Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

3 Langkah Transfer NCD ke Kereta/Insurer Baru, Lagi Untung!

BY Faiz Rahim

Updated 09 Dec 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Ehem, tukar kereta baru ke tu? Salah satu masalah kalau beli kereta baru ni adalah tak tahu cara pilih insurans kereta terbaik, betul tak?

Tapi, ramai yang terlupa sebenarnya kalau korang transfer NCD (No Claim Discount) daripada kereta lama ke kereta baru, lagi untung! Bukan setakat tu je, kalau korang bercadang nak tukar kepada insurer baru disebabkan tak puas hati, ataupun nak beli polisi insurans yang lagi better, pun boleh tukar NCD. Takde masalah!

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Tapi sebelum tu, korang tahu tak apa tu NCD?



Sumber imej: Bijak

Jangan risau, ni admin nak explain. NCD, atau nama panjang dia ‘Diskaun Tiada Tuntutan’ atau omputehnya ‘No Claim Discount’ adalah diskaun yang korang akan dapat daripada pembayaran insurans bagi setiap tahun. Tapi, ada syarat-syarat dia! Basically, korang akan dapat bila…

  • korang takde buat 1 tuntutan dalam jangka masa 12 bulan daripada tarikh pembelian insurans kereta DAN
  • jika takde sebarang tuntutan yang dibuat dekat korang dari pihak ketiga
 

FYI, diskaun NCD ni boleh capai 55% selepas 5 tahun. Hah, banyak kan diskaun tuh? So, memang korang kena lebih berhati-hati lah supaya tak perlu nak buat satu claim insurans pun. Tambahan pula, NCD ni menggalakkan pengguna-pengguna jalan raya (cam korang) supaya tak terlibat dalam eksiden.
 

Eh jap, so semua jenis eksiden/claim akan affect NCD ke?



Sumber imej: Vocket

Dia bergantung juga kepada siapa langgar siapa, cara korang claim insurans dan lain-lain lagi. Ni admin list down apa yang takkan ada affect kat NCD:
 

  • Kalau korang guna duit sendiri untuk repair kerosakan dan tak claim insurans
  • Pihak ketiga bayarkan untuk perbaiki kerosakan (so tak claim insurans korang)
  • Boleh tuntut No Fault Own Damage (NFOC) kalau pihak ketiga lari dari bertanggungjawab selepas eksiden, so korang boleh claim kat insurans sendiri tanpa affect NCD
  • Bila eksiden, macam biasalah korang kena buat police report; NCD korang affected ke tak tu akan bergantung kepada keputusan pihak polis
  • Kalau windshield kena repair, boleh je claim tanpa affect NCD, asalkan korang ada add on coverage dalam polisi 


TAPI, kalau korang adalah punca eksiden tu, claim korang akan affect NCD. Sama juga kalau korang buat claim kat insurans untuk perbaiki benda-benda yang tak termasuk sekali dalam polisi insurans. Untuk kes-kes eksiden yang complicated, pihak insurans akan tentukan sama ada affect NCD atau tak, bergantung kepada keputusan dari report police (sebab tu korang kena berhati-hati!).

BACA JUGA: Kenapa Claim Insurans Kenderaan Korang Kena Reject?

 

Berapa rate NCD di Malaysia?




Rate NCD ni dia bertambah setiap tahun kalau korang berjaya tak buat claim. Beza rate dia bergantung kepada jenis kenderaan korang, sama ada kenderaan peribadi atau pun komersial. Korang boleh tengok rate dari Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Motor Tariff kat table bawah ni.
 
Tempoh Insurans Kenderaan Peribadi Kenderaan Komersial
Tahun pertama 0% 0%
Tahun kedua 25% 15%
Tahun ketiga 30% 20%
Tahun keempat 38.33% 25%
Tahun kelima 45% 25%
Selepas tahun kelima 55% 25%


Mesti korang dah keluarkan kalkulator masing-masing, kan? Paling tak, ada yang tengah bukak apps kalkulator sekarang ni. Meh, ni admin kasi contoh!



Sumber imej: Abckotaraya.id


Sebagai contoh lah kan, katakan admin kena bayar premium insurans kereta lama sebanyak RM700 (sebelum tolak NCD). Nilai premium insurans untuk kereta baru yang admin nak beli pulak adalah RM1,100. NCD admin adalah sebanyak 55%.
 
Kiranya, selepas admin transfer NCD kepada kereta baru, admin kena bayar premium insurans sebanyak RM700 untuk kereta lama dan RM495 untuk kereta baru. Dengan transfer NCD, admin hanya perlu bayar sebanyak RM1,195. Kalau tak transfer NCD, admin perlu bayar insurans premium sebanyak RM1,485 (lebih RM290 kot!). Hah, mana lebih murah?

 

Macam mana cara transfer NCD?




Mesti korang tertanya-tanya kan apa proses transfer NCD ni? Serius jangan risau sebab proses dia simple je, tak susah pun. Jom, Min ajar!
 

  1. Sediakan dokumen-dokumen peribadi & duit ekstra


Dokumen yang perlu dibawa adalah salinan kad pengenalan dan maklumat bank - ni jika perlu saja. Nak senang, korang contact dulu insurer masing-masing untuk tahu prosedur diorang macam mana. Ada yang mungkin perlukan salinan kad pengenalan saja dan ada yang mungkin perlukan maklumat bank (contoh: no akaun bank). 

Duit ekstra tu pula in case ada baki premium insurans yang korang kena bayar on the spot. Sama ada korang bayar secara cash ke atau via online transfer, tuh bergantung kepada insurer masing-masing. Kalau korang tak pasti, boleh call PIAM.

 

  1. Isi borang pemindahan NCD (jika insurans masih aktif)


Pergi ke cawangan atau ejen insurans korang untuk isi borang pemindahan NCD. Korang akan dapat salinan borang selepas permohonan dah approve. TETAPI, kalau insurans dah expired, hanya perlu bawa nombor cover note perlindungan insurans. Admin juga galakkan korang untuk simpan cover note yang ada rate NCD paling tinggi.  

 

  1. Dah boleh check rate NCD baru


Kalau dah selesai, korang boleh check semula rate NCD dekat website MyCarInfo. Katakan admin dah berjaya transfer, kereta baru admin akan proceed dengan rate NCD 55% juga. Untuk kereta lama, bayar ikut nilai yang dah ditetapkan.
 

PENTING: Tak boleh transfer NCD kalau;

  1. Korang nak transfer kepada orang lain,
  2. Guna pihak ketiga untuk tukar NCD korang dan
  3. Tukar NCD dari kenderaan peribadi kepada komersial.
 

Jadinya, kena sentiasa alert dengan rate NCD korang.



Sumber imej: iMoney

Kang kalau NCD dah affected, membazir masa je korang buat semua ni untuk transfer ke kenderaan atau insurer baru. Jadi, kalau nak dapatkan diskaun NCD paling tinggi, kena drive berhemah sikit, okay!

Kalau korang interested nak renew insurans kereta ke motosikal ke, boleh terus renew bersama Loanstreet. Tak ambil masa lama pun, hanya 5 minit je. Boleh baca ni kalau nak tahu lebih lanjut! 


BACA JUGA:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya