Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

4 Tips untuk Pelajar Yang Ada Kad Kredit

BY Team Loanstreet

Updated 11 Jun 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.


*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.
 

Korang ingat tak waktu dulu-dulu, pelajar biasanya akan dapat elaun mingguan atau bulanan daripada ibu-bapa dorang untuk perbelanjaan harian? Sekarang ni zaman dah berubah, pelajar kebanyakannya dah tak mintak duit belanja daripada ibu bapa dorang sebab dorang dah ada kad kredit sendiri.

Kami tak boleh nak decide yang benda ni bagus ke tidak. Apa yang kitorang boleh buat ialah bantu korang yang student ni menjadi seorang yang bertanggungjawab dengan kad kredit yang korang ada. Plastik empat segi ni boleh tolong korang bina kredit yang kukuh untuk kegunaan masa depan nanti.

Kalau korang tengah baca artikel ni, kitorang anggap yang korang dah paham  kami beranggapan anda sudah mengetahui 7 Perkara Pasal Kad Kredit Yang Ramai Tak Tahu. Kalau korang still keliru macam mana nak pilih kad kredit yang sesuai, ini merupakan panduan yang ringkas tetapi komprehensif mengenai 8 Perkara Korang Kena Check Sebelum Pilih Kad Kredit.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

1) Pastikan korang ada belanjawan kasar

 

 

Perkara ini memang tidak perlu diterangkan secara terperinci. Bila kita masuk mana-mana kedai pun, korang mesti akan ada bajet berapa yang korang nak belanjakan, kalau tak kita memang akan boros. Samalah untuk yang ada kad kredit, korang kena letak bajet berapa korang boleh guna.

So, kitorang nasihatkan untuk sediakan senarai barang yang ingin dibeli, dan ikutinya (selagi boleh). Dengan ini, mata anda tidaklah asyik merayap ke arah benda-benda lain yang dipamerkan.

 

2) Gunakannnya untuk item yang kecil

 

Perkara utama yang diperlukan dalam memilki kad kredit secara bertanggunjawab adalah mengamalkan kesederhanaan. Kalau korang biarkan kad kredit korang terselit di dalam dompet buat masa yang lama tanpa digunakan, bank mungkin akan tutupakaun tersebut sebab dah lama takde aktiviti. Tapi, ini tak bermakna korang boleh berbelanja mewah dengan kad korang tu. Kata orang, berpada-padalah. Kalau korang asyik berbelanja besar, korang jawablah sendiri bila parents korang soal siasat! 

 

Jadi apa yang korang kena buat? Korang boleh gunakan kad kredit tambahan untuk bayar bil bulanan seperti bil telefon, Netflix, dan keahlian gim. Jadi, korang tak perlu risau bayar setiap bulan secara manual sebab semuanya akan dicaj automatik ke kad kredit tersebut. Senang sikit nak urus perbelanjaan dan elak terlupa bayar.

 

3) Elakkan perbelanjaan mewah, kecuali untuk kecemasan

 

Cuba bayangkan korang dah spend duit untuk diri sendiri beli barang-barangan berjenama. Self-reward katakan. Tiba-tiba nak balik tu tayar korang pancit

Jadi, korang bila dah ada kad kredit tu janganlah boros. Korang kena pastikan tahap hutang korang tu rendah, so that bila berlaku kecemasan macamni, kredit korang cukup nak tampung. 

 

4) Langsaikan baki korang setiap bulan

 

Ingat tak awal tadi kitorang cakap kad kredit ni boleh jadi alat untuk bantu korang (student)  bina kedudukan kredit sejak usia muda. Jadi, macam mana nak pastikan rekod korang bersih?

 

Sebaik-baiknya, korang jangan berhutang dengan kad tu. Kami suggest korang gunakan kad tu untuk beli barang yang korang perlukan sahaja. Nak langsaikan hutang bulanan pun mudah.  Kalau korang gagal bayar baki tu maknanya korang dah berbelanja lebih daripada kemampuan korang. Bukan tu je, bayaran faedah pun akan naik sekali - dah kena bayar lebih pulak.
 

 

Jadilah seorang yang bertanggungjawab dengan Kad Kredit

 

Ada banyak lagi tips yang boleh bantu pelajar-pelajar macam korang  dalam menjada kedudukan kredit. Salah satunya adalah memiliki satu kad kredit sahaja untuk pastikan kad tersebut dalam kedudukan yang bagus. 

Semuanya bergantung kepada satu ciri yang mudah: sifat tanggungjawab.Korang kena pandai tahan diri daripada berbelanja mewah dan hanya gunakan kad kredit pada benda yang penting sahaja. Barulah korang boleh dapat manfaat dari kedudukan kredit yang bagus.
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 
 

BACA JUGAK: 

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia