1. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
Nama Projek | MyHome |
---|---|
Objektif | Skim perumahan ini merupakan salah satu inisiatif gomen untuk galakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang bukan je dapat memberi faedah kepada pembeli malah menguntungkan pemaju swasta. |
Permohonan Terbuka Kepada | SEMUA warganegara Malaysia |
Kadar Harga | MyHome 1 RM80,000 - RM150,000 MyHome 2 RM120,001 - RM300,000 |
Cara Pemilihan | Tapisan |
Kriteria Kelayakan | 1) Warganegara Malaysia 2) 21 tahun dan ke atas 3) Pembelian rumah pertama je 4) Pembelian rumah bagi satu isi rumah 5) Pendapatan isi rumah mesti memenuhi syarat yang dah ditetapkan bagi MyHome 1 dan MyHome 2 |
Dokumen Sokongan | 1) Salinan kad pengenalan pemohon 2) Salinan surat nikah/sijil nikah 3) Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (jika berkenaan) 4) Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri 5) Salinan surat pengesahan majikan 6) Salinan penyata gaji terbaru 7) Salinan penyata KSWP atau penyata cukai pendapatan 8) Salinan surat pencen (jika berkenaan) 9) Salinan kad pengenalan/Mykid/surat beranak 10) Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan |
Syarat | Tak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun. |
Agensi | Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) |
Laman Web | https://sprn.kpkt.gov.my/info/myhome |
2. Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)
Nama Projek | PPAM |
---|---|
Objektif | Bertujuan untuk menyediakan rumah yang berkualiti dan berpatutan kepada penjawat awam |
Permohonan Terbuka Kepada | Penjawat Awam |
Kadar Harga | Bwah RM300,000 |
Cara Pemilihan | Undian |
Kriteria Kelayakan | 1) Warganegara Malaysia 2) Semua penjawat awam dari kesemua gred 3) Penjawat awam yang dah pencen pun boleh mohon |
Dokumen Sokongan | 1) Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan 2) Borang PPA1M yang dah lengkap 3) Salinan penyata gaji terbaru 4) Akuan berkanun 5) Salinan surat pengesahan dari majikan 6) Salinan surat pencen (jika berkenaan) |
Syarat | Tak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun |
Agensi | Jabatan Perumahan Malaysia |
Laman Web | http://www.ppam.gov.my/application/condition |
3. Program Perumahan Rakyat (PPR)
Nama Projek | PPR |
---|---|
Objektif | Projek Perumahan Rakyat adalah sebuah program gomen bertujuan untuk memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah |
Permohonan Terbuka Kepada | SEMUA warganegara Malaysia |
Kadar Harga | Semenanjung Malaysia RM 35,000 Sabah & Sarawak RM48,000 |
Cara Pemilihan | Tapisan |
Kriteria Pemilihan | 1) Warganegara Malaysia 2) Berumur 18 tahun ke atas 3) Pendapatan isi rumah bawah dari RM3000 sebulan 4) Pemohon belum memiliki rumah 5) Mematuhi syarat-syarat tambahan yang dikenakan oleh kerajaan negeri |
Dokumen Sokongan | 1) Salinan kad pengenalan pemohon 2) Salinan penyata gaji terbaru 3) Borang permohonan yang lengkap |
Syarat | Tak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun |
Agensi | Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) |
Laman Web | http://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/133 |
4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Nama Projek | Rumah Mesra Rakyat |
---|---|
Objektif | Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tak mempunyai rumah atau tinggal di rumah yang usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa |
Permohonan Terbuka Kepada | SEMUA warganegara Malaysia |
Kadar Harga | RM65,000 |
Cara Pemilihan | Tapisan |
Kriteria Pemilihan | 1) Warganegara Malaysia 2) Berumur 18 tahun dan ke atas 3) Memiliki tanah sendiri, atau merupakan salah seorang tuan tanah, atau mempunyai kebenaran bertulis dari tuan tanah 4) Keluasan tanah tak kurang daripada 2,800 kps 5) Pendapatan seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan |
Dokumen Sokongan | 1) Salinan kad pengenalan pemohon 2) Salinan penyata gaji terbaru 3) Borang permohonan yang lengkap 4) Salinan Sijil Carian Rasmi dari Pejabat Tanah |
Syarat | - |
Agensi | Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) |
Laman Web | http://www.spnbmesra.com.my/#rmr1m |
5. Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
Nama Projek | Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) |
---|---|
Objektif | Mewujudkan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan |
Permohonan Terbuka Kepada | Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan |
Kadar Harga | Bawah RM300,000 |
Cara Pemilihan | Tapisan |
Kriteria Kelayakan | 1) Warganegara Malaysia 2) Berumur 18 tahun dan ke atas 3) Bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan 4) Pendapatan kasar bulanan bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Berkahwin) |
Dokumen Sokongan | 1) Salinan kad pengenalan pemohon 2) Salinan penyata gaji terbaru 3) Salinan penyata KWSP 4) Borang permohonan yang lengkap 5) Akuan Berkanun |
Syarat | Tak boleh disewakan |
Agensi | Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) |
Laman Web | https://rumawip.kwp.gov.my/ |
6. Rumah Selangorku
Nama Projek | Rumah Selangorku |
---|---|
Objektif | Menyediakan rumah mampu milik di kawasan sekitar Selangor bagi golongan berpendapatan sederhana |
Permohonan Terbuka Kepada | SEMUA warganegara Malaysia |
Kadar Harga | RM42,000 - RM250,000 |
Cara Pemilihan | Tapisan |
Kriteria Pemilihan | 1) Warganegara Malaysia 2) Berumur 18 tahun dan ke atas 3) Menetap di Selangor 4) Pendapatan seisi rumah di antara RM3,000 sehingga RM10,000 5) Tak memiliki hartanah di Selangor |
Dokumen Sokongan | 1) Salinan kad pengenalan pemohon 2) Salinan penyata gaji terbaru/pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah 3) Salinan penyata KWSP 4) Akuan Berkanun 5) Salinan bil utiliti |
Syarat | 1) Tak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun 2) Tak boleh disewakan |
Agensi | Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) |
Laman Web | http://lphs.selangor.gov.my/55.html |
7. Rumah Idaman Rakyat (RIR)
Nama Projek | Rumah Idaman Rakyat (RIR) |
---|---|
Objektif | Menyediakan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana |
Permohonan Terbuka Kepada | SEMUA warganegara Malaysia |
Kadar Harga | Bawah RM350,000 |
Cara Pemilihan | Tapisan |
Kriteria Kelayakan | 1) Warganegara Malaysia 2) Berumur 21 tahun dan keatas 3) Keutamaan akan diberikan kepada pembeli rumah pertama, golongan kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal |
Dokumen Sokongan | 1) Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan 2) Salinan sijil nikah (jika berkenaan) 2) Salinan penyata gaji terbaru/pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah 3) Salinan penyata KWSP 4) Akuan Berkanun 5) Salinan bil utiliti |
Syarat | 1) Tak boleh dijual dalam tempoh 5 tahun 2) Tak boleh disewakan |
Agensi | Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) |
Laman Web | https://www.spnbidaman.com.my/en/ |
Dengan semua projek perumahan yang mampu dimiliki, kat sini dah jelas bahawa gomen berusaha untuk membantu kita memiliki rumah.
Walau bagaimanapun, semua inisiatif gomen ni takkan berhasil kalau kita sendiri tak nak berusaha untuk mendapatkannya. Jadinya, kalau pemohonan korang berjaya, korang kena cepat-cepat dapat pinjaman perumahan supaya dapat secure kan permohonan korang tu.
Tak tau pinjaman perumahan yang mana sesuai untuk korang? Nah, semak kelayakan pinjaman perumahan korang secara percuma kat Loanstreet.