#1 Laman Seni, Lorong Belakang Seksyen 7, Shah Alam
*Sumber: Hizwan Hamid
Laman Seni adalah sebuah inisiatif Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) dengan KHZNH Studio untuk mewujudkan seni jalanan yang kreatif. Kesemua seni jalanan ini direka sepenuhnya oleh artis-artis mural tempatan yang kreatif.
Macam mana nak ke Laman Seni ni? Just park dekat Area Restoran Wong Solo Seksyen 7 dan jalan kaki je ke ikot #lorong belakang. Jangan risau, dekat sangat. Mustahil korang terlepas sebab dari jauh kot dah boleh nampak segala senis mural yang gempak-gempak.
Tak de entrance fee pun, korang bawak diri dengan camera je.
#2 KL Forest Eco Park
*Sumber: coupletraveltheworldKL Forest Eco Park ni memang terletak betul-betul dekat celah pusat bandaraya KL. Jadinya, lokasi kedua kita ni sangat sesuai untuk dijadikan ‘escapism spot’ korang kalau nak feeling-feeling cari ketenangan gitu. Kat sini banyak aktiviti yang korang boleh buat secara PERCUMA. Contohnya, Canopy Walk (mesti buat okay), dan mendaki bukit (Bukit Jelutong dan Bukit Penarahan).
Kalau korang buat Canopy Walk, jangan lepaskan peluang untuk bergambar sebab boleh dapat pemandangan KL dari aerial view.
Admin cadangkan korang pergi waktu 7 pagi macam tu sebab time tu view dia paling ‘Instagram-worthy’! Lagi satu, time tu masih tak panas dan tak ramai orang. Disebabkan lokasi Eco Park dekat area jam, ada baiknya korang pergi naik LRT dan berhenti di stesen Masjid Jamek, lepas tu guna Grab untuk sampai ke Eco Park ni.
#3 Sasana Kijang, Muzium Bank Negara & Galeri Seni
*Sumber: Hakimie AmrieTerletak di Jalan Dato Onn, Sasana Kijang merupakan sebuah muzium moden yang dpenuhi dengan pameran bersejarah macam matawang lama rantau Asia dan galeri seni. Kat sini best sebab ada banyak spot yang korang boleh bergambar, contohnya di galeri seni dan pameran wang kertas dunia. Tapi kan, admin cadangkan korang ber-Instagram dengan reka bentuk muzium ni sendiri. Spiral staircase ni contohnya antara spot paling femes dekat Instagram.
Admin cadangkan korang drive je pergi ni sebab banyak parking spot disediakan dengan flat parking rate RM5 je. Lokasi ni sesuai untuk semua golongan usia. Tarikan untuk kanak-kanak pun ada. Yang paling penting, semuanya PERCUMA!
Kalau korang datang sebab nak bergambar, baik korang pergi waktu hari biasa dan bukannya waktu cuti sekolah, sebabnya nanti padat dengan rombongan sekolah semua, kan susah nak bergambar nanti.
#4 Sawah Padi, Sekinchan
*Sumber: Qaseh Dalia
Bagi yang stay dekat kawasan Kuala Selangor, korang kena bergambar kat sini sebab spot ni sangat-sangat Instagramable. Percayalah, gambar korang takkan ada yang buruk punya. Dengan hanya 30 minit perjalanan dari Shah Alam, korang akan dapat pemandangan yang jarang-jarang boleh dapat dekat area Lembah Klang tau. Lagi syok kalau konvoi ramai-ramai dengan member.
Korang boleh datang kawasan sawah padi ni bila-bila masa je sebenarnya tapi admin cadangkan datang pagi sebelum matahari terik dan sebelum habis musim menuai (September - November)
Oh sebelum terlupa, kalau nak datang sini, jangan lupa bawak sunblock banyak-banyak!
#5 Astaka Morocco, Putrajaya
*Sumber: Pinterest
Terletak bersebelahan Taman Botani Putrajaya, Presint 1, Astaka Morocco merupakan sebuah seni bina yang diinspirasikan oleh istana di Morocco. Dari pintu gerbang yang gah sehingga lah kepada pancuran air mewah di taman bunga, korang mesti akan rambang mata nak bergambar kat mana dulu.
Tiket masuk adalah RM3 bagi orang dewasa dan hanya RM1 bagi kanak-kanak. Astaka Morocco ni bukak kepada pengunjung 6 hari seminggu (tutup: Selasa). Drive pun senang kat sini sebab banyak parking yang disediakan di kawasan Taman Botani Putrajaya.
#6 Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
*Sumber: Elizabeth Tai
Dengan konsep perpustakaan dalam taman, Perpustakaan Raja Tun Uda ini mempunyai 6 tingkat yang bukan je dipenuhi dengan buku malah ada gym, teater 3D & 6D, zon kreatif untuk kanak-kanak dan ruang gaming dan virtual reality untuk para pengunjung.
Terletak di sebelah golf course, korang jugak dapat enjoy sendiri pemandangan dari Taman Tasik Shah Alam.
Tak de sebarang bayaran kemasukan yang dikenakan dan perpustakaan ni jugak dibuka pada hujung minggu. Jadi, apa kata korang try hujung minggu ni?
#7 Jalan Alor, Changkat Bukit Bintang
*Sumber: theguideislost
Dari lorong belakang yang dipenuhi dengan tikus dan sampah kepada mural dan seni jalanan 3D, lorong-lorong di Jalan Alor adalah lokasi yang paling sesuai untuk korang bergambar tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Setiap lorong dipenuhi dengan pelbagai mural yang berbeza dan setiap satunya konfirm buat korang terkesima. Level kreatif mural-mural ni memang lain macam habis.
Macam mana nak ke Jalan Alor? Bukit Bintang ni kan terkenal dengan jam dia, so, admin nasihatkan korang guna pengangkutan awam je. Naik GoKL Free Bus Service dari laluan ungu dan turun dekat area Bukit Bintang. Dari situ korang jalan je kaki sampai ke Jalan Alor.
#8 Lake Gardens, Kuala Lumpur
*Sumber: Sumber: travel360
Turut dikenali sebagai Taman Tasik Perdana, Lake Gardens ni mempunyai keluasan sebanyak 227 ekar. Tarikan utama kat sini seperti Tugu Negara, Taman Burung, Taman Rama-Rama dan ASEN Sculpture Garden. Korang jugak boleh buat banyak aktiviti kat sini macam berbasikal dan Segway Tour.
Tiada sebarang bayaran kemasukan dikenakan dan Lake Gardens ni dibukak setiap hari 9-6pm. Kalau nak pergi sini Korang boleh amik LRT/Monorel dan turun dekat stesen KL Sentral dan amik Grab. Tapi kalau nak drive pun boleh sebab Taman Tasik Perdana ni ada sediakan banyak parking.
#9 Lot 10 Hutong Heritage Food Village
*Sumber: handluggageonly
Spot Instagramable kita yang seterusnya ni ada kat dalam kawasan Lot 10 dan kawasan ni sibuk tak kira masa. Snek dan makanan jalanan di bawah harga RM10 adalah antara benda yang femes dekat sini.
Spot ni ada kat tingkat LG Lot 10 shopping centre dan korang boleh pergi sini sama ada drive atau naik pengangkutan awam cumanya agak susah nak cari parking dekat kawasan ni. Kalau nak naik pengangkutan awam, korang guna MRT dan turun dekat stesen Bukit Bintang. Dari situ, korang hanya perlu jalan kaki ke Lot 10 shopping centre.
#10 Escalator NU Sentral, KL Sentral
*Sumber: Peter Stewart
Escalator ni boleh dikatakan sebagai escalator paling femes dan paling banyak gambar ditangkap di Malaysia sehinggakan diberi nama ‘Instagram Escalator’.
Aspek geometri escalator yang ‘eye-grabbing’ ni buat ramai orang tak lepaskan peluang untuk ber-Instagram di sini. Tak kisah gambar dari atas atau bawah, dua-dua akan berikan perspektif yang menarik untuk gambar korang. Kat sini korang kan jumpa ramai insta femes yang baru nak up dan juga pelancong luar negara.
Bagi yang bercadang nak OOTD kat sini, escalator sangat senang nak cari, korang hanya perlu pergi ke NU sentral. Escalator ini berada di sebelah NU sentral, di laluan pejalan kaki.
#11 Empire Damansara, Damansara Perdana
*Sumber: The Smart Local
Ada dua sebab je kenapa orang akan pergi Empire Damansara ni, sama ada nak ke kafe hipster atau nak bergambar kat sini. Seni bina moden yang dilengkapkan lagi dengan pelbagai dinding yang mempunyai background yang menarik menjadi tarikan utama ramai orang ber-posing kat sini.
Kalau korang tak pasti spot mana yang sesuai dengan korang, search je #empiredamansara kat Instagram, ada berlambak contoh spot yang korang boleh pilih. Kalau korang nak tau, kat Empire Damansara ni jugak femes dengan 'flat lay food photography'. Jadi, kalau korang ni jenis yang suke tangkap gambar makanan, lokasi ke-11 ni takkan kecewakan korang punya.
Lagi sesuai kalau korang drive sebenarnya kalau nak ke sini, tapi kalau korang jenis yang gemar gunakan pengangkutan awam, korang boleh naik MRT dan turun di stesen Bandar Utama. Dari situ, korang boleh guna Grab.
#12 Kwai Chai Hong, Chinatown
*Sumber: Malay Mail
Lokasi terakhir yang admin akan kongsikan hari ni merupakan Instagramable spot paling baru di KL dan lokasi ni sarat dengan sejarah tau sebenarnya. Dulu-dulu, lokasi ni merupakan tempat tinggal bagi pendatang Cina yang terawal kat Tanah Melayu pada tahun 1960-an.
Kwai Chai Hong atau korang mungkin lagi kenal dengan nama Lorong Panggung, adalah sebuah lorong yang suatu ketika dulu dipenuhi dengan tikus, sampah dan gelandangan kini bertukar jadi spot Instagramable selepas 5 orang artis mural tempatan ambil alih. Gabungan bangunan bersejarah dengan mural-mural yang ohsem habis ni akan buat gambar korang unik habis. Tak tipu.
Jadi, kalau korang ada bercadang nak ke sini, admin cadangkan korang naik pengangkutan awam dan turun dekat stesen MRT Pasar Seni. Lepas tu jalan je kaki sama ada ke Jalan Panggung atau Jalan Petaling. Senang je kan?
Apa kata korang?
Sekarang ni kan musim raya, ha takkan nak bergambar dengan tart nenas je macam orang lain, jadi apa kata tahun korang up sikit game. Sambil bergambar, dapat tayang baju baru. Ha gitu!
Korang setuju tak dengan lokasi ni atau korang ada spot lain yang lagi ohsem? kalau ada, apa kata korang kongsikan pulak dekat Facebook Loanstreet.
Akhir kata, selamat ber-Instagram!