Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kereta Rosak Disebabkan Rusuhan? Ini Cara Nak Buat Tuntutan Insurans

BY Nurul Ain Mohd Hussain

Updated 22 Jan 2019




RUSUHAN perkara jarang berlaku di Malaysia, kalau dekat oversea selalu kita tengok dalam tv, kereta kena bakar, orang merusuh depan bangunan kerajaan, baling botol, pecahkan pintu dan paling teruk ada yang berani serang orang awam dan pihak berkuasa. 
 
Ingat tak rusuhan dekat Subang Jaya November 2018 baru ini? Bukan satu tapi 18 biji kereta jahanam dirosakkan kumpulan tidak bertanggungjawab ini. Kalau kena pada ‘batang hidung sendiri’, boleh runtun hati ooo, tengok kereta kesayangan kita jahanam. Mesti masa tu korang terfikir boleh ke claim daripada syarikat insurans? 
 
Jawapannya boleh kalau korang ada perlindungan tambahan sebab polisi insurans biasa tak cover kereta yang rosak sebab rusuhan. Jom baca tips yang kami sediakan untuk bantu korang claim insurans. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Larikan diri dulu, fikir kemudian



Kalau korang terperangkap masa rusuhan ni, first thing first, keluar dari kereta untuk selamatkan diri dulu. Kereta tinggalkan dulu, kalau sempat parking dekat tempat selamat, kalau tak park je dekat mana boleh. Nyawa lebih penting guys, sebab bila dah ramai sangat orang, mesti ada adegan tolak-menolak dan kalau time tu korang terjatuh, korang boleh cedera kena pijak atau dibelasah dengan perusuh ni. 
 
Bila tengok keadaan dah selamat baru lah korang fikir next step nak buat apa. Kalau ada handphone, call polis untuk dapatkan bantuan. Kalau tak, redha dengan keadaan dan pergi ke balai polis terdekat. 
 
 

2. Kalau kereta kena bakar...

Apa yang korang lakukan jika perusuh membakar kereta anda? Kalau situasi ni berlaku kat korang, baik larikan diri korang jauh dari kenderaan secepat mungkin. Tapi kalau api tu kecik je, tak berada di bawah ancaman, dan korang ada alat pemadam api yang berguna, boleh la cuba padam api tu.

Tapi ingat, JANGAN cuba tunjuk hero kalau api dah merebak sebab ni boleh menyebabkan letupan tanpa sebarang amaran. Sia-sia je nanti.

 

3. Buat report polis dalam masa 24 jam



Sama macam accident (mintak jauh la), korang boleh pergi mana-mana balai polis terdekat untuk buat police report dalam tempoh 24 jam lepas waktu kejadian. Ini untuk memudahkan korang claim insurans nanti (tapi kena pastikan polisi insurans tu cover ke tidak, damaged sebab rusuhan). 
 
Kalau boleh snap gambar kereta masa dirosakkan kumpulan perusuh ni (tapi hati-hati la, nanti kena belasah pulak) atau gambar kereta yang dah rosak tu untuk bukti. Ini boleh support kes korang bila nak claim insurans nanti.
 
 

4. Boleh tuntut dari syarikat insurans tapi...



Korang mungkin ada polisi insurans komprehensif, tapi kena ingat kereta yang rosak akibat rusuhan ini tak termasuk dalam polisi insurans yang biasa, melainkan korang sendiri mintak include masa purchase atau renew polisi insurans kereta tu. Sebab dalam polisi komprehensif, ada klausa yang cakap company insurans (macam contoh kat bawah) akan cover kalau kereta rosak disebabkan oleh vandalisma (atau ada kumpulan yang saje jer jahnamkan kereta korang). 

We will NOT pay for any liability under the following circumstances:-

If any loss, damage or liability caused by invasion, war (whether war be declared or not), warlike operation, acts of foreign enemies, hostilities, civil war, acts of terrorism, strike, riot, civil commotion, mutiny, rebellion, revolution, insurrection, military or usurped power or by any direct or indirect consequences of any of the said occurrences.

Kalau korang nak cuba jugak takde masalah. Tapi kami nak ingatkan yang banyak klausa dalam polisi insurans yang cakap dorang tak bayar ganti rugi sebab rusuhan atau aktiviti keganasan bawah seksyen pengecualian am. Sebab tu lah korang sendiri kena include pelrindungan tambahan dalam polisi insurans korang supaya peluang claim korang diluluskan tinggi.
 
Masih belum terlambat, korang boleh call agen insurans untuk include benda ni dalam polisi korang, settle. Tapi… korang kena tahu yang syarikat insurans akan kenakan yuran tambahan sebanyak 0.3% daripada jumlah bayaran insurans tahunan. Contohnya, kalau nilai insurans kereta korang RM50k, so korang kena top up lagi RM150 daripada premium insurans korang setiap tahun. 
 
Mesti rasa terbeban, kan? Tapi kalau mampu, apa salahnya. Kalau tak, jangan parked kereta sesuka hati dan elakkan diri dari kawasan tumpuan rusuhan (cumanya korang sendiri tak tau bila benda macam ni nak berlaku, doa jer la yang baik-baik kan..)  

 

5. Boleh tuntut daripada perusuh, tapi...



Kalau korang ada banyak masa dengan duit, boleh jer proceed untuk dakwa perusuh ni kat mahkamah. Cumanya benda macam ni akan ambil masa yang lama dan ada possibility kes ni tak cukup bukti untuk bawa ke court. Tapi, kalau korang ada bukti yang kukuh (macam rakaman video atau gambar) yang tunjuk dengan jelas gambar muka orang yang rosakkan kereta korang masa kejadian tu, bolehla ambil tindakan yang seterusnya.

 

Berjaga-jagalah selalu ye, kawan-kawan!

Berwaspada tu memang penting, cuma sape lah kita nak ramalkan apa yang berlaku pada masa depan. Kalau rasa mampu, buatlah perlindungan tambahan ke polisi insurans komprehensif korang tu sebagai precaution. Tapi kalau korang betul-betul yakin yang korang takkan stuck dalam rusuhan, tak perlu lah buat penambahan.Apa pun, kami harap korang ada saving yang cukup kalau ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku.



Btw, untuk korang yang nak renew insurans kereta atau buat penambahan perlindungan boleh dapatkan free quotation dekat SINI
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nurul Ain Mohd Hussain



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya