Chup! Korang sebenarnya, tahu ke tak apa tu dividen KWSP?
Bagi yang tak tahu, semua caruman kat KWSP akan dibayar dividen dan dijamin kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional.
Kadar dividen untuk Simpanan Syariah pulak bergantung pada prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan KWSP.
Dipendekkan cerita, dalam keadaan apa sekali pun, KWSP dan bagi jaminan yang pencarum akan terima kadar dividen minimum itu. Selalunya, KWSP akan isytiharkan kadar dividen tahunan pada awal suku pertama tahun (pertengahan/penghujung bulan Februari atau awal Mac)
Apa kesan dividen KWSP 6.1% kepada kita?
1. Simpanan bertambah
Kalau kita tengok kira-kira ni, mesti korang dapat agak yang tuan empunya akaun ni, baru lagi bekerja, betul tak?
Ni dia cara kira dividen KWSP:
(Baki simpanan terkini + caruman setiap bulan) x kadar dividen KWSP ÷ jumlah (hari dalam setahun) X (berapa hari simpanan yang tanpa pengeluaran KWSP)
Contohnya:
Tahun | ||
---|---|---|
2021 | 2020 | |
Kadar dividen | 6.1% | 5.2% |
Baki dalam simpanan pada 1 Januari Awal Tahun | RM2,274.69 | RM2,274.69 |
Total caruman bulanan yang diterima setiap bulan | RM528.00 | RM528.00 |
Jumlah hari dalam setahun | 365 hari | 365 hari |
Berapa hari simpanan tanpa pengeluaran KWSP | 365 hari | 365 hari |
Jumlah dividen |
=[(RM2,274.69 + RM528.00) x 0.061/365] X 365 =RM170.92 |
=[(RM2,274.69 + RM528.00) x 0.052/365] X 365 =RM145.74 |
Kat sini, kalau baki KWSP korang, RM2,274.69, hujung tahun nanti, dividen yang korang akan dapat, RM170.92. Cuba korang bandingkan pulak dengan kadar dividen tahun lepas. So, kalau kadar dividen korang cuma 5.2%, korang cuma akan dapat dividen sebanyak RM145.74.
Kadar dividen 6.1% | Kadar dividen 5.2% |
---|---|
(Total caruman majikan & pekerja X 12 bulan)+Dividen =(RM528 x12) + RM170.92 =RM6,506.92 |
(Total caruman majikan & pekerja X 12 bulan)+Dividen =(RM528 x12) + RM145.74 =RM6,481.74 |
Kalau sebulan, dengan gaji tetap dan total kadar caruman majikan dengan pekerja, RM528. Hujung tahun dah ada simpanan RM6,336. Tambah pulak dengan RM170.92? Dapatlah RM6506.92 untuk simpanan setahun.
Sebaliknya, kalau dividen yang korang RM145.74, korang cuma dapat simpanan sebanyak RM6,481.74.
Jadi dalam kes ni, kadar simpanan KWSP ni, secara tak langsung boleh menentukan samada korang menyimpan lebih atau kurang pada tahun tu.
2. Persediaan persaraan yang selesa
Sebab tulah pentingnya untuk korang ambik tahu pasal naik turun kadar dividen. Macam yang kita dah kira tadi, kalau kadar dividen tinggi jadi banyaklah simpanan hari tua korang.
Untuk pengetahuan korang, masa kadar KWSP tengah naik nilah korang boleh naikkan kadar caruman korang dari 9% ke 11%.
Tak caya? Cuba korang tengok contoh pengiraan kat bawah ni:
Caruman | ||
---|---|---|
9% | 11% | |
Jumlah caruman sebulan | RM3,500 x 0.09 =RM315 =RM315 + RM455 (caruman 13% dari majikan) =RM770 |
RM3,500 x 0.11 =RM385 =RM385 + RM455 (caruman 13% dari majikan) =RM840 |
Jumlah caruman setahun |
*setahun=12 bulan RM770 x 12 =RM9,240 |
*setahun=12 bulan RM840 x 12 bulan =RM10,080 |
Katakanlah, kalau gaji korang RM3,500 dan korang pilih untuk buat caruman 9%. Untuk tempoh setahun, hujung tahun nanti korang akan ada simpanan RM9,240.
Tapi, dengan jumlah gaji yang sama, dan korang naikkan ke 11%, korang akan dapat simpanan sebanyak RM10,080 untuk setahun. Beza antara dua jumlah ni, RM840. Banyak jugak, kan?
Ini baru jangka masa pendek. Untuk jangka masa panjang, berbaloi jugaklah pengorbanan korang. Yelah, kalau nak harap simpan sendiri macam payah je yedok? Sekurang-kurangnya, sempatlah korang menabung untuk hari tua yang selesa.
3. Ekonomi negara bertambah baik
So korang fahamlah kat sini, kalau dua tahun sebelum ni, kadar pulangan kita agak merosot sebab salah satu penyumbang keuntungan KWSP datangnya daripada aset KWSP yang ada kat luar negara, boleh dikatakan tergendala sebab pergerakan ekonomi pun terhad.
Aset luar negara KWSP adalah penyumbang kritikal kepada prestasi keseluruhan, di mana kepelbagaian kelas aset, pasaran dan mata wang memberikan kestabilan kepada pendapatan dan nilai tambah kepada keseluruhan pulangan KWSP.
- Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP.
Tapi, sekarang ni negara kita kan dah masuk fasa endemik, sempadan negara pun dah bukak. So, tak mustahil lah pulangan ekuiti pun cantik sebab urusan aset luar negara pun berjalan macam biasa dan jumlah pelaburan luar negara pun bertambah semula berbanding sebelumnya.
Sumber: MKN
Buat masa ni, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia pun meningkat se 3.6 peratus pada suku keempat 2021. Mana tahu KDNK negara kita pun akan bertambah baik, kan?
So, bila korang dah faham, mesti korang nak check dividen KWSP korang, kan?
Camne nak check dividen KWSP?
Sumber: KWSP
Bagi yang tak tahu, semakan dividen KWSP 2021 cuma boleh dibuat mulai 6 Mac 2022. Ni dia langkah untuk membuat semakan dividen secara online melalui i-Akaun:
-
Layari www.kwsp.gov.my
-
Log masuk akaun i-Akaun
-
Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
-
Klik View Details di bahagian menu Dividen
-
Perincian dividen tahun semasa akan dipaparkan untuk semakan.
Jadi sekarang ni, korang dah fahamlah, kadar dividen KWSP 6.1% ni nampak macam takde apa-apa makna, tapi hakikatnya membantu jugak untuk simpanan kita.
Kalau korang ada pengalaman pasal kadar dividen KWSP, bolehlah share dan komen kat fb post kami.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: