama anda, mereka akan melaburkan portfolio anda secara automatik mengikut profil risiko khusus anda:
- Sangat konservatif
- Konservatif
- Sederhana
- Sederhana agresif
- Agresif
- Sangat agresif
Andaikata anda memilih risiko yang bersifat sederhana agresif. Mengikut portfolio yang telah anda tetapkan, portfolio anda mungkin terdiri daripada 59% Ekuiti Global, 30% Sukuk, 5% Ekuiti Pasaran Pesat Membangun, 5% Emas dan 1% Tunai. Kami rasa ini adalah sangat berguna untuk mereka yang mempunyai pengalaman pelaburan yang terhad atau sukar untuk meluangkan masa untuk menguruskan pelaburan mereka. Jikalau anda ingin mendapatkan butiran lanjut tentang portfolio pelaburan, boleh rujuk di sini.
Kenapa anda patut melabur dengan Wahed?
Wahed telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia untuk menyediakan khidmat nasihat robo. Maksudnya, anda boleh melakukan pelaburan secara tenang dan telus dengan perlindungan kawal selia yang lebih baik.
Satu lagi perkara penting yang wajar diberikan perhatian ialah Wahed Invest juga dianggap sebagai platform pelaburan Islamik automatik yang pertama di dunia yang dikawal-selia oleh undang-undang Syariah. Bagi memastikan Wahed kekal sejajar dengan prinsip kewangan Islam serta Pelaburan Bertanggungjawab Sosial (SRI), pelaburan tidak akan meliputi beberapa industri tertentu, termasuk yang berkaitan dengan perjudian, tembakau, alkohol dan hiburan dewasa.
Selain itu, tiada tempoh ‘lock-in’ apabila melabur dengan Wahed Invest — dan ini bermakna anda boleh melakukan pengeluaran pelaburan anda pada bila-bila masa.
Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan perjalanan pelaburan anda hari ini — #LaburCaraWahed dengan memuat turun aplikasi Wahed Invest di SINI.
NOTA: Apabila anda bercerita tentang pelaburan, terdapat #CapitalAtRisk, dan pelabur dinasihatkan untuk membaca penafian Wahed sebelum melabur. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
* *Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.