Apa Benda EIS Ni?
EIS ni diperkenalkan oleh gomen pada tahun 2018 dengan tujuan utamanya untuk bantu pekerja swasta yang hilang kerja dengan bagi bantuan kewangan kepada pencarum EIS yang hilang kerja selama 6 bulan - Elaun Mencari Pekerjaan (EMP). Bukan setakat tu je, EIS ni jugak bantu pencarum dapatkan kerja baru melalui program penempatan semula pekerjaan. Bagus kan? Yelah, siap dapat bantuan nak tingkatkan skil yang diperlukan untuk bekerja semula.
Manfaat Lain Yang Ditawarkan Oleh EIS
Selain Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), sebenarnya ada banyak lagi faedah lain yang disediakan oleh EIS bagi melindungi kepentingan pekerja. Contohnya:1. Program Penempatan Pekerjaan Semula: membantu korang dalam carian pekerjaan baru, temuduga kerja, latihan dan jugak khidmat kaunseling untuk sokongan padu. Tak de lah korang down.
2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB): Elaun ni diberikan untuk korang yang yang ada banyak pekerjaan dan hilang at least 1 pekerjaan, tapi tak hilang semua.
3. Yuran Latihan (FL): Untuk korang yang terpilih untuk mengikuti latihan yang disyorkan oleh PERKESO tidak lebih 6 bulan dengan jumlah yuran maksimum RM4,000.
4. Elaun latihan (EL): Selain yuran latihan, korang jugak diberi insentif kewangan untuk motivate korang selalu pergi latihan.
5. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA): Selain EMP, korang jugak akan dibayar faedah lebih kalau korang dapat kerja awal.
Apa Kadar Caruman EIS Ni?
Bagi kadar caruman pulak, senang je nak faham,potongan sebanyak 0.2% dari korang dan 0.2% dari majikan korang bagi gaji bulanan korang. Okay macam ni, contohnya gaji korang RM3,500, jadi jumlah carumah EIS korang adalah sebanyak:
Caruman korang: 0.2% x RM3,500 = RM6.90
Caruman majikan: 0.2% x RM3,500 = RM6.90
Jumlah caruman bulanan adalah RM13.80
Nak clear lagi? Tengok je jadual kat bawah ni.
Sumber:PERKESO
Kalau gaji korang lebih RM4,000 kadar caruman yang dikenakan pulak adalah fixed rate, iaitu sebanyak RM7.90.
Sumber:PERKESO
Lagi satu, bantuan kewangan EIS ni ataupun dikenali jugak sebagai Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) cuma bertahan selama 6 bulan selepas korang hilang kerja dan setiap bulan ada kadar elaun yang diberikan mengikut berapa banyak gaji korang. Dalam masa 6 bulan ni lah korang kena improve kan diri dan dapatkan segala skill yang diperlukan untuk dapat kerja baru. Yang penting, jangan putus asa.
Siapa Layak Tuntut?
1. Warganegara Malaysia2. Berumur 18 - 60 tahun.
3. Pekerja Swasta
4. Membuat caruman EIS bulanan
Tapi kalau korang dah umur 57 tahun ke atas dan tak pernah buat caruman EIS sebelum ni, korang dikecualikan dari EIS ni. EIS jugak tak akan melindungi korang yang:
1. Berhenti kerja secara sukarela
2. Tamat kontrak bekerja atau kontrak bekerja tidak diperbaharui
3. Diberhentikan kerja atas dasar masalah disiplin kerja.
4. Sudah sampai umur bersara.
Macam Mana Nak Tuntut EIS?
Jom ikut langkah mudah kat bawah ni.1.Korang kena kemukakan permohonan dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang kerja. Sebarang kelewatan dalam menghantar permohonan akan menyebabkan claim faedah EIS korang tak dapat diproses. Kena cepat tau. Jangan lengah-lengah.
2. Isi borang permohonan dan lampirkan sekali dengan dokumen berkaitan.
3. Dokumen asal kena bawak sekali tau masa berjumpa dengan pegawai PERKESO
4. Lepas hantar permohonan, semak dan simpan slip permohonan tu untuk kegunaan masa depan.
5. Cuma permohonan yang lengkap je tau yang akan diproses dan disemak ikut syarat kelayakan am, syarat kelayakan caruman bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku.
6. Kalau korang layak dan kelulusan telah dibuat, bayaran bantuan akan dimasukkan dalam akaun yang korang.
7. Tambah lagi, korang kena ikut Program Penempatan Pekerjaan dalam masa 7 hari selepas pemberitahuan diterima daripada PERKESO.
8. Ha..korang jugak kena laporkan status korang setiap bulan dekat PERKESO. Kalau korang diam je dan tak de effort pun nak cari kerja, percayalah, bulan-bulan seterusnya korang takkan dapat dah bantuan ni.
Ni pulak dokumen yang perlu dilampirkan dengan permohonan.
Dokumen Utama
1 Salinan kad pengenalan2. Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS dan lain-lain)
3. Salinan akaun bank korang
4. Salinan slip gaji 6 bulan sebelum bulan yang korang hilang kerja.
Dokumen sokongan yang berkaitan dengan kes
1. Salinan laporan polis (bagi kes gangguan seksual, ugutan dan lain-lain)
2. Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya yang sememangnya bukan dalam skop kerja korang.
3. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan kes korang.
Senarai Bank Yang Terlibat
Kalau korang dapat buat tuntutan EIS ni, pembayaran akan dibuat guna bank-bank yang ada dalam list ni je. Jangan memandai bagi bank yang tak terlibat, sampai ke sudah pulak tak sampai duit claim korang.
(1) AFFIN BANK
(2) AGRO BANK
(3) AL RAJHI BANK
(4) ALLIANCE BANK
(5) AM BANK
(6) BANK ISLAM
(7) BANK MUAMALAT
(8) BANK OF AMERICA
(9) BANK OF TOKYO MITSUBISHI (M) BHD
(10) BANK PERTANIAN MALAYSIA
(11) BANK RAKYAT
(12) BANK SIMPANAN NASIONAL
(13) BNP PARIBAS MALAYSIA
(14) CIMB BANK
(15) CITIBANK
(16) DEUTSCHE BANK (M) BHD
(17) HONG LEONG BANK
(18) HSBC BANK
(19) IND & COM BANK OF CHINA
(20) J.P. MORGAN CHASE
(21) KUWAIT FINANCE HOUSE
(22) MAYBANK
(23) MIZUHO CORPORATE BANK (MALAYSIA) BERHAD
(24) OCBC BANK
(25) PUBLIC BANK
(26) RHB BANK
(27) ROYAL BANK OF SCOTLAND
(28) STANDARD CHARTERED BANK
(29) SUMITOMO MITSUI BANK
(30) UNITED OVERSEAS BANK
Masih ada perkara yang korang nak bincangkan atau nak tanya? Call je talian khidmat pelanggan 1300-22-8000 atau korang pergi je kat mana-mana Pejabat PERKESO yang dekat dengan korang.
Kalau Rase Nak Lebih Selamat, Cari Pendapatan Sampingan
Pada pendapat admin lah, EIS ni satu insentif yang bermanfaat untuk kita terutamanya pekerja swasta. Tapi kan, kita tak boleh lah harapkan EIS ni je, kita sendirilah yang kena ada backup plan dan inisiatif sendiri untuk tampung hidup.
Contohnya, kena ada mindset multiple sources of income, selain dapat gaji bulan-bulan, ada sumber pendapatan lain yang dapat bantu. Lagi satu, nasib malang ni susah nak jangka, jadi kenalah sentiasa beringat macam apa orang selalu cakap, sediakan payung sebelum hujan.