1. Mohon kad kredit perjalanan
Kos perjalanan dari KLIA untuk pulang ke rumah boleh menjadi mahal, terutamanya bila korang bawak balik banyak bagasi. Korang mesti tak puas hati sebabterpaksa menanggung kos yang sangat tinggi untuk pulang ke rumah lepas seronok bercuti.
Jadi, kami sarankan korang guna kad kredit perjalanan yang baik. Sesetengah kad kredit ni ada menawarkan perjalanan pulang dari KLIA secara percuma! Selain itu, ada juga yang menawarkan perkhidmatan macam free limousin, kemasukan peruma ke Bilik Rehat Premium, dan keutamaan time buat tempahan di hotel-hotel yang mewah. So, korang kena pastikan korang pilih kad kredit yang betul untuk dapatkan tawaran-tawaran ni.
2. Jangan park dekat lapangan terbang
Parkir kereta mungkin mahal, tidak kiralah untuk tempoh lama atau sekejap. Seeloknya korang buat rancangan yang teratur dan parkir sahaja di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada harga RM4.00 sehari untuk sebuah kereta.
Walaupun dari situ korang kena naik bas untuk ke lapangan terbang, atleast korang dah dapat jimat RM 42 - 60 harga parkir dekat lapangan terbang selama 24 jam..
Korang kalau bercuti mestilah bukan sehari kan? Paling-paling pun korang mesti bercuti dalam masa 4 hari, selama 4 hari yang korang park dekat lapangan terbang tu korang kena bayar RM 144 tau! Tu belum termasuk bayaran tambahan sebanyak RM 15 yang korang kena bayar setiap hari.
Jadi, kami cadangkan korang park dekat TBS dan naik bas dari situ. Pastikan korang call dulu TBS untuk dapatkan kepastian yang korang boleh tinggalkan kereta korang ke tak.
3. Ambil insurans perjalanan
Kita tak boleh jangka apa yang akan jadi time kita bercuti, walaupun kita dah buat plan kaw-kaw. Bayangkan kalau semasa korang nak bercuti tiba-tiba syarikat penerbangan tu kehilangan bagasi korang, ataupun jadual penerbangan korang ditunda/ditangguhkan? Ataupun, bayangkan korang jatuh sakit dekat luar negara dan servis perubatan mahal sangat!
Kami sarankan korang ambil insurans untuk dapatkan pelindungan. Pelan perlindungan perjalanan ni juga penting untuk bantu korang dapatkan diskaun dalam perubatan dan sebarang masalah sepanjang perjalanan korang. Dengsn insurans, korang dapat pastikan percutian korang lebih lancar!
4. Alas perut dulu!
Siapa tak tahu, makanan dekatlapangan terbang dan restoran biasanya mahal-mahal belaka, jadi lebih baik korang alas perut sebelum bertolak (terutama sekali kalau korang ada anak yang selalu lapar). Korang juga boleh membawa bekalan makanan ringan dari rumah ke lapangan terbang.
Walaupun sebarang cecair atau minuman tidak dibenarkan dibawa masuk melepasi pintu keselamatan, korang masih boleh menikmati minuman sebelum korangmasuk ke balai berlepas. Kebanyakan lapangan terbang ada juga sediakan kemudahan bekalan air secara percuma untuk orang awam jadi korang hanya perlu sediakan botol kosong sahaja.
5. Bersedia semasa pemeriksaan keselamatan
Sudahlah korang terpaksa beratur panjang nak tunggu pemeriksaan keselamatan, lepastu lama pulak orang dekat depan tu keluarkan barang barang dia. Memanglah ada lapangan terbang kita ni sediakan perkhidmatan laluan pantas, tapi nanti kena bayar lebih pulak.
Oleh itu, apa yang korang boleh buat ialah korang kena beratur awal masa dipanggil untuk pemeriksaan keselamatan. Tak lupa juga, pastikan korang bawak beg plastik untuk simpan cecair yang dibawa sekali. Sebab, ada beberapa lapangan terbang di negara luar yang kenakan bayaran £1 (RM ?)untuk setiap beg.
6. Elak tukar matawang di lapangan terbang
Korang janganlah sesekali tukar duit dekat lapangan terbang walaupun korang nampak iklan ‘Tiada Yuran Tambahan’. Sebab tukar duit dekat luar boleh bagi korang lebih banyak untung daripada lapangan terbang.
Lapangan terbang ni tahu yang korang terdesak nak tukar duit sebabtu mereka banyak sediakan pondok perkhidmatan pertukaran wang. Jadi, kalau korang memang terlupa nak tukar dekat luar, korang survey lah dulu pondok mana yang tawarkan kadar yang terbaik.
7. Elakan guna Wi-Fi
Kebanyakan lapangan terbang masih mengenakan caj untuk Wi-Fi, oleh itu kalau korang merancang nak buat kerja ataupun korang nak guna internet sebelum tunggu waktu berlepas, korang gunalah internet daripada hotspot korang sendiri.
Beli prabayar data tambahan atau guna data yang dah sedia ada. Ini biasanya lebih murah berbanding bayar caj Wi-Fi lapangan terbang yang kadang-kadang agak mahal. Tambah lagi, line internet sendiri biasanya lebih stabil berbanding Wi-Fi.
8. Pastikan Bagasi tak lebih had
Sumber Imej: Air Asia
Jika korang bercadang membawa bagasi tangan sahaja, pastikan bagasi tu tak melebihi had yang dibenarkan untuk elak kena caj tambahan. Korang boleh timbang dulu bagasi korang sebelum bertolak ke lapangan terbang dan pastikan beratnya tidak melebihi had.
Memanglah KLIA ada sediakan perkhidmatan simpan bagasi dimana korang boleh tinggalkan barang-barang dalam loker KLIA. Tapi, bayaran dia bukan murah tau! Jadi kalau korang taknak keluar duit lebih, korang timbang lah dulu bagasi yang nak dibawa.
9. Berhati-hati di kedai bebas cukai
Mentang-mentang korang nampak kedai tu tak dikenakan cukai, korang nak borong semuanya. Korang janganlah terpedaya sebab kadang-kadang harga barang dalam kedai tu tak sekompetitif yang korang rasa. Jadi kalau korang nak beli barang mewah macam arak, barang kemas, atau gajet, check dulu harga online dan bandingkan dengan kedai lain. Tak semua barang kat kedai bebas cukai murah. Semak dulu harga di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sebelum decide.
Rancang perjalanan korang dengan teliti
Melancong ke luar negara memang best tapi ada cabaran dia - dapat bilik yang kotor/sempit, tempat duduk sempit dalam flight, ataupun cuaca tak menentu. So, pastikan korang dah bersedia and check dulu semua ni dan buat perseiapan yang sepatutnya.
Kalau korang memang berminat melancong, apa kata korang apply kad kredit perjalanan yang ada dalam website kami. Korang boleh dapat banyak tawaran yang best guna kad kredit ni. Contohnya, akses percuma ke Plaza Premium Lounge di KLIA dan KLIA2, rebat untuk tempahan hotel, servis limosin lapangan terbang percuma dan banyak lagi.
Jadi, tunggu apa lagi? Check out kad kredit perjalanan yang kami tawarkan di LoanStreet dan pilih yang paling sesuai dengan keperluan korang.
Selamat melancong!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK:
- Selamat Tinggal Tunai: Kenapa Travel Guna Kad Kredit Lebih Baik?
- "Alamak! Pasport M’sia Saya Hilang Semasa Melancong. Apa Nak Buat?"
- Wise Lancar Akaun & Kad Pelbagai Mata Wang di Malaysia