Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Siri Perancangan Kewangan Bahagian 1: Bagaimanakah Anda Akan Melabur Dalam Hartanah Dengan Sejuta Ringgit?

BY Team Loanstreet

Updated 19 Oct 2018




Menentukan apa jenis harta untuk membeli dengan sejuta ringgit merupakan suatu keputusan yang sukar. Kami akan menganalisiskan tiga jenis pilihan dalam artikel ini. Pilihan pertama adalah melabur seluruh jumlah itu dalam sebuah rumah teres, pilihan yang kedua ialah membeli dua kondominium yang mempunyai nilai yang serupa dan pilihan yang terakhir adalah dengan membeli beberapa pangsapuri yang mempunyai nilai yang rendah.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Kos kemasukan untuk rumah teres adalah lebih murah dibandingkan dengan membeli beberapa buat pangsapuri terutama apabila anda membeli dengan pinjaman kerana seorang individu akan mendapat 90% pembiayaan untuk dua harta kediaman pertama tetapi hanya boleh mendapati 70% pembiayaan untuk hartanah yang ketiga dan seterusnya. Selain itu, nilai jualan semula untuk rumah teres biasanya lebih tinggi berbanding dengan kondominium atau pangsapuri di kawasan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan bahawa melabur dalam sebuah rumah teres sahaja merupakan pilihan yang paling berbahaya. Hal ini kerana jika bencana alam seperti tanah runtuh berlaku, anda akan berada dalam keadaan kewangan yang susah tetapi anda masih perlu membuat pembayaran terhadap pinjaman anda.

Kondominium-kondominium di Malaysia mempunyai kemudahan asas seperti kolam renang dan gimnasium, hal ini telah meluaskan jumlah penyewa untuk kondominium. Jika anda membeli dua buah kondominium, anda bolehlah menduduki di salah satu kondominium dan menyewa kondominium yang lain itu. Jika anda membeli kondominium itu sebelum kondominium itu dibangunkan, anda juga boleh menjual salah satu unit kondominium dengan premium apabila pembangunan telah disiap. Kondominium merupakan pelaburan jangka lama yang baik kerana bandaraya sangat padat pada masa sekarang ini.

Melabur dalam beberapa buah pangsapuri merupakan pilihan yang paling selamat. Hal ini kerana jika terdapat apa-apa yang berlaku kepada salah satu hartanah, hanya hartanah itu akan dijejas. Sebagai contoh, jika salah satu pangsapuri itu ditimpa kebakaran, pangsapuri yang lain tidak akan dijejas. Tambahan pula, menerima sewa setiap bulan akan meningkatkan pendapatan pasif anda. Walau bagaimanapun, mempunyai dan menyewa beberapa buah hartanah pada masa yang sama mungkin agak pergelutan kerana anda perlu berdepan dengan beberapa penyewa yang berbeza pada masa yang sama.

Kami mencadangkan anda untuk melabur dalam pilihan yang kedua jika anda ingin membuat pelaburan yang selamat dan tidak menyusahkan. Walau bagaimanapun, anda boleh melabur dalam pilihan yang ketiga jika anda berasa bahawa anda mampu menguruskan beberapa buat pangsapuri pada masa yang sama dan ingin membahagikan risiko anda. Kami hanya akan mencadang anda untuk membeli sebuah teres jika anda mempunyai simpanan yang mencukupi jika menimpa kemalangan. Sebagai kesimpulan, anda bolehlah melabur dalam teres jika anda merupakan seorang yang boleh mengendalikan risiko. Manakala jika anda bukan seorang yang boleh mengendalikan risiko, anda bolehlah melabur dalam dua buah kondominium atau beberapa buah pangsapuri kerana pilihan ini lebih bagus untuk anda.

Tidak melabur dalam hartanah boleh menjadi salah satu kekesalan kewangan anda. Untuk mengelak daripada diperangkap oleh kekesalan kewangan anda sendiri, anda boleh membaca artikel kami dan belajar bagaimana anda boleh menjadi perancang kewangan anda sendiri. Tambahan pula, anda juga boleh mengetahui dengan lanjut tentang REITs dan kebankrapan melalui artikel tertentu. Untuk mempunyai pengetahuan mengenai perancangan kewangan dengan lebih mendalam, anda boleh membaca artikel mengenai bagaimana anda boleh melabur RM 10,000 anda dengan bijak dan bagaimana anda boleh mengelak daripada membelanja lebih.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)