Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

4 Benda Korang Kena Tahu Pasal RM150 ePemula

BY Nursabihah Zainuddin

Updated 20 Apr 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Baru-baru ni, kerajaan ada umum yang belia dah boleh claim sebanyak RM150 dalam bentuk kredit e-tunai untuk program ePemula bermula 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022.  Program ni sebenarnya ditubuhkan untuk meringankan beban kewangan belia dan dalam masa yang sama nak menggalakkan transaksi cashless.

Haaa, korang dah claim ke belum? Kalau belum, ni benda korang kene tahu pasal ePemula.

NOTA: Kalau dah dapat claim nanti, jangan la simpan lama-lama. Korang hanya boleh belanjakan sampai 10 Jun 2022.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Bukan untuk belia yang berumur 18 ke 20 tahun je.


Gambar hiasan | Sumber: EasyUni


Ya, tak semestinya belia yang berumur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004) je boleh claim ePemula ni. Korang yang tengah belajar full time kat IPTA/IPTS kat Malaysia yang berdaftar dengan kementerian boleh claim jugak.

Jangan pulak korang letak data palsu konon-konon korang belajar sebab nanti data ni dorang semak balik dengan IPTA atau IPTS korang balik. Kalau kantoi, masalah lain pulak timbul.
 

2. Hanya boleh guna ePemula RM150 ni secara fizikal


Sumber: Berita Harian

Maksudnya kat sini, tak boleh guna untuk pembelian online. Kenapa? Ni adalah sebahagian daripada langkah yang diambil untuk sokong peruncit dan peniaga kat Malaysia, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).  Kalau bukan kita yang support, siapa lagi?

Lagi satu, korang boleh guna duit ni untuk apa-apa je secara transaksi fizikal KECUALI:

  • Transfer ke orang lain
  • Convert dan cash out wang tunai
  • Bayar untuk bill utiliti
  • Bayar apa-apa yuran/pembayaran berkenaan dengan Kerajaan
  • Bayar bil postpaid dan top up prepaid
  • Beli game online 
  • Bayar parking dan tol
  • Bayar untuk aktiviti pelaburan
  • Beli online

 

3. Ada 4 platform yang korang boleh claim ePemula ni…


Sumber: www.prihatinspanco.com.my

Bila dah clear serba sedikit pasal program ePemula ni, korang boleh la pulak pilih platform yang nak guna untuk claim. Setiap platform ada kelebihan masing-masing yang dorang offer. Malah, ada platform yang buat contest dan silap-silap kalau korang betuah, dapat hadiah lagi!

Platform penyedia perkhidmatan e-dompet (e-wallet) yang terlibat adalah:

 

4. Cara nak claim e-kredit ePemula

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
  • Langkah 2: Ikut arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. 
  • Langkah 3: Penyedia  perkhidmatan e-dompet akan buat  verifikasi  identiti  korang  secara  elektronik Know-Your-Customer (eKYC).
  • Langkah  4:  masukkan  maklumat  yang diperlukan  pada  halaman tuntutan ePemula kat aplikasi e-dompet pilihan koramg dan tekan “Hantar”.
  • Langkah 5: Korang akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

Korang hanya  boleh  claim kredit  ePemula  daripada  1  penyedia  perkhidmatan e-dompet.  Sila  rujuk  aplikasi  masing-masing  untuk  maklumat  lanjut  mengenai  penebusan  kredit ePemula.

Nak tahu lebih lanjut? Boleh rujuk Soalan Lazim ePemula.


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 


ALSO READ:
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nursabihah Zainuddin

Seorang penulis artikel sambilan, Sabihah gemar menulis artikel topik kewangan. Katanya, “Ada ilmu, baru berduit!”

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes