Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kalau Kereta Korang Kena Langgar Waktu Dalam Parking, Boleh Claim Insurans Ke Tak?

BY Nisya Aziz

Updated 12 Dec 2022




Bayangkanlah korang baru habis kerja, tak sabar nak masuk kereta dan balik rumah. Tapi baru je korang keluarkan kunci, korang perasan ada kemik kat pintu. Tengok kiri kanan takde kereta lain pun, jadi memang sah la ada malaun yang langgar pastu lari macam tu je. Mana tak sakit hati kan. Dah la tengah lapar nasik.

Jadi apa yang korang boleh buat? Boleh ke korang tuntut insurans bila takde orang untuk dipersalahkan?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Langkah 1: Siapa yang langar?

Sebelum korang mula sumpah seranah, periksa cermin depan dulu kalau ada nombor telefon atau name card. Ye lah biasanya takde siapa ada masa nak tunggu lama-lama, nak lagi bila mak cik sekeliling mula jeling-jeling. Kalau ada rezeki, korang boleh hubungi terus siapa yang tinggalkan nombor telefon dia, dan sembang pasal apa yang berlaku. Korang boleh settle kat luar mahkamah ataupun buat claim daripada insurans dia.

Langkah 2: Apa yang korang boleh buat?

Bergantung kepada polisi insurans korang, korang boleh failkan No-Fault Own Damage (NFOC). Jadi korang tak payah claim daripada insurans orang lain (sebab korang tak tau siapa yang langgar), syarikat insurans korang boleh tampung kos tersebut.

Bimbang kalau benda ni mungkin tolak No Claim Bonus korang? Rileks sudah, bonus ni selamat sebab kemalangan ni bukan salah korang.

Langkah 3: Hubungi syarikat insurans korang

Dalam tempoh 4 jam selepas kemalangan, korang perlu buat laporan polis. Kemudian korang kena laporkan kepada syarikat insurans tentang apa yang berlaku dan kat mana bengkel panel yang terdekat. Kalau korang hantar kereta kat bengkel bukan panel, ada kemungkinan claim korang tak lulus. Jadi pastikan korang tanya syarikat insurans dulu.

Untuk failkan claim NFOC, ini dokumen-dokumen yang korang perlukan:

  • Tuntuan (claim) rasmi daripada syarikat insurans
  • Salinan asal laporan polis
  • Salinan asal hasil penyiasatan polis 
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan lesen 
  • Kad pendaftaran kenderaan yang terkini
  • Resit bagi kos repair
  • Gambar kerosakan pada kenderaan waktu kemalangan tersebut berlaku (jika ada)

Langkah 4: Macam mana nak tahu kos repair?

Setiap bengkel panel akan ada pelaras kerugian berlesen bebas (independent licensed adjuster), di mana dia akan menilai kerosakan dan mengira kos pembaikan. Korang akan dapat laporan daripada pelaras kerugian ni, jadi pastikan korang simpan laporan ni elok-elok.

Pelaras kerugian ni juga boleh buat anggaran tetang tempoh pembaikan dan berapa lama sebelum korang boleh dapat kereta korang balik. Laporan ini juga dipanggil sebagai Compensation for the Actual Repair Time (CART), yang korang boleh tuntut. Biasanya ia akan mengambil satu hinga dua minggu sebelum laporan pampasan ni diluluskan, jadi nak tak nak korang kenalah keluarkan duit daripada poket sendiri. Bertabahlah sebab syarikat insurans akan bayar balik duit ni nanti

Langkah 5: Jangan berlengah!

Kami faham korang mungkin jenis yang selalu lambat hantar kerja rumah waktu sekolah. Tapi hal yang berkaitan duit ni janganlah berlengah-lengah. Kalau perlu, hubungi syarikat insurans untuk fahamkan prosedur dan siapkan dokumen secepat mungkin. Lagi lama korang tunggu, lagi lamalah tuntuntan insurans korang akan diluluskan. Dah tu lagi lama takde kereta, kena naik Grab pulak. 

Satu lagi, jangan lupa untuk hubungi bengkel panel korang untuk periksa sama ada kereta dah siap ke tak.

Setiap kemalangan boleh dibaiki, walaupun ia bukan salah korang. Kadang-kadang bila korang seorang pemandu yang berhemah dan selalu memauhi undang-undang jalan raya (siap berhenti kat lampu merah waktu 3 pagi), benda macam ni tetap berlaku. 

Jadi pastikan korang lindungi diri daripada kes-kes yang tak diingini macam ni dengan mendapatkan insurans yang komprehensif, macam yang kat halaman insurans kereta di Loanstreet ni. Percuma je untuk dapatkan sebut harga secara online. Senang kan?


Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover

Kereta Korang Boleh Claim Insurans Banjir Bila...

Kereta Korang Boleh Claim Insurans Banjir Bila...