
Guna jadual kat bawah ni sebagai contoh untuk korang bahagikan gaji korang:
Jenis Akaun | Kadar | Catatan |
---|---|---|
Akaun Sara Hidup | 60% |
|
Akaun Simpanan | 15% |
|
Akaun Pelaburan | 25% |
|
Akaun Luar Jangkaan | Empat hingga eman bulan pendapatan korang |
|
Sebagai contoh, jika pendapatan bulanan korang ialan RM3,000, maka 60% daripada pendapatan korang (lebih kurang RM1,800) harus diasingkan untuk kos sara hidup sahaja. 15% (RM450) perlu disimpan dan korang perlu memperuntukkan 25% daripada pendapatan korang (lebih kurang RM750) untuk pelaburan korang.
Menyimpan sekurang-kurangnya 15% daripada pendapatan korang secara berterusan akan melahirkan satu perbezaan yang sangat besar. Sebagai contoh: seorang yang gaji sebulannya ialah RM3,000 akan dapat menyimpan sehingga RM5,400 setahun dan ini tidak termasuk kadar faedah yang boleh diperolehi. Simpanan korang nanti boleh digunakan untuk membayar hutang bank atau kad kredit.
Sebaik sahaja korang dah konsisten menyimpan, korang boleh start pertimbangkan untuk melabur. Pelaburan seperti stok dan unit amanah adalah salah satu contoh unit pelaburan yang umum tetapi terdapat juga alternatif lain seperti REITs dan duit syiling peringatan. Satu duit syiling peringatan emas sempena pemasangan Yang Di-Pertuan Agong XIV dijual di harga RM1,800 pada tahun 2012 dan harga pasaran sekarang ialah lebih kurang RM3,000.
Tapi tak boleh dinafikan bahawa adalah penting untuk mengetahui pelaburan apakah yang paling sesuai korang. Jadi kalau korang kurang pengetahuan pasal pelaburan ni,lebih baik korang memperuntukkan sedikit duit kepada dana luar jangkaan jika sebarang kecemasan berlaku. Kad kredit juga boleh dianggap sebagai pilihan yang kedua untuk dana ini.
Selain itu, korang kena ingat untuk memperuntukkan sebahagian gaji korang untuk polisi dan perlindungan insurans yang sesuai.Barulah korang dan keluarga tersayang ak susah hati kalau berlaku apa-apa kecemasan nanti.
Kenal pasti matlamat kewangan korang
Apa-apa pun, yang paling penting sekali korang kena ada matlamat. Bila dah ada matlamat barulah korang boleh buat rancangan. Nak beli rumah? Nak bebas hutang? Nak pencen awal? Kalau korang sendiri pun tak tahu korang nak apa, korang akan hilang fokus dan berbelanja sesuka hati.
Nak stabil kewangan memang susah tapi kalau korang konsisten dengan matlmat korang, kami yakin yang korang boleh capai target korang.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: