Betul ke asyik lelaki je kena bayar time dating?
Admin pun gigih lah buat poll yang tak berapa mendapat sambutan ni (sampai hati korang kan?). Tapi takpe sebab satu persolan dah pun terjawab. Rata-rata lagi prefer bayar asing-asing sebenarnya dari mengharapkan pasangan yang tanggung. Admin setuju sangat dengan pilihan bayar asing ni. Takde lah rasa terhutang budi sebab asyik guna duit orang.
Tambahan lagi, tak semua orang mampu nak tanggung belanja dating ni. Setiap orang ada komitmen masing-masing dan ada yang tak mampu pun nak sara diri, apatah lagi nak belanja dating. Korang tengok contoh budak uni, dah lah belum bekerja, takkan diorang nak guna duit PTPTN/biasiswa/duit mak bapak untuk dating pulak?
“Ala, tak sweet lah kalau tak belanja”
Kalau korang jenis spesies sweet sampai bersemut macam ni pulak, kita guna common sense untuk tentukan siapa yang kena bayar. Pada pendapat admin, kita buat peraturan siapa yang ajak, dialah yang lagi bertanggungjawab untuk bayar. Adil lah kan sebab yang diajak tu sanggup luangkan masa dia untuk pergi dating.
“Tapi admin, pasangan saya beria-ria nak bayarkan”. Lah, kan admin dah cakap pasal common sense tadi. Dah orang nak belanja, jangan lah ditolak. Lain kali dating, korang payungkan pulak.
Perlu ke dating sampai beratus?
Mak aih! Ikut post brader tadi tu, beratus jugak melayang setiap kali dating.
Admin tak tau lah ni memang ni kos yang biasa ke apa untuk dating tapi cuba korang bayangkan, sekali dating RM120. Sebulan dah RM480 (itu pun kalau dating semingu sekali). Setahun RM5,760. Kalau jenis yang setia pulak, sampai 3 tahun dating? Mau cecah RM17,280 woi! Dengan jumlah duit sebanyak ni, korang boleh buat duit hantaran masuk meminang anak orang dah.
Pada pendapat admin lah, tak semua orang mampu belanja sampai seratus lebih setiap kali dating. Jadi mana yang kurang berkemampuan tu atau ada banyak perancangan kewangan yang nak diutamakan dulu, berbelanjalah ikut bajet dating korang sendiri.
Bila cakap pulak pasal bajet dating ni, admin rasa penting untuk kita tau keadaan kewangan pasangan. Bila dua-dua dah faham, baru boleh buat bajet untuk dating dan jugak untuk spesial occasions macam hari jadi pasangan, anniversary, dan lain-lain.
Macam mana pulak nak kurangkan bajet dating?
Korang kena sentiasa PEKA dengan promo/diskaun/manfaat keahlian dan sebagainya.
E-wallet dan food delivery app contohnya, macam-macam promo/diskaun diorang buat. Manfaatkan lah semua promo ni untuk kurangkan perbelanjaan dating korang.
Bagi yang ada kenderaan sendiri, jangan lupa tau swipe kad keahlian petrol korang untuk kumpul points. Dengan cara ni, korang boleh tebus petrol tanpa perlu bayar sesen pon.
Selain gunakan promo, diskaun dan ganjaran keahlian, apa lagi cara yang boleh jimatkan perbelanjaan dating? Jawapannya: Pelbagaikan idea dating korang. Alang-alang dah cakap pasal idea dating ni, boleh tak kita hentikan tradisi asal dating je kena pergi makan pastu tengok wayang? Korang tak bosan ke asyik buat benda yang sama?
Kalau ye pon dua-dua jenis kaki wayang, ada cara lain untuk korang layan movie, macam ber-netflix dekat perpustakaan, coffee shop atau kedai buku yang ada in-store cafe. Nak lagi jimat? Korang download je movie. Tapi cara ni sebenarnya salah di sisi undang-undang, jadi jangan cakap admin tak warning, okay.
Mana yang sukakan outdoor activities tu pulak, korang cuba lah hillclimbing macam kat Bukit Gasing, Petaling Jaya. Takde sebarang caj masuk dikenakan dan korang boleh park je kat kawasan berdekatan secara percuma.
Buat yang acah-acah sweet, bawak lah pasangan korang main layang-layang RM10 kat Taman layang-layang, Kepong. Nak lagi jimat? Buat sendiri layang-layang korang. Time ni lah peluang nak tunjukkan kreativiti korang.
Kat taman-taman macam ni jugak korang boleh berpiknik dengan pasangan tanpa perlu risau harga makanan yang tak masuk akal. Contohnya, ada sorang brader ni tak mampu nak belanja awek dia dinner romantik yang fancy-schmancy, jadi dia beli set McDonalds RM30 dan bawak sendiri set kutleri dan decoration dari rumah. Effort brader ni buat admin respect habis dekat dia. Bukan senang nak tengok orang tunjukkan kasih sayang sampai macam ni sekali.
Kalau betul-betul sayang, baik gunakan bajet dating untuk perkara lebih penting macam...
...Banyakkan saving untuk masa depan dengan pasangan korang. Contohnya, simpan duit untuk beli rumah. Nak tau pinjaman perumahan mana paling sesuai dengan korang? Jom buat perbandingan pinjaman perumahan kat sini, senang giler!Baca Jugak: Ada 8 Jenis Rumah Kat Malaysia. Mana Satu Paling Sesuai Dengan Korang?
Bukan tu je, admin tau semua orang tengah menggila dengan trend bubble tea sekarang, tapi dari bazirkan duit dekat minuman yang tak menyihatkan dan mampu mengundang diabetes, kan lagi bagus kalau guna duit tersebut buat pinjaman ASB.
Admin harap artikel ni dapat membantu korang dan lepas ni toksah lah kita gaduh-gaduh lagi pasal isu sekecil ‘siapa patut bayar time dating?’, buang karan je.
Nah, artikel gempak untuk korang, jangan lupa baca!: