Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Boleh Ke Renew Roadtax Kalau Ada Saman Tertunggak?

Updated 20 Dec 2021 – By Team Loanstreet



Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

 

*Artikel ini asalnya ditulis oleh Hakimie Amrie. Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Biasanya bila kita drive, boleh jadi kita tak perasan yang kita dah kena saman speed trap. Itu memang benda biasa. Selagi tak check, selagi tu tak tahu. Bila dah jadi camni barulah kita nak terfikir, “Kalau ada saman, boleh ke nak renew roadtax dan insurans eh?” So camne? Boleh tak nak renew ni?

So, Ini adalah jawapan kepada persoalan korang tu.

 

Jawapannya, TAK BOLEH!

Senang cerita korang tak boleh renew roadtax dan insuran kalau ada saman yang tertunggak. Jadi, korang kena settlekan dulu saman sebelum renew roadtax. Tak kisahlah saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Tapi, saman JPJ ni lagi berisiko sebab denda dia lagi mahal dari PDRM. Contohnya, kalau tak pakai seatbelt, PDRM denda RM150 je tapi kalau JPJ kena RM300 kot. Boleh kopak kalau kena.



Selain tu, kena amik tahu juga jenis saman yang korang kena. Ada yang menyebabkan korang senang kena blacklist dan ada yang tak kena blacklist.


Mana satu saman yang kena blacklist dan tak yang tak kena blacklist eh?  

 

Saman blacklist

Saman blacklist ni penyebab korang  kena block daripada renew roadtax dan insurans. sebab ada rekod kesalahan  dalam sistem JPJ. Selalunya, saman blacklist ni korang akan dapat time roadblock atau masa kena tahan kat tepi jalan. Contoh kesalahan termasuklah: 
  • Takde lesen memandu/lesen dah mati
  • Roadtax dan insurans dah mati
  • Tak pakai helmet/seatbelt


Kalau korang kena tahan dan dapat surat Saman POL.257 atau Saman JPJ (P) 22, jangan buang masa, sebab dua jenis surat saman ni konfirm akan buat nama korang kena blacklist!
 

Kalau tak sure nama korang dah kena blacklist atau tak, klik sini untuk semak status.



Saman tak diblacklist

Saman yang tak di “blacklist” ni pulak ialah surat saman yang dihantar terus ke alamat rumah (ikut IC).  Contoh saman termasuklah:



 
  • Saman speed-trap/AES
  • Saman ekor 
  • Saman kesalahan parking. 

Jadi, kalau korang terima surat saman Notis POL.170A kat rumah, faham-fahamlah dah kena saman ekor. Nak ingatkan jugak, walaupun nama korang tak kena blacklist serta merta kalau kena surat saman jenis ni, janganlah buat pekasam pulak kertas saman tu. Buatnya kantoi ada saman tertunggak, korang boleh kena saman RM300 di bawah Seksyen 53 APJ 1987 tau!


Okay, camne pulak dengan saman majlis perbandaran?  

Selain PDRM dan JPJ, korang jugak boleh disaman pihak berkuasa tempatan macam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) atau majlis perbandaran lain bagi isu berkaitan parking. Contoh kesalahan termasuklah:
  • Tak bayar kupon parking
  • Double park
  • Tak park dalam kotak kuning. 

Kalau dulu, tak risau pasal saman perbandaran ni sebab nama korang takkan naik dalam sistem JPJ. Tapi start tahun 2011, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dah dipinda dan JPJ mula bekerjasama dengan majlis perbandaran untuk kuatkuasakan pungutan denda.  

loanstreet-renew-roadtax-saman-tertunggak
Sumber: Kosmo!

So, lepas ni korang tak boleh lah buat derk je kalau dapat saman DBKL. Memang sah nama korang akan muncul dalam sistem. Tapi chill je, sebab korang tak akan kena blacklist terus dan ada 45 hari untuk disettlekan.
 

Kalau beli kenderaan secondhand, ada saman dari owner lama, siapa kena bayar?

Kalau tadi cerita pasal saman sendiri, tapi kalau saman owner kereta lama  camne? Apa kena buat kalau tak lepas renew roadtax dan insurans?
 

Kalau camni korang tunjuk je dokumen pembelian kereta macam salinan borang pertukaran nama dan geran baru kat JPJ. Once terbukti yang saman tertunggak tu owner punya, korang tak payah lah bayar. Tapi, kalau beli secara ansuran dengan member dan tak tukar nama lagi,  susah sikitlah nak tunjuk kat JPJ. Nampaknya, korang kena kawtim balik dengan member tu.




Harga saman memanglah tak semurah harga teh tarik mamak.  Kalau tak mampu nak settlekan on the spot, korang tunggu lah bila pihak berkuasa keluarkan diskaun saman. Yang mana ada saman tu, gunakanlah peluang ni sebaiknya. Setidak-setidaknya boleh jugak korang berjimat. 

 

Bila dah bayar saman, duit extra tu jangan lupa pulak renew roadtax dan insurans.  Korang tak perlu dah beratur lama kat JPJ. Nak lagi senang? Renew je lah roadtax dan insurans sekaligus secara online kat Loanstreet. Tak ada dah isu roadtax expired segala sebab semuanya mudah kat hujung jari je.


Lagi sekali nak ingatkan, saman jalan lupa bayar, kalau tak…

...surat perintah hadir ke mahkamah akan dihantar ke rumah untuk perbicaraan saman tertunggak. At this point, korang tak boleh ignore tau sebab waran tangkap akan dikeluarkan kalau gagal hadir. Lagi teruk bila korang dah sampai ke level waran tangkap, nak dapat diskaun pun tak boleh. Yang ada saman tertunggak tu, ada berita baik! Diskaun saman PDRM sebanyak 80% dah dilanjutkan sampai 31 Disember 2021. 

 

Akhir kata, kalau tak nak masuk penjara, silalah bayar saman..dan jangan lupa renew roadtax dan insurans jugak. Jangan tunggu sampai roadtax expired tau korang!





Baca Jugak:

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

loanstreet-kesan-judi-bola

CHUP! Ni Bahana Judi Bola yang Korang Kena Tahu

Nah! Segala Perkara PENTING Pasal Skim Insurans Takaful

Nah! Segala Perkara PENTING Pasal Skim Insurans Takaful