Malah, beberapa hak undang-undang anda terutama yang mengenai dengan kewangan anda akan dihilang disebabkan oleh kebankrapan. Contoh berikut menerangkan tentang proses kebankrapan;
Bayangkan jika anda mempunyai pelbagai pinjaman dari bank untuk rumah dan kereta anda bersama dengan kad kredit anda dan malangnya anda berasa anda tidak dapat mengendali dan membayar hutang-hutang anda. Hal ini akan menyebabkan mahkamah untuk mengisytiharkan anda sebagai seorang muflis dan akan mengarahkan Petua Pengarah Insolvensi (KPI) untuk mentadbirkan dan menjual semua aset anda untuk membayar pemiutang anda. Meninggalkan Malaysia adalah mustahil disebabkan oleh status kebankrapan anda.
Tidak boleh dinafikan bahawa kekurangan disiplin dalam pengurusan kewangan merupakan punca utama untuk trend yang membimbangkan ini. Kebanyakan orang muda mempunyai banyak tanggungan kewangan seperti hutang kad kredit, pinjaman pembelian tinggi (kereta dan rumah) dan juga pinjaman pengajian. Tabiat buruk mereka yang berbelanja terlalu banyak dalam barangan seperti barangan berjenama dan alat-alat menyebabkan situasi ini menjadi lebih teruk. Hal ini juga telah dijajarkan dengan satu kajian yang dijalankan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pada tahun 2013 yang mendedahkan bahawa 37% anak-anak muda Malaysia membelanja melebihi apa yang mereka mampu.
Faktor yang menyebabkan anak-anak muda Malaysia diisytiharkan sebagai seorang muflis ialah kerana mereka berbelanja melebihi bajet mereka. Mereka sering dipengaruhi oleh sebaya mereka untuk membeli barangan yang terbaru dan terbaik di pasaran. Tekanan rakan sebaya akan menyebabkan anak muda untuk membuat keputusan kewangan yang buruk dan menerajui mereka untuk membeli sesuatu yang mereka tidak mampu.
Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia memberi kaunseling, pengurusan hutang dan pendidikan kewangan secara percuma untuk membantu individu untuk mengawal cara mereka berbelanja dengan kewangan mereka. Mereka yang tidak mampu atau tidak mengetahui cara untuk menguruskan hutang mereka dinasihatkan untuk menyetai program pengurusan hutang. Rancangan pembayaran balik hutang adalah lebih baik untuk individu selepas mereka membincang dengan penyedia perkhidmatan kewangan, selepas sesi kaunseling secara sulit.
Kebankrapan adalah mimpi terburuk dan anda pasti anda menyesal dari segi kewangan jika perkara yang buruk ini berlaku. Bacalah artikel kami dan belajar bagaimana anda boleh menjadi perancangan kewangan anda sendiri. Di sini terdapat beberapa artikel mengenai REITs dan bagaimana anda boleh mengelak daripada berbelanja terlebih. Untuk mempunyai pemahaman yang lagi mendalam tentang perancang kewangan, anda boleh membaca artikel kami tentang cara untuk melabur RM 10,000 dengan bijak dan bagaimana anda boleh melabur satu juta dalam hartanah.
Sebagai kesimpulan, menjadi seorang muflis adalah teruk bukan dari segi hanya mempengaruhi penarafan kredit anda sahaja. Tekanan-tekanan dari masyarakat dan keluarga akan menyebabkan anda menderita secara mental dan secara emosi. Untuk mendapatkan pengetahan dan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada AKPK ataupun Jabatan Insolvensi Malaysia.