1. Pantai Klebang, Melaka
Femes dengan pasir putih (instagrammable k!), Pantai Klebang adalah lokasi yang sesuai untuk korang bercuti. Bukan setakat boleh mandi pantai, korang siap boleh berkelah, main layang-layang, naik kuda dan ATV kot!
Kalau korang check hotel-hotel berdekatan kat Google, ada banyak harga bawah RM100 untuk stay 1 malam. Baki lebihan dari bajet tuh boleh guna untuk aktiviti-aktiviti berdekatan dengan pantai. Semua harga aktiviti-aktiviti yang dekat tuh pun murah je!
2. A’famosa, Melaka
Kalau korang stay kat A’Famosa Resort, memang tak boleh lah kalau nak follow bajet. Memang duit habis kat situ je. Jadi, better stay kat hotel atau homestay yang murah-murah dan habiskan bajet korang dekat tempat-tempat menarik kat A’Famosa tuh. Setuju?
Ada 3 aktiviti yang korang boleh buat kat A’Famosa adalah Animal World Safari, Taman Tema Water World dan A’Famosa Old West. korang tahu tak yang harga tiket untuk Old West adalah RM30? Murah lah kan!
Hah, lagi satu, kat sini parents kena buat keputusan yang penting iaitu sama ada nak mandi ke nak tengok haiwan. Ini sebab tiket untuk masuk water world atau world safari agak pricey lah jugak. So, admin nasihatkan pilih 1 aktiviti yang satu keluarga korang konfem akan enjoy k? Baru happening!
3. Pulau Langkawi, Kedah
Sebut je Pulau Langkawi, admin dah terbayang chocolate Daim tuh dah. Ya lah, Pulau Langkawi kan?
Nak ke sini, korang boleh pilih untuk naik kapal terbang, kereta ataupun bas dan diikuti dengan feri. Admin suggest untuk naik bas dan feri untuk kurangkan kos. Lagi satu, korang boleh jugak jimat kalau korang stay dekat homestay atau chalet yang obvi lebih murah dari hotel.
Berkaitan tempat-tempat menarik kat Pulau Langkawi ni, korang jangan risau k. Banyak aktiviti yang memang murah-murah. Siap ada yang free lagi! Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel ni.
4. Pulau Pangkor, Perak
Korang tahu tak yang Pulau Pangkor ni femes sebagai tempat bercuti untuk kalangan tourists? Admin pun baru tahu k sal benda ni. Dekat Pulau Pangkor kan, hotel bajet dia cam limited sikit sebab kebanyakan harga hotel diorang untuk 1 malam adalah lebih RM100.
Tapi, korang jangan risau k. Kalau nak tahu, aktiviti-aktiviti berkayak dan snorkeling kat Pulau Pangkor ni semua murah-murah belaka. Caj bayaran dia cuma RM10 dan RM15 je kot. Untuk aktiviti-aktiviti lain cam sunset cruising dan scuba diving, harga dia mahal sikit lah sebab bergantung ikut pakej. Alah, banyak je aktiviti-aktiviti free yang kita boleh buat kat pantai...
5. Port Dickson, Negeri Sembilan
Salah satu hostpot tempat percutian kat negara kita ni, tak lain tak bukan adalah Port Dickson. Lokasi paling sesuai lagi-lagi untuk orang-orang KL yang nak quick getaway. Tempat penginapan pun ada banyak dan ada harga bawah RM100. Korang boleh tengok list ni.
Aktiviti-aktiviti kat Port Dickson pun boleh tahan murah dia. Kalau nak naik ATV, kena bayar RM30 per trip. Tiket untuk tengok Alive 3D Art Gallery pulak berharga RM25 (kurang RM5 kalau tunjuk MyKad). Harga yang lain-lain tuh pun lebih kurang sama je. Ada jugak aktiviti yang free!
6. Pantai Morib, Selangor
Pantai Morib ni takdelah se-femes macam pantai-pantai yang lain, tapi aktiviti-aktiviti dia boleh tahan gak lah. Korang siap boleh cari ketam, pepahat dan memancing kot!
If nak main water park kat Gold Coast Morib Water Theme Park, korang kena bayar RM15 (kanak-kanak) dan RM25 (dewasa). Hotel-hotel yang harga bawah RM100 tuh korang boleh check kat portal Agoda atau Booking. Kalau korang banyak aktiviti dan guna hotel untuk tidur je, buat apa nak cantik-cantik?
7. Janda Baik, Pahang
Kalau nak bercuti kat tempat yang aman, ramai yang akan ke Janda Baik. Ya lah, ada air terjun dan penuh dengan nature kot. Kat sini, harga homestay ngan chalet agak pricey tapi sebab nak enjoy nature, bajet tuk tempat tidur boleh lah up sikit.
Nak jimat, admin cadangkan korang book stay untuk 1 malam. Hari pertama datang awal korang bawak lah barang-barang makanan dari rumah untuk BBQ dan mandi kat situ. Kiranya, satu hari tuh enjoy aktiviti-aktiviti dan berehat kat homestay/chalet waktu malam je. Hah, korang rasa camne?
8. Cameron Highland, Pahang
Hah, dengar je Cameron Highland mesti buat korang risau kan. Ya lah, cam mahal je kan? Admin pun rasa benda sama tapi sebenarnya ada je tempat tinggal yang murah-murah. Cuma, ada yang cam style asrama lah. Kiranya, memang tak kids-friendly. Tapi, kalau nak jimat sangat, kita redah je lah kan?
Aktiviti yang boleh dikira mahal kat sini adalah kalau korang nak naik ATV (RM50 sorang). Yang lain tuh, semua murah-murah je. Tapi alang-alang kat sini, mesti korang nak beli souvenirs yang banyak kan. So, ready je lah k duit lebih sikit beli souvenirs untuk semua orang!
9. Bukit Tinggi, Pahang
Dikenali sebagai tempat yang sejuk, Bukit Tinggi ni femes untuk pasangan yang baru berkahwin. Obvi disebabkan cuaca dia yang nyaman. Lebih kurang cam Cameron Highland, kebanyakan hotel kat sini mahal tapi ada je Airbnb yang murah-murah k. Homestay pun ada yang bawah RM100.
Aktiviti-aktiviti yang disediakan pun boleh dikatakan murah jugak. Yang mahal tuh kalau korang nak naik kuda lama-lama. Selain tuh, korang boleh melawat Colmar Tropicale (ada entrance fee k) untuk ke Japanese Village, Botanical Garden dan Rabbit Park. Kalau aktiviti-aktiviti lasak, harga dia bergantung ikut pakej yang disediakan. Korang berani nak cuba?
10. Pantai Mersing, Johor
Memang kalau list tempat untuk bercuti, penuh dengan pantai je. Ya lah, bukan selalu dapat tengok laut lagi-lagi yang kerja kat bandar. Dekat Pantai Mersing ni, korang jangan risau k sebab ada banyak hotel-hotel bajet dengan harga bawah RM100.
Cuma, aktiviti-aktiviti yang korang boleh buat kat sini agak limited. Yang lain pun adalah korang boleh join ‘island hopping’ cuma harga dia memang mahal lah. Selain tuh, korang boleh mendaki kat 2 tempat iaitu Hutan Lipur Gunung Arong dan Hutan Lipur Gunung Belumut, melawat Taman Negara Rendau Ompin dan Muzium Mersing. Seronok jugak kan aktiviti-aktiviti ni?
P/s: Kalau korang perasan, admin takde sebut pun sal kos makanan. Ini sebab kos makanan ni basically terpulang kat korang. Kalau setiap hari makan kat tempat fancy, memang banyak lah duit habis. Mungkin boleh plan dalam waktu bercuti tuh, berapa kali korang nak makan kat tempat-tempat fancy. Lagi better kan?
Extra tips: Pergi bercuti dalam group k supaya korang boleh tong-tong kos perjalanan tuh! Semakin ramai yang join, semakin kurang lah jumlah yang korang kena bayar.
Sebelum bercuti tuh, JANGAN lupa...
Pastikan korang bawak face masks yang secukupnya, sentiasa santise pastu jaga social dan physical distancing. 1 meter jarak k sentiasa? Bercuti musim Covid-19 ni cam perlukan perhatian lebih sikit dari kita untuk sentiasa berjaga-jaga. Kang, tak pasal-pasal ada cluster baru pulak kat tempat korang bercuti (mintak jauh-jauh!).
Walaupun bajet percutian korang RM300 je, jangan lupa bawak extra duit sikit k. Ya lah, pape boleh berlaku dalam perjalanan kita pergi balik tuh. Better korang bersedia just in case pape berlaku, at least duit cukup untuk trip ke hospital atau lain-lain emergency.
Korang boleh klik link ni untuk dapatkan insurans perjalanan. Enjoy cuti tuh tapi jangan lupa keselamatan k?
Jadi, selamat bercuti ya semua!
BACA JUGA:
INI Caranya Untuk Travel Dengan Selesa Pada Harga Yang Murah
Lokasi Menarik Dalam Malaysia Korang Boleh Enjoy Dengan Bajet RM500