1) Amerika Syarikat
Kat sini, semua peraturan kuarantin dah dibubarkan. Maksudnya, korang bebas melancong tanpa sebarang rasa bimbangan. Dengan syarat, korang dah divaksin sepenuhnya.
Korang boleh berseronok dengan beberapa mercu tanda yang indah macam Grand Canyon, mendaki kat Taman Negara Yellowstone atau fefeeling ala-ala artis kat Hollywood Walk of Fame!
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Keputusan Ujian PCR Negatif ATAU Keputusan Ujian RTK Negatif 24 jam sebelum berlepas.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Hubungi pegawai kesihatan untuk maklumkan keadaan semasa.
- Asingkan selama 5 hari. Koranf akan dibebaskan selepas hari ke-5 kalau dah tak ada sebarang gejala.
- Hotel kuarantin berbeza. Harga bermula dari RM470.
2) Aruba
…Jamaica, ooh, I wanna take ya..
Mesti korang pernah dengar lirik ni lagu “Kokomo”, kan? Ya. Aruba ni sebuah negara yang korang boleh lawati dan tak ada kuarantin. Korang mesti konfem suka punya dengan pemandangan yang cantik gila kat negeri kepulauan ni.
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Keputusan PCR atau RTK negatif 24 jam sebelum berlepas.
- Lengkapkan borang Imigresen, Kad ED dengan sijil vaksinasi korang.
- Korang kena beli Insurans Pelawat Aruba sekurang-kurangnya 3 hari sebelum berlepas.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Hubungi Jabatan Kesihatan Awam, atau dapatkan kakitangan hotel untuk bantu korang.
- Kuarantin di tempat penginapan selama 5 hari.
- Kos kuarantin hotel, berbeza-beza mengikut tempat penginapan korang.
3) Bahamas
Dalam lagu yang sama, pun ada mention pasal; Bahamas jugak ya. Kat sini, korang boleh jalan-jalan kat pusat bandar Nassau dan enjoy pemandangan yang cantik. Selain tu, bolehlah korang try macam-macam aktiviti kat pulau yang ada!
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Keputusan Ujian PCR Negatif ATAU Keputusan Ujian RTK Negatif 3 hari sebelum berlepas.
- Wajib buat permohonan Visa Kesihatan Perjalanan Bahamas 2 hari sebelum berlepas
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Hadirkan diri kat pusat saringan untuk pemeriksaan kesihatan.
- Asingkan diri selama 5 hingga 14 hari, bergantung kepada simptom.
4) Republik Dominica
Untuk yang pernah tengok filem Pirates of the Caribbean, korang bolehlah jadikan Republik Dominica sebagai salah satu destinasi percutian terbaik korang.
Kalau korang nak tahu, kat sini korang boleh tengok ikan paus, belajar cara coklat dan kopi dibuat, dan lagi syok, kalau korang boleh cuba gulung cerut sendiri!
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Tak perlu buat ujian PCR/RTK sebelum berlepas. Sebaliknya, korang kena buat ujian 3 hari sebelum penerbangan.
- Korang kena buat ujian pernafasan COVID19 secara rawak semasa ketibaan kalau korang belum buat sebarang ujian sebelum berlepas.
- Keputusan Ujian PCR Negatif ATAU Keputusan Ujian RTK Negatif 24 jam sebelum berlepas.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Hubungi *462 (Talian Penting COVID19 Republik Dominika) untuk laporkan kes dan arahan lanjut.
- Hubungi dan maklumkan kakitangan hotel.
- Asingkan diri, mengikut arahan yang diberikan.
5) Mexico
Tanpa mengira status vaksinasi, pelawat dibenarkan masuk ke negara ni. Jadi, korang bolehlah teruskan niat korang untuk rasa sendiri taco asli, dan pelbagai lagi makanan jalanan, muzik dan jugak melawat mercu tanda Maya!
Keperluan:
- Mesti isi borang Pengisytiharan Kesihatan sebelum memasuki Mexico.
- Mesti mencetak Kad Pelancong Kemasukan Rasmi sebelum berlepas.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Laporkan gejala korang kepada kakitangan hotel atau pusat bantuan COVID19.
- Asingkan diri selama 5 hingga 10 hari, bergantung pada nasihat yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan.
- Sesetengah hotel ada pakej kuarantin, yang berbeza dalam kadar, dari serendah USD$5 (RM21). Ada jugak hotel yang tawarkan penginapan pengasingan mereka secara percuma.
6) Maldives
Kalau selama ni korang dok mengidam dos tambahan ‘Vitamin Sea’... maka, Maldives nilah tempat yang sesuai untuk korang melancong!
Sebenarnya Maldives dah bukak sempadan kepada pengembara sejak 15 Julai 2020. Memandangkan kita ni baru je nak berjinak-jinak pergi melancong, masa nilah korang boleh teroka sendiri pulau-pulau yang ada.
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Keputusan Ujian PCR Negatif 4 hari sebelum berlepas .
- Isi borang Pengisytiharan Kesihatan Pengembara (IMUGA) 2 hari sebelum berlepas. Serahkan secara elektronik.
- Mesti ada bukti pembelian penginapan hotel.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Laporkan status korang kepada kakitangan hotel.
- Sebagai alternatif, korang boleh hubungi Agensi Perlindungan Kesihatan di talian 1676
- Kuarantin kat hotel selama 7 hari.
- Pakej kuarantin hotel tersedia, dan bermula dari serendah USD$350 (RM1,467) semalam.
7) Iceland
Tanpa mengira status vaksinasi, pelancong dialu-alukan ke Iceland tanpa sekatan. Jadi, korang boleh bersiap sedia untuk berendam dalam mata air panas Blue Lagoon. Kalau korang bernasib baik, dapatlah korang tengok sendiri fenomena alam, Northern Sky yang memang rare gila!
Keperluan:
- Takde sekatan sejak 25 Februari 2022.
- Mesti ada VISA yang sah.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Booking slot ujian simptom dalam talian atau melalui talian hotline secara percuma.
- Korang disyorkan untuk asingkan diri selama 5 hari. Kalau simptom berterusan, teruskan pengasingan selama 2 hari lagi.
- Bincang dengan pihak pengurusan hotel, sama ada korang boleh teruskan kuarantin kat situ atau perlu dipindahkan ke hotel kuarantin.
- Kadar hotel kuarantin adalah berbeza, dan kos untuk tempoh penginapan, ditanggung sendiri. KLIK SINI untuk senarai hotel kuarantin.
8) United Kingdom
Ada peminat teh tak kat sini? Berita baik untuk korang! UK dah gugurkan semua peraturan kuarantin untuk korang yang dah divaksin sepenuhnya.
Jadi, takde lagi ujian diperlukan sebelum berlepas atau semasa ketibaan. Melainkan kalau, korang dari negara dalam senarai merah mereka (tidak ada pada masa ini). Syoklah korang pasni, boleh tengok EPL secara live, tak gitu?
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Kalau vaksinasi , ujian PCR negatif 2 hari sebelum berlepas dan 1 ujian PCR semasa ketibaan.
- Mesti mengisi borang pencari penumpang 3 hari sebelum berlepas.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Maklumkan kepada kakitangan hotel tentang status korang, dan dapatkan bantuan.
- Sekiranya perlu, korang boleh tempah slot untuk ujian COVID.
- Bagi yang dah divaksin sepenuhnya, korang digalakkan untuk asingkan diri selama 5 hari. Kalau ujian RTK korang negatif pada hari ke-5, korang akan dibebaskan.
- Kepada yang belum lengkap divaksin, korang akan diwajibkan untuk kuarantin sekurang-kurangnya 10 hari. Kalau ujian RTK korang negatif pada Hari 6 dan Hari 7, korang akan dibebaskan daripada kuarantin.
- Bayaran hotel kuarantin UK, maksimum £2,285 (RM12,734) seorang untuk tempoh penginapan.
- Sekiranya perlu lanjutkan kuarantin, takde sebarang caj tambahan akan dikenakan.
9) Perancis
Bonjour! Selamat datang ke kota cinta! Kalau selama ni korang cuma dapat tengok Eiffel Tower dari kaca TV je, sekarang ni korang dah boleh datang dan nikmati sendiri keindahan yang ada kat sekitar Paris.
Sama macam UK, Perancis dah batalkan peraturan kuarantin untuk vaksin sepenuhnya. Tapi, kalau korang sejenis yang mementingkan keselamatan, korang bolehlah bayar untuk buat ujian PCR/RTK.
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Kalau korang belum divaksin sepenuhnya, korang mesti buat ujian PCR negatif 3 hari sebelum berlepas atau ujian RTK negatif 2 hari sebelum berlepas.
- Untuk pengetahuan korang, Malaysia dikategorikan sebagai "kategori oren" kat Perancis. Jadi, pastikan korang isi dulu borang eOS-Passager 3, hari sebelum berlepas.
- Korang kena mohon pas vaksin ( guna aplikasi ToursAntiCovid).
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Maklumkan kepada kakitangan hotel tentang status korang dan dapatkan bantuan.
- Sekiranya perlu, korang boleh hadirkan diri ke pusat saringan COVID yang ada berdekatan hotel.
- Bagi yang dah divaksin sepenuhnya, korang kena asingkan diri selama 7 hari. Pengasingan akan ditamatkan sekiranya ujian COVID korang negatif pada Hari ke-5.
- Kalau korang belum divaksin sepenuhnya, korang perlu asingkan diri selama 10 hari. Kalau ujian menunjukkan negatif pada Hari ke-7, korang akan dibebaskan daripada kuarantin.
- Pakej kuarantin ada disediakan kat hotel dengan bayaran yang berbeza.
10) Sepanyol
Sebut je Sepanyol, korang dah boleh imagine, betapa cantiknya Kepulauan Balearic, Kepulauan Canary, kan? Lagi syok bila korang boleh tengok pulak budaya berwarna-warni yang ada kat bumi Andalusia. Paling best bila hotel penginapan korang sebenarnya dah termasuk sekali dengan insurans perjalanan yang dah dilengkapi perbelanjaan berkaitan COVID-19.
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Keputusan Ujian PCR negatif 3 hari ATAU keputusan ujian RTK negatif 24 jam sebelum berlepas.
- Isi borang Pengisytiharan Kesihatan untuk mendapatkan kod QR untuk perjalanan
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Laporkan status COVID kepada kakitangan hotel untuk mendapatkan bantuan dan pihak berkuasa penjagaan kesihatan serantau untuk ujian PCR.
- Pengasingan akan dijalankan selama 7 hari.
- Pakej kuarantin boleh didapati di hotel dan bayaran berbeza-beza.
- Insurans perjalanan yang korang dapat daripada tempahan hotel dapat bantu korang dengan perlindungan penginapan lanjutan.
11) Jerman
Mulai 3 Mac 2022, Jerman dah umumkan yang negera tersebut tak akan tersenarai lagi sebagai "negara berisiko tinggi". Maksudnya, korang bolehlah teruskan niat korang melancong tanpa kuarantin!
Luangkan masa untuk tengok pemandangan bangunan gothic di negara ni sambil nikmati snek currywurst!
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Keputusan Ujian PCR negatif 2 hari sebelum ketibaan.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Hubungi pihak berkuasa kesihatan tempatan. Asingkan diri dan tunggu arahan selanjutnya.
- Sekiranya anda dikehendaki menjalani ujian lanjut (iaitu ujian PCR), tunggu atas nasihat "waktu lawatan jangkitan" pihak berkuasa kesihatan tempatan.
- Asingkan diri selama 10 hari. Kalau ujian kembali negatif pada Hari ke-7, korang akan dibebaskan daripada kuarantin.
- Kos penginapan lanjutan bergantung pada hotel.
12) Dubai
Lepas sekian lama terperuk kat rumah, dah tiba masanya untuk korang explore tempat yang eksotik, dan penuh dengan bangunan pencakar langit yang mewarnai bumi Emiriah Arab Bersatu! Masa nilah korang nak jumpa macam-macam jenis bangsa manusia yang ada. Tapi, pastikan korang amalkan penjarakan sosial ya.
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster), untuk dikecualikan daripada ujian RTK/PCR sebelum berlepas.
- Ujian PCR secara rawak akan dilakukan semasa ketibaan.
- Muat turun aplikasi Al Hosn untuk terus berhubung dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Hubungi kakitangan hotel untuk dapatkan bantuan.
- Laporkan status anda kepada Jabatan Kesihatan Abu Dhabi atau Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai di 800 342 (boleh dilakukan melalui WhatsApp).
- Kuarantin selama 7 hari.
13) Singapura
Hmm… Nampaknya, jiran kita dah rindukan kita ya. Singapura, sudahpun buka sempadan dengan berkat Vaccinated Travel Lane (VTL). Dengan adanya VTL, korang bebas untuk lakukan perjalanan ke Singapura kuarantin.
Korang boleh shopping puas-puas kat Orchard Road, atau tengok sendiri pertunjukan lampu kat Marina Bay Sands sepuas-puas hati!
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster),
- Keputusan Ujian PCR atau RTK negatif (mesti dilakukan dalam masa 2 hari sebelum berlepas).
- Daftar untuk Pas Perjalanan Bervaksin 3 hingga 60 hari sebelum berlepas.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Laporkan status kepada kakitangan hotel untuk dapatkan bantuan.
- Sebagai alternatif, korang boleh dapatkan khidmat Teleperubatan untuk maklumat dan arahan lanjut.
- Notis Duduk Rumah/Hotel Kuarantin untuk tempoh 7 hingga 10 hari.
- Kos hotel bermula dari SGD $200 (RM616), hingga SGD $2,000 (RM6,170). Tak termasuk ujian PCR pada hari terakhir.
14) Thailand
Kalau tadi jiran kat Selatan, sekarang ni, jiran kita kat utara pulak dah memanggil-manggil. Pulau-pulau cantik macam Koh Lipe, Koh Samui semua dah bersedia nak sambut kedatangan korang. Bagi pencinta makanan pulak, jangan risau. Makanan diorang semua power-power beb (maaf rakyat Malaysia).
Korang boleh pergi ke bahagian tertentu kat Thailand dengan program Test and Go, dan takde sebarang kuarantin diperlukan selepas lulus ujian awal.
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Keputusan Ujian PCR Negatif 3 hari sebelum berlepas dan semasa ketibaan.
- Buat permohon Pas Thailand 60 hari sebelum berlepas.
- Tempah bilik hotel dengan Amazing Thailand Safety and Health Administration (SHA) atau Alternative Quarantine (AQ) untuk hari pertama (boleh pilih untuk tinggal sepanjang tempoh penginapan).
- Buat Ujian RTK sendiri pada Hari ke-5 (sekiranya tempoh penginapan melebihi 5 hari).
- Mesti ada insurans perjalanan dengan perlindungan minimum USD $20,000 (RM83,540).
- Muat turun apl MorChana.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Maklumkan kepada kakitangan hotel dan dapatkan bantuan.
- Hubungi Pejabat Keselamatan Kesihatan Negara di talian 1330 atau LINE di @nhso
- Kuarantin kat hotel SHA atau AQ selama 10 hari.
- Pakej kuarantin hotel sermula dari harga THB38,000 (RM4,874) sehingga THB220,000 (RM28,217).
15) Vietnam
Vietnam baru je bukak sempadan antarabangsa diorang pada 15 Mac 2022 tau! Nikmati kesibukan bandar sambil minum kopi femes yang ada kat sana. Kalau korang nak berangan ala-ala Puteri Gunung Ledang pulak, korang bolehlah try jalan-jalan kat Jambatan Emas Da Nang!
Walaupun korang masih kena jalani kuarantin 1 hari, tapi berbaloilah. Lepas siap kuarantin, korang boleh terus serbu kedai yang ada jual pho, banh mi dan macam-macam lagi jenis makanan yang ada kat Vietnam.
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Keputusan ujian PCR, negatif 3 hari sebelum berlepas.
- Mesti kuarantin selama 1 hari semasa ketibaan.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Laporkan status kepada kakitangan hotel untuk dapatkan bantuan.
- Hubungi talian hotline Kementerian Kesihatan, 1900 0995 untuk laporkan simptom dan tunggu arahan selanjutnya.
- Kuarantin kat tempat penginapan selama 7 hari.
- Pakej kuarantin hotel bermula dari VND550,000 (RM101) hingga VND2,500,000 (RM457).
16) Australia
Dikenali sebagai salah satu negara dengan kawalan sempadan yang lebih ketat, Australia (selain daripada wilayah Australia Barat, termasuk Perth), kini dibuka kepada pengembara tanpa kuarantin! Bersedia untuk menikmati pemandangan Sydney Opera House yang menakjubkan, kehidupan di bandar metropolitan yang sibuk, dan pantai yang sesuai untuk aktiviti surfing!
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Keputusan Ujian PCR Negatif 3 hari sebelum berlepas ATAU Keputusan Ujian RTK Negatif 24 jam sebelum berlepas .
- Isi borang Pengisytiharan Penumpang Digital (DPD) 3 hari sebelum berlepas.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Laporkan status kepada kakitangan hotel untuk dapatkan bantuan.
- Laporkan status kepada pihak berkuada negeri/wilayah melalui hotline , dan tunggu arahan lanjut.
- Kuarantin selama 7 hari.
- Jumlah kos bergantung pada negeri/wilayah yang dikunjungi. Harga hotel kuarantin bermula dari AUS$1,500 (RM4,561) hingga AUS$3,000 (RM9,123).
17) India
Baru-baru ni, India dah longgarkan peraturan perjalanan antarabangsa dan menggugurkan ujian saringan sebelum dan semasa ketibaan.
So, korang dah boleh-bolehlah ready tisu untuk menghayati kisah cinta Mumtaz dan Shah Jahan kat Taj Mahal, atau mengembara kat sekitar Segitiga Emas India Delhi, Agra dan Jaipur.
Keperluan:
- Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
- Tak perlu tunjukkan ujian PCR/RTK negatif.
- Isi borang Deklarasi Air Suvidha sebelum berlepas.
- Muat turun aplikasi Aarogya Setu.
- Pantau kesihatan sekurang-kurangnya 14 hari.
SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:
- Laporkan kepada kakitangan hotel untuk bantuan lanjut.
- Laporkan ke nombor talian bantuan nasional India, 1075.
- Kuarantin selama 7 hari.
- Kos berbeza mengikut hotel. KLIK SINI untuk kadar hotel kuarantin.
So, korang dah bolehlah plan sesiap destinasi impian korang dengan adanya senarai ni. Tapi korang kena sentiasa beringat tau, dah boleh melancong, tak bermakna COVID-19 dah takde.
Pastikan korang dilindungi insurans perjalanan yang boleh memenuhi keperluan korang sekiranya berlaku kejadian yang tak diingini.
Korang boleh je apply insurans macam AXA Smart Travel, Etiqa TripCare, dan AIG. Bukan takat kemalangan dengan kecurian je tau, perbelanjaan berkaitan COVID-19 pun diorang cover sehingga RM350,000!
Bila dah ada insurans, takdelah risau sangat, kan? Jangan lupa, sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan. Amalkan 3W (basuh tangan, pakai mask, dan pantau kalau ada simptom), elakkan 3C (tempat sesak, ruang terkurung. Dan bersembang dalam jarak dekat).
Oh, dan satu lagi tips: Korang boleh apply pinjaman peribadi RHB untuk menikmati percutian tanpa risau tentang duit! Klik di sini atau imej di bawah untuk tahu lebih lanjut.
Jangan lupa untuk kongsikan pandangan dan cadangan korang kat Facebook post kami!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: