Tapi sebelum tu, kena sediakan dokumen-dokumen ni sebelum nak renew pasport:
-
Sediakan kad debit, kad kredit ataupun no akaun bank untuk buat pembayaran secara online
-
Sediakan gambar secara online ikut spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia.
-
Pastikan e-pasport (yang ada cip) dalam keadaan baik.
-
Kad Pengenalan / sijil kelahiran (untuk anak)
-
Pasport yang lama
Dah ada semua dokumen ni, barulah boleh ikut cara ni untuk renew pasport secara online:
LANGKAH 1: Mula-mula, korang kena Log in portal MyIMMS eServices.
LANGKAH 2: pergi pada bahagian “MyOnline pasport” dan klik pada “Permohonan pasport/Application for the renewal of pasport”
LANGKAH 3: Pada halaman berikutnya, korang akan diberikan penerangan dan maklumat berkaitan:
- Tempoh pengeluaran pasport
- Spesifikasi foto pasport
- Terma dan syakat
- Jumlah bayaran
LANGKAH 4: Pilih cawangan kutipan pasport (COD tak disediakan ya.)
LANGKAH 5: Muat naik gambar.
LANGKAH 6: Lengkapkan bayaran sama ada dengan perbankan internet, kredit kad atau Touch ‘n Go e-wallet (wang tunai tak diterima). Ni dia kadar bayaran yang dikenakan untuk tempoh sah 5 tahun:
- Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200
- Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100 (untuk dapatkan harga warga emas, pemohon perlu hadir ke kaunter)
- Permohonan untuk ibadah Haji: RM100
- Pemohon berkeperluan khas (OKU): Percuma
LANGKAH 7: Simpan resit sebagai bukti pembayaran dan jugak cawangan kutipan ( WAJIB bawak masa nak kutip nanti)
Kacang je, kan? Tapi, macam biasa…
Untuk elakkan sebarang masalah masa nak renew pasport, pastikan korang:
1. Ikut spesifikasi foto yang dah ditetapkan
Kami dengar, banyak permohonan pembaharuan pasport yang kena tolak sebab tak ikut ketetapan imigresen yang agak ketat ya.
Bagi nak elakkan korang sakit kepala, kami cadangkan korang ambik gambar dengan orang yang professional (studio gambar). Korang boleh jugak mintak softcopy untuk melancarkan proses upload gambar nanti.
Selain tu, pastikan korang pakai pakaian berwarna gelap yang menutup bahagian lengan dan dada. Elakkan dari guna warna yang terlebih fancy, kanta lekap yang bewarna atau aksesori kepala. Pastikan rambut korang tak tutup bahagian muka. Saiz gambar mestilah berukuran 50mmx35mm.
2. Hantar permohonan online sebelum pukul 3 petang
Tapi, kalau korang hantar permohonan sebelum pukul 3 petang, korang dah ambik pasport yang dah renew pada keesokan harinya (hari bekerja), selepas pukul 10 pagi di pejabat imigresen yang korang pilih. Kalau tak, korang kena tunggu 3 hari bekerja kemudian untuk kutip pasport korang.
PENTING: Kalau dah lepas tiga hari dari tarikh permohonan tu korang tak dapat emel apa-apa, besar kemungkinan permohonan korang dah ditolak. Korang kena hadirkan diri ke pejabat imigresen dengan resit sekali untuk selesaikan masalah.
3. Datang dan ambik sendiri pasport.
Ya, korang kena ambik pasport sendiri. Pastikan korang semak semula tarikh kutipan, masa dan lokasi. Kami jugak sarankan untuk korang datang awal kat cawangan kutipan nanti sebab korang kena beratur untuk ambik nombor giliran yang tertakluk pada kekosongan slot. Bila slot penuh nanti, tak memasal korang semua kena balik pulak. Adoi…
Jangan lupa bawak kad pengenalan, pasport lama dan resit sekali.
Hmm…tiba-tiba rasa cam lagi susah dari sebelum pandemik dulu. Tak boleh ke kalau nak walk-in je?
Mintak maaflah ye. Tak boleh. Pembaharuan pasport hanya boleh dilakukan dalam talian sahaja — bukan kami tau yang buat peraturan ni. Walk-in hanya diterima kalau korang termasuk dalam kategori ni:
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas
- Warganegara pergi haji (mesti bawa surat tawaran Tabung Haji)
- Orang kurang upaya (mesti membawa kad pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat)
- Permohonan kali pertama
- Kanak-kanak berumur bawah 13 tahun
- Individu yang kehilangan pasport mereka (akan memerlukan laporan polis)
- Orang yang mempunyai pasport yang rosak
- Pelajar yang berumur di bawah 21 tahun dan belajar di luar negara (mesti membawa surat tawaran universiti/kolej luar negara atau dokumen yang serupa)
Jadi, korang dah bersedia nak menjelajah tak tu?
Akhir kata, selain pasport, adalah lebih baik kalau korang dapatkan insurans perjalanan sebelum korang terbang. Virus ni masih ada lagi ya dan korang pun mesti nak pastikan diri korang sekeluarga selamat!
So, apa pengalaman korang masa nak renew pasport ni? Kongsikan kisah korang kat ruangan komen FB kami.
Selamat mencuba!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: