1. Bantuan Prihatin Nasional
Untuk kategori ni, ada pelbagai insentif yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat yang layak dengan matlamat utama mereka, melindungi rakyat. Berikut adalah senarai bantuan yang disediakan. Korang boleh check bantuan mana yang korang layak:
a) Bagi menghargai golongan frontliner, kerajaan bagi alaun khas tambahan untuk diorang yang dah berusaha memerangi wabak macam:
- Elaun khas RM 600/sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan yang terlibat secara langsung dengan wabak Covid-19 bermula 1 April ini.
- Elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.
b) Rakyat lain juga yang akan menerima manfaat daripada bantuan ini termasuklah bagi golongan M40 iaitu:
- RM1,600 kepada mereka dengan isi pendapatan rumah bulanan RM4,000 dan ke bawah.
- RM1,000 kepada yang isi pendapatan rumah lebih RM4,000 hingga RM8,000
- RM800 individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
- Bantuan Prihatin Tunai sebanyak RM 250 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM 2,001 hingga RM 4,000 sebulan
- Pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli
- Internet percuma kepada semua pelanggan sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.
- Diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% ke atas bil elektrik mengikut kadar penggunaan.
- Penangguhan pembayaran bulanan bagi unit-unit sewa untuk milik (RTO) 6 bulan.
c) Bagi golongan student atau yang ada pinjaman berkaitan pendidikan ni, korang tak terkecuali daripada terima bantuan ini iaitu:
- Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.
- Menangguhkan bayaran balik PTPTN dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran(PTPK) kepada semua peminjam selama 6 bulan.
d) Bagi mereka yang menyewa, ada antara korang jugak boleh dapat pengecualian seperti berikut:
- Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR selama enam bulan.
- Pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain.
e) Selain itu, penjawat awam dan pesara kerajaan turut akan menerima bantuan tambahan iaitu:
- Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.
- Bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara Kerajaan.
f) Bagi membela nasib mereka dengan pendapatan yang terjejas, kerajaan telah menghulurkan bantuan seperti berikut:
- Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020.
- Bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu e-hailing.
- Penangguhan pembayaran premium atau sumbangan yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan takaful keluarga yang terjejas untuk 3 bulan.
- Bayaran income replacement sebanyak RM50 sehari di bawah MySalam untuk golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).
- RM25 juta untuk bantuan makan, penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan, pusat bantuan dan gelandangan melalui kerjasama NGO dan usahawan sosial.
- RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
- RM1 bilion bagi tujuan Dana Jaminan Makanan.
- Dana khas RM 1000,000 ke RM 200,000 untuk setiap pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK).
Bagaimana cara untuk mohon Bantuan Prihatin Nasional ni?
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Kalau korang masih lagi konfius lagi korang ni, nak ikut kategori mana, korang boleh rujuk jadual ni:
Secara mudahnya, sebelum ni korang dah merupakan penerima BSH yang dah berdaftar dan pembayar cukai yang juga dah berdaftar dengan LHDN, korang sebenarnya dah tak perlu daftar balik dan hanya perlu tunggu bayaran dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank yang didaftarkan.
Pada 1 April ni, korang boleh buat semakan status korang ni dekat laman web berikut:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia: http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH): https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia: https://www.treasury.gov.my
Macam mana kalau nama saya tak ada dalam senarai?
Jangan bimbang, korang boleh buat permohonan baru pada 1 April di laman web kat atas tadi.Bila permohonan korang diluluskan, korang akan terima bayaran pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.
2. Pengeluaran KWSP(i-lestari) sebanyak RM 500 sebulan
Untuk pengeluaran ni, korang boleh buat permohonan Pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020. Korang layak untuk keluarkan sebanyak RM 500 setiap bulan selama 1 tahun bermula dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021.
Nak tahu layak ke tak, baca ni: Korang Boleh Keluarkan Wang KWSP Sebab COVID-19 & 8 Perkara Ni
3. Penangguhan bayaran pinjaman bank
Selama ni, kitorang tahu korang ada pelbagai, komitmen bulanan dengan bank. Tapi, untuk masa 6 bulan ni, korang akan dapat penangguhan bayaran pinjaman bank tau. Ye, bukan main-main, korang tak payah bayar langsung sebarang hutang korang dengan bank selama 6 bulan ni!
Baca artikel ni untuk ingo lebih lanjut: Moratorium Pembayaran Balik BNM: 4 Perkara Korang Perlu Tahu
4. Bantuan RM600 PERKESO (SOCSO)
Kalau korang ni ada mencarum dekat PERKESO bawah Skim Insurans Pekerja, masa ni lah korang boleh manfaatkannya. Bantuan RM600 sebulan bagi pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji oleh majikan akibat kesan ekonomi daripada Covid-19.
Baca sini, kalau nak tahu macam mana nak dapatkan bantuan: COVID-19: Dipaksa Amek Cuti Tanpa Gaji? Ni Cara Nak Claim RM600