Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Work From Home, Telco Mana Offer Home Fibre Broadband Yang Bagus?

BY Faiz Rahim

Updated 25 Jan 2021




Bila tengah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai kena work from home. Kalau ada internet laju tu takpe lah, senang buat kerja dan assignment. Camne kalau yang takde tu? Terpaksalah beli home fibre broadband.


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Walaupun sekarang ni tengah PKP, korang still boleh apply beli home fibre broadband. Ada kemungkinan proses pemasangan tu akan ambik masa lama. Ya lah, dengan ramai orang work from home dengan study online, waiting list mesti panjang. Korang perlu sabar je!

NOTA: Untuk makluman korang, download speed adalah kelajuan maksimum muat-turun, manakala upload speed adalah kelajuan maksimum muat-naik. Makin tinggi kelajuan tu, makin bagus.

Jadi, home fibre broadband mana yang bagus dan sesuai? Banyak options untuk korang pilih antara Telekom Malaysia (TM) Unifi, TIME, Maxis, Celcom dan Digi!

 

Apa je produk home fibre broadband yang korang boleh pilih?

1. TM Unifi


 

Produk Harga Pelan Kelajuan  Limit Kuota Bonus
30Mbps (60GB/month)
RM79
Ada limit (60GB) Download: 30Mbps

Upload: 10Mbps
-
30Mbps Unlimited Data RM89 Takde limit Download: 30Mbps

Upload: 10Mbps
-
30Mbps
+ unifi Plus Box 
RM149 Takde limit Download: 30Mbps

Upload: 10 Mbps
unifi TV Ultimate Pack & Plus Box
100Mbps RM129 Takde limit Download: 100Mbps

Upload: 50Mbps
-
100Mbps
+ unifi Plus Box
RM189 Takde limit Download: 100Mbps

Upload: 50Mbps
unifi TV Ultimate Pack & Plus Box
300Mbps RM199 Takde limit Download: 300Mbps

Upload: 50Mbps
unifi TV Ultimate Pack & Plus Box
500Mbps RM249 Takde limit Download; 500Mbps

Upload: 100Mbps
unifi TV Ultimate Pack & Plus Box
800Mbps RM349 Takde limit Download: 800Mbps

Upload: 200Mbps
unifi TV Ultimate Pack & Plus Box

* Table disusun berlainan untuk mudah dibaca


2. TIME

Produk 100Mbps 500Mbps 1Gbps
Harga Pelan RM99 RM139 RM199
Kelajuan Takde limit Takde limit Takde limit
Limit Kuota Download: 100Mbps

Upload: 100Mbps
Download: 500Mbps

Upload: 500Mbps
Download: 1Gbps

Upload: 500Mbps
Bonus Voucher RM100 untuk bulan pertama Voucher RM100 untuk bulan pertama Voucher RM100 untuk bulan pertama dan free mesh WiFI

3. Maxis

Produk Maxis Fibre 30Mbps Maxis Fibre 100Mbps Maxis Fibre 300Mbps Maxis Fibre 500Mbps Maxis Fibre 800Mbps
Harga Pelan RM89 RM129 RM149 RM219 RM299
Kelajuan Takde limit Takde limit Takde limit Takde limit Takde limit
Limit Kuota Download: 100Mbps

Upload: 50Mbps
Download: 300Mbps

Upload: 50Mbps
Download: 300Mbps

Upload: 50Mbps
Download: 500Mbps

Upload: 100Mbps
Download: 800Mbps

Upload: 200Mbps
Bonus Dapat Apple TV 4K 64GB & free mesh WiFI Dapat Apple TV 4K 64GB & free mesh WiFI Dapat Apple TV 4K 64GB & free mesh WiFi Dapat Apple TV 4K 64GB & free mesh WiFi Dapat Apple TV 4K 64GB & free mesh WiFi
 

4. Celcom 

Produk Home Fibre 30Mbps Home Fibre 100Mbps Home Fibre 300Mbps Home Fibre 500Mbps
Harga Pelan RM80 RM129 RM140 RM200
Kelajuan Takde limit Takde limit Takde limit Takde limit
Limit Kuota Download: 30Mbps

Upload: 30Mbps
Download: 100Mbps

Upload: 50Mbps
Download: 300Mbps

Upload: 50Mbps
Download: 500Mbps

Upload: 100Mbps
Bonus Dapat free router (baru beli) Dapat free router (baru beli) Dapat free router (baru beli) Dapat free router (baru beli)
 

5. Digi 

Produk Digi Internet Freedom 90 Digi Internet Freedom 130 Digi Internet Freedom 190 Digi Internet Freedom 270 Digi Internet Freedom 290
Harga Pelan RM90 RM130 RM190 RM270 RM290
Kelajuan Takde limit Takde limit Takde limit Takde limit Takde limit
Limit Kuota Download: 50Mbps

Upload: 20Mbps
Download: 100Mbps

Upload: 50Mbps
Download: 500Mbps

Upload: 100Mbps
Download: 800Mbps

Upload: 200Mbps
Download: 1Gbps

Upload: 200Mbps
Bonus - Free subscription Viu 12 bulan Free subscription Viu 12 bulan Free subscription Viu 12 bulan Free subscription Viu 24 bulan

PERHATIAN: Digi pun siap ada pakej home fibre broadband sekali dengan postpaid. Harga dia mengancam betul - paling mahal RM510!

 

Nak senang, ni admin compile dalam satu table untuk compare harga...

  TM Unifi TIME Maxis Celcom Digi
Produk 30 - 800Mbps 100Mbps - 1Gbps 30 - 800Mbps 30 - 500Mbps 50Mbps - 1Gbps
Harga Pelan Bermula dari RM79 Bermula dari RM99 Bermula dari RM89 Bermula dari RM80 Bermula dari RM90
Limit Data Takde limit (satu je 60GB) Takde limit Takde limit Takde limit Takde limit
Limit Kuota Download: 30 - 800Mbps

Upload: 10 - 200Mbps
Download: 100Mbps - 1Gbps

Upload: 100 - 500Mbps
Download: 30 - 800Mbps

Upload: 30 - 200Mbps
Download: 30 - 500Mbps

Upload: 30 - 100Mbps
Download: 50Mbps - 1Gbps

Upload: 20 - 200Mbps
Bonus Ada dapat unifi TV Ultimate Pack & free unifi Plus Box Dapat voucher RM100 & free mesh WiFI Boleh dapat Mesh atau Apple TV (untung, dapat dedua!) Dapat free router (beli baru) Ada dapat free subscription Viu
 

Kalau tengok harga home fibre broadband ni satu persatu, memang jelas nampak harga TM Unifi mahal sikit dari yang lain. Paling murah pun RM79 untuk 30Mbps - ada limit 60GB. Kalau yang unlimited pulak, dapatlah RM89. Paling mahal pun RM349 untuk 800Mbps. 

Walaupun agak pricey, boleh konfem lah yang servis internet dia laju. Bukan tu je, korang siap boleh dapat free TV lagi. Kiranya, memang berbaloi lah!

Untuk provider yang lain, harga dia murah sikit kalau nak bandingkan dengan TM Unifi. Harga untuk Maxis dan Digi ada yang hampir mencecah RM300. Paling rendah pun Maxis Fibre 30Mbps (RM89) dengan Digi Internet Freedom 90 (RM90). Beza dia RM1 je!

Kalau korang beli TIME, berbaloi gak. Ya lah, dengan RM99 dah boleh dapat yang 100Mbps. Add on sikit RM100, dah boleh beli yang 1Gbps punya. Tak ke lagi okay?

Untuk Celcom pulak, paling murah boleh dapat Home Fibre 30Mbps dengan RM80. Paling mahal pun RM200 untuk beli Home Fibre 500Mbps. Sekarang ni, harga promosi dia adalah RM179. Kalau TIME, RM139 dah dapat yang 500Mbps!



 

Selain tu, kelajuan pulak camne?



Korang tahu tak camne nak check kelajuan broadband? Nak selamat, admin suggest buat lah speed test untuk tengok kelajuan internet bila dia download atau upload. Asal kan purata kadar kelajuan internet lebih dari 14.83Mbps secara purata pun dah okay.

Kalau dari segi kelajuan, admin rasa better pilih home fibre broadband dari TIME. Ya lah, kuota kelajuan dia paling kurang pun 100Mbps. Okay lah kan kalau limit speedcap internet broadband dia sampai 100Mbps? Laju gak lah loading.

Korang kena consider jugak, berapa banyak devices yang akan connect dengan home fibre broadband tu. Ya lah, semakin banyak guna, semakin cepat lah korang sampai dan lebih dari limit speedcap - especially kalau ada yang buat aktiviti berat cam download movie.

Untuk provider lain pulak cam TM Unifi, Maxis dan Celcom, speedcap paling rendah pun adalah 30Mbps bila download dan 20Mbps bila upload. Digi pulak, paling sikit pun 50Mbps download dan 20Mbps upload. Kalau ikutkan, kelajuan ni dikira slow. Kiranya, kalau ada web conference, memang akan ada lagging. Memang tak smooth lah nak buat kerja segala bagai. 

Haa… in case korang tak tahu, senang je nak buat speed test atau uji kelajuan internet ni. Korang pergi je kat website ni - nanti dia akan bagitau lah home fibre broadband korang punya kelajuan ping per saat, kelajuan download dan jugak upload!

 

Kalau laju tapi takde coverage, tak guna jugak...

Cam telco, coverage penting bila nak beli home fibre broadband. Betul lah, buat apa beli kalau takde dalam area coverage? Baik beli ada coverage kuat. Dia camni - semakin besar coverage, semakin laju internet. Sebab tu kena buat research dulu before beli. Takde lah tetibe kena mintak refund sebab nak terminate - terpaksa bayar extra. 

Malangnya, tak semua tempat boleh support - kebanyakannya tak. Kalau area terpencil, susah dapat. Sebagai contoh, walaupun internet korang 100Mbps, coverage mungkin separuh je.

Sebab tu, jangan caya sangat even area korang ada dalam coverage. Dia kan bergantung jugak dengan bentuk muka bumi, jenis rumah, jenis alat dan sistem. Ni admin selitkan gambar coverage bagi provider-provider ni:
 

TM Unifi


Peta Liputan TM Unifi. Sumber Imej: TM Unifi

Meriah betul colour-colour kat peta Malaysia tu! Ni kiranya tempat yang ada coverage dari TM Unifi. Memang senang guna lah kalau beli. Ya lah, kebanyakan tempat boleh guna. Yang beza dia sama ada korang dapat coverage 3G ataupun 4G.
 

TIME


Peta Liputan TIME. Sumber Imej: TIME

Coverage untuk TIME memang limited kat area Semenang Malaysia - tu pun boleh kira dengan jari. Tapi buat masa ni, admin sarankan tunggu coverage dia lebih banyak dulu. Unless area korang support TIME, beli lah. Memang berbaloi dan korang pun takkan menyesal!

 

Maxis


Peta Liputan Maxis. Sumber Imej: Maxis

Kalau tengok, coverage Maxis ni takde lah banyak mana. Admin pun cam terkejut sebab ingat pengguna Maxis banyak. Tapi korang jangan risau, still boleh guna Maxis - mungkin lambat sikit lah. Cuma takut kalau takde coverage, memang babai lah. 

 

Celcom


Peta Liputan Celcom. Sumber Imej: Celcom

Wah, besar betul coverage Celcom ni. Kat Semenanjung Malaysia besar, kat Sabah dan Sarawak pun sama. Jadi macam takde masalah kalau korang beli broadband Celcom. Memang selamat dan terjamin ada internet lah!

 

Digi 


Peta Liputan Digi. Sumber Imej: Digi

Kalau korang perasan, coverage untuk Digi ni lebih banyak kat area Semenanjung Malaysia. Kat Sabah dan Sarawak ada, cuma takde lah banyak sangat. Kiranya kan, kalau korang stay kat Semenanjung, boleh lah beli home fibre broadband Digi sebab senang dapat coverage.

Camne pulak dengan limit data home fibre broadband? 

Korang mesti perasan yang produk-produk home fibre broadband ni semua takde limit? Kalau ada limit, tak best lah - baik pilih yang lain!

Katakan lah, Amin kerja dari rumah dan dia perlukan internet yang stabil dan dia guna TM Unifi 30Mbps yang ada limit 60GB tu. Kalau hari dia penuh dengan Zoom meeting, webinar dan conference call, tak ke cepat habis data kalau camtu? Kalau dah habis, tak boleh nak buat kerja dah. Kalau unlimited, at least tak perlu risau tetibe internet habis.



Bukan nak kata tak payah beli yang ada limit - harga dia selalunya murah. Kalau korang jenis yang berjimat, mungkin ni idea bagus. Takde lah bazir bayar duit bulan-bulan untuk internet yang mungkin korang guna separuh je. 

Kalau unlimited, katakan pulak kalau korang dah sampai had speedcap (“takde limit” tu!), still boleh guna. Cuma, internet jadi perlahan dari biasa. Yang bagusnya, takde lah tetibe disconnect dan tak boleh nak buat kerja. Bayar mahal beli yang unlimited pun takpe, asal boleh guna!

Sebagai contoh, admin ambik Celcom Home Fibre 300Mbps. Dia punya data unlimited tapi kalau admin dah lebih limit speedcap dia, iaitu 300Mbps untuk download dan 50Mbps untuk upload, susah gak. Kalau dah sampai, cam biasa - jadi lembap sikit. Tapi, still berbaloi lah!

Antara semua, yang paling ideal adalah TIME 1Gbps. Dengan harga RM199, speedcap download dia adalah 1Gbps dan 500Mbps untuk upload. Nak marathon TV shows pun boleh. Memang tip-top lah



 

Lagi satu, bagus ke bonus yang provider bagi tu?

Selalunya provider-provider akan bagi barang-barang free cam router, TV atau Mesh WiFi. Paling ‘out of the box’ pun subscription Viu. Tapi korang tak perlu kisah pun, yang penting adalah harga, kelajuan, coverage dan limit home fibre broadband tu.

In a way, korang kena lah tepuk dada tanya selera. Kalau rumah korang takde TV, mungkin TM Unifi atau Maxis adalah pilihan terbaik. Diorang akan dapat Unifi TV ataupun Apple TV. Paling biasa pun TIME dengan Celcom, dapat lah free router atau mesh Wifi. 

Kalau korang cam admin, suka tengok movie dan TV shows online setiap hari, better beli Digi. Dapat subscription percuma Viu setahun atau lebih - heaven lah jugak!

 

So, home fibre broadband mana yang bagus?



Okay, kasi drum roll dulu.... Jawapan dia adalah TM Unifi! Korang mesti ada tak paham kenapa, it’s okay - admin jelaskan. 

Pertama sekali admin pilih TM Unifi sebab harga berbaloi. Tak boleh nafikan dia mahal dari yang lain. Tapi, berpatutan dengan data, kelajuan dan bonus. Memang kalau beli, tak risau dah sebab internet connection stabil. Kalau provider lain cam Celcom, Maxis atau Digi, kengkadang line bukan stabil sangat pun.

Cuba bayangkan beli murah tapi tak berbaloi, pening admin camtu. Bukan nak kata produk-produk lain tak berbaloi, dia depends pengguna tu sendiri sebenarnya. Kiranya, bagi admin lah, TM Unifi ada full pakej. Biasalah, provider terbaik di Malaysia kan!

Kedua, TM Unifi ni ada banyak produk. Takkan antara banyak tu, takde yang sesuai? Mesti ada. Kalau admin duduk sorang, admin beli je TM Unifi 30Mbps. Walaupun limited, cukup guna untuk buat kerja sudah. Kalau unlimited tapi tak guna habis, rasa bazir je.

Haa, area coverage dia pun lebih besar dari lain. Betul, kalau ikutkan, Celcom punya lebih kurang sama je. Kalau TIME, dia hanya limited kat beberapa kawasan je. Yang lainnya coverage TM Unifi ni, senang nak dapat. Mengikut Bitcatcha, bukan setakat bandar, area kampung cam rumah admin pun dapat coverage - tak perlu runsing dah!

Tu pentingnya check coverage home fibre broadband dulu. Kita nak senangkan hidup, bukan susahkan. Nanti susah kena ulang alik untuk terminate pulak. Biar habis duit sekarang dari kemudian hari. Admin pun jenis sanggup bayar mahal untuk senangkan hidup.

Kalau ikut korang pulak, home fibre broadband mana lagi bagus? Cer share sikit dekat ruangan komen ni!
 

PENAFIAN: Segala pandangan dan idea yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat penulis sahaja dan tidak mewakili sebarang pihak atau organisasi. 

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia