Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Siri Perancangan Kewangan Bahagian 2: REIT, Sejenis Pelaburan Yang Lebih Bijak

BY Team Loanstreet

Updated 20 Feb 2019




REIT adalah singkatan untuk Real Estate Investment Trust dalam Bahasa Inggeris dan Amanah Pelaburan Hartanah dalam Bahasa Melayu. Mekanismenya adalah serupa dengan unit amanah tetapi daripada melabur dalam saham, REITs melabur di hartanah, tidak kira sama ada kediaman ataupun komersial. Hal ini membenarkan anda untuk melabur dalam hartanah secara tidak langsung. Terdapat beberapa jenis REITs di Malaysia. Anda akan mampu mempunyai sebahagian saham untuk pangsapuri, hotel, hospital, bangunan pejabat, pusat membeli-belah dan gudang bergantung pada REIT apa yang anda membeli.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) merupakan sejenis pelaburan alternif yang telah berada di Amerika Syarikat sejak 1960-an. Walau bagaimanapun, REIT mula menjadi popular di pelbagai negara sejak kebelakangan ini dan hanya diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2005.

Salah satu cara yang bagus untuk bermula membina portfolio anda adalah dengan membeli REITs kerana mereka membenarkan anda untuk mempunyai pelbagai jenis hartanah tanpa dibebani dengan pembayaran balik yang berat. Kos kemasukan untuk REITs adalah agak rendah kerana kebanyakan REITs di Bursa Malaysia mempunyai harga sekitar seringgit untuk satu saham, dan pembelian minimum anda adalah dalam linkungan RM 100 (RM1 x 100 saham). Pelaburan ini sangat menarik terutamanya untuk pelabur pertama disebabkan oleh aset-aset ini merupakan aset cair.

REIT merupayakan sejenis alat pembayaran dividen kerana ia mengagihkan kebanyakan pendapatannya. Walaupun tiada sebarang undang-undang, REITs Malaysia biasanya mengagihkan 90 peratus pendapatannya. Dari segi sejarah, REITs menjana lebih kurang 6% - 8% pulangan setahun. Tambahan pula, REITs biasanya kurang meruap jika dibandingkan dengan stok dan bon maka ia dapat menarik perhatian pelabur berpengalaman dengan jaminannya. Pelabur mempunyai pelbagai pilihan kerana selain daripada konvensional REITs, terdapat juga REITs Islam di pasaran.

Sebelum anda membeli saham REITs, pastikan bahawa anda telah membuat penyelidikan anda. Anda bolehlah merujuk kepada seorang penasihat kewangan bebas untuk memastikan bahawa anda membeli REIT yang sesuai untuk pelan anda.

Anda mungkin akan mempunyai simpanan lebih untuk melabur dalam REITs jika anda mempunyai perancangan kewangan yang bagus. Bacalah artikel kami dan belajar bagaimana anda boleh menjadi perancangan kewangan anda sendiri. Selain itu, anda boleh membaca artikel kami mengenai kebankrapan. Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai perancangan kewangan, anda boleh membaca artikel kami tentang bagaimana anda boleh melabur RM 10,000 anda dengan bijak dan juga bagaimana anda boleh melabur satu juta ringgit dalam hartanah.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)