Mari bandingkan: Insurans perjalanan konvensional atau Takaful?
Mungkin ramai yang fikir pakej perjalanan Takaful hanyalah untuk umat Islam sahaja, tapi itu tidak benar! Insurans jenis ini sebenarnya dicipta sebagai alternatif kepada insurans konvensional, dan terbuka kepada sesiapa sahaja tidak mengira bangsa atau agama. Apa lagi yang perlu anda tahu?
- Pemegang akaun perjalanan Takaful menyumbangkan wang kepada dana sumber terkumpul, melindungi ahli daripada apa-apa kehilangan atau kemalangan; bagi insurans konvensional pula, anda membayar premium untuk mendapatkan perlindungan ini.
- Pakej perjalanan Takaful mematuhi prinsip-prinsip Islam. Mengikut undang-undang Shariah, riba (faedah), al-maisir (pertaruhan), dan al-gharar (ketidakpastian) adalah dilarang. Sebagai contoh, dalam insurans konvensional, riba mengenakan caj faedah dan ini tidak boleh diterima. Sebaliknya, Takaful beroperasi atas prinsip tabarru, di mana ia mengambil kira sebahagian daripada sumbangan yang dibuat sebagai derma.
- Sebarang untung daripada Takaful perjalanan adalah diagihkan secara sama rata kepada pemegang-pemegang, di mana dalam insurans konvensional, dividen dipulangkan kepada setiap pemegang individu.
Kalau tiada sebarang tuntutan dibuat, wang tersebut akan terbazir?
Dalam kata lain, adakah insurans perjalanan diperlukan sebenarnya?
Mungkin ramai yang mempunyai mentaliti “benda buruk mungkin takkan terjadi pada saya”. Apa pun, anda tidak mahu menyesal kerana tidak membeli sebarang perlindungan, pada masa yang sama anda tidak mahu bayar untuk sesuatu jika anda tidak menggunakannya atau tiada tuntutan dibuat.
Ada benarnya yang duit anda bayar itu akan terbazir jika segalanya berjalan lancar, namun memang itulah tujuan insurans perjalanan dibuat, iaitu untuk melindungi anda daripada sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini. Kami harap tiada perkara buruk akan terjadi namun jika anda betul-betul memerlukan pelan tersebut, anda akan menarik nafas lega kerana telah membuat persediaan.
Adakah lebih baik jika saya beli insurans perjalanan melalui syarikat penerbangan?
Kami pernah tulis mengenai perbezaan antara pelan konvensional dan kad kredit tapi bagaimana pula dengan pelan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan?
Memang tidak dinafikan yang pembelian insurans perjalanan sewaktu anda menempah tiket penerbangan secara online adalah sangat mudah. Namun begitu, kebanyakan syarikat insurans konvensional biasanya menyediakan pelan perjalanan yang mempunyai jumlah perlindungan yang maksimum dengan kos yang lebih rendah berbanding pelan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan.
Pelan-pelan insurans perjalanan konvensional ini bukan sahaja boleh diubah suai mengikut kehendak anda, ia juga meliputi hampir semua jenis perkara, daripada kos perubatan dan penghantaran balik ke isu berkaitan dengan penerbangan serta bagasi anda. Sebahagian daripada sebab mengapa syarikat insurans konvensional mampu menawarkan pelan dengan harga yang lebih murah adalah kerana tiada sebarang orang tengah yang terlibat. Apa yang anda lihat, itulah apa yang anda dapat.
Beberapa senario yang boleh terjadi:
Pepatah Melayu berkata, “sediakan payung sebelum hujan”. Sama juga apabila anda ingin pergi bercuti, anda harus ambil kira segala perkara yang mungkin berlaku serta kesannya daripada segi kewangan. Di sini kami sediakan beberapa panduan:
1. Sebelum perjalanan
Anda sudah kemas semua barang yang diperlukan dan sedia untuk menikmati percutian idaman anda. Anda tiba di lapangan terbang dan dapati penerbangan anda telah ditangguhkan, atau lebih teruk lagi, dibatalkan. Apa akan terjadi pada tempahan hotel dan pakej pelancongan yang telah anda buat?
2. Sewaktu perjalanan
Anda berjaya menyelesaikan hal-hal yang berlaku sebelum penerbangan, tetapi bila tiba sahaja di destinasi, beg anda didapati hilang/dicuri. Wang dan dokumen perjalanan anda pun hilang sekali dengan beg tersebut. Apa yang paling teruk adalah anda hilang pasport Malaysia di luar negara. Apa yang boleh anda lakukan?
3. Kecemasan perubatan
Setelah apa yang terjadi, anda masih berjaya dapatkan wang yang cukup untuk meneruskan perjalanan. Namun sewaktu anda sedang bercuti dan melawat pelbagai destinasi, anda jatuh sakit atau tercedera parah. Di mana boleh anda cari bantuan perubatan segera, serta wang yang cukup untuk membayarnya?
Situasi-situasi di atas mungkin agak keterlaluan, tapi seperti satu lagi pepatah Melayu yang selalu disebut, “malang tidak berbau”.
Apa kelebihan pelan perjalanan Takaful?
Senarai di bawah adalah ringkasan ciri-ciri yang ditawarkan oleh pakej-pakej perjalanan Takaful yang popular, untuk memberi gambaran tentang apa yang boleh anda jangkakan dalam membuat pilihan.
HLMT Travel Care Takaful | Etiqa World Traveller Care Takaful | Takaful Malaysia myTravel Partner | |
---|---|---|---|
KEMALANGAN PERIBADI (RM) | |||
Kematian mengejut dan kecacatan kekal | Sehingga 100,000 | Sehingga 50,000 | 100,000 |
Kos perubatan luar negara akibat kemalangan atau penyakit | Sehingga 150,000 | Sehingga 300,000 | Sehingga 50,000 (umur 70) dan sehingga 25,000 (umur 70 ke atas) |
Kos pengebumian | 200 | Tidak disediakan | Tidak disediakan |
PERUBATAN DAN KOS HOSPITAL (RM) | |||
Wang tunai untuk kos hospital | 100 sehari, sehingga 1,000 (wad biasa)
50 sehari, sehingga 500 (unit rawatan rapi) |
150 sehari | 150 sehari |
Rawatan susulan | Sehingga 10,000 | Sehingga 5,000 | Sehingga 10,000 (umur 70) dan sehingga 5,000 (umur 70 ke atas) |
Penjagaan ehsan | Sehingga 5,000 | Tidak disediakan | 5,000 |
Pemindahan kecemasan | Disediakan | Disediakan | Disediakan |
Pemulangan jenazah | Disediakan | Disediakan | Disediakan |
BAGASI (RM) | |||
Kelewatan bagasi | 100, hingga 300 seorang | Sehingga 500 | 200 |
Kehilangan atau kerosakan bagasi | Sehingga 3,500 | Sehingga 1,000 | Tidak disediakan |
Kehilangan dokumen perjalanan | Sehingga 3,000 | Tidak disediakan | 1,000 |
Kehilangan wang peribadi | Sehingga 150 | Tidak disediakan | 500 |
Kehilangan barang kemas | Sehingga 150 | Tidak disediakan | Tidak disediakan |
MASALAH PERJALANAN (RM) | |||
Pembatalan perjalanan | Sehingga 5,000 | Tidak disediakan | 5,000 |
Pemendekan perjalanan | Sehingga 5,000 | Tidak disediakan | 5,000 |
Kelewatan perjalanan | 100 sehingga 1,000 seorang | Tidak disediakan | 600 |
Lencongan perjalanan | 100 | Tidak disediakan | Tidak disediakan |
Kesilapan perjalanan | Sehingga 100 | Tidak disediakan | Tidak disediakan |
Penerbangan penuh | 1,000 | Tidak disediakan | Tidak disediakan |
Elaun rampasan | 300 sehari, sehingga 1,000 | Tidak disediakan | Tidak disediakan |
KHIDMAT TAMBAHAN (RM) | |||
Badal Haji | 2,500 | Tidak disediakan | 2,000 |
Waqaf | 500 | Tidak disediakan | Tidak disediakan |
Qurban | 700 | Tidak disediakan | Tidak disediakan |
Buat pengetahuan anda, khidmat tambahan di atas memberi perlindungan kepada umat Islam yang ingin menunaikan tuntutan agama yang tertentu iaitu:
- Badal Haji iaitu menunaikan haji buat yang sakit, cacat, atau yang uzur umurnya.
- Waqaf adalah harta yang didermakan – sama ada dalam bentuk wang tunai, tanah ataupun aset-aset yang lain – buat tujuan kebajikan.
- Qurban adalah amalan mengorbankan binatang sewaktu Aidil Adha.
Seperti yang anda boleh lihat, pakej yang ditawarkan oleh Hong Leong MSIG Takaful nyata menyediakan kelebihan yang paling komprehensif berbanding pakej-pakej yang lain. Apa yang lebih menarik adalah harganya: hanya RM11 setiap perjalanan!
Kesimpulan
Jika anda sudah merancang untuk berbelanja besar bagi percutian anda, insurans perjalanan adalah satu lagi perkara yang anda perlu fikirkan, dan harganya tidaklah terlalu mahal demi ketenangan minda anda. Dengan jenis insurans yang betul, anda bukan sahaja akan dilindungi daripada sebarang kerugian wang yang tidak dijangka, anda juga akan memastikan kebajikan orang yang anda sayangi adalah terjaga.
Kalau anda tidak pasti cara bagaimana untuk memilih atau membeli insurans perjalanan, lawati halaman insurans perjalanan kami untuk bandingkan dan dapatkan pelan yang paling sesuai untuk bajet perjalanan anda!