Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pinjam Bank Tak Lepas? Jom Join Program Rumahku oleh AKPK

BY Contributor - iProperty

Updated 07 Feb 2020




Korang tahu tak sebelum korang beli rumah, ada satu program dalam talian yang akan memudahkan bakal pembeli rumah supaya tak salah membeli, iaitu Rumahku oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Program Rumahku ni wajib untuk korang yang nak memohon Dana Rumah Mampu Milik oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Apa yang menariknya lagi tentang program ni, semua kursus secara online bagi memudahkan pengguna untuk akses masuk dan sertai program ni pada bila-bila masa je, ikut keselesaan korang. Lepas ni takdelah berebut nak daftar kursus, kan?

Sambutan pun menggalakkan, dah 33,002 peserta join Program Rumahku ni. Jadi, kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai program ni, baca maklumat dan panduan di bawah supaya korang lebih jelas tentang program ni.
 

1. Apa yang korang akan belajar dari Program Rumahku?

Kursus ni meliputi ilmu yang perlu korang tahu sebelum, semasa dan selepas membeli rumah. Antara perkara-perkara yang korang peroleh seperti:
 

Sebelum membeli rumah



Sumber imej: suaramerdeka

 
Korang akan diajar menggunakan kalkulator bajet yang bertujuan menilai kemampuan dan kelayakan korang untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Contohnya, korang boleh guna Loancare oleh iProperty.com.my (ataupun Laporan Penuh Kelayakan Pinjaman Perumahan dari Loanstreet) untuk tahu kelayakan pinjaman. Bila dah tahu Nisbah Pembiayaan Hutang atau Debt Service Ratio (DSR), korang boleh tahu dan bandingkan pilihan pinjaman dengan 17 bank.

Bukan je menjimatkan masa tapi boleh mengelakkan permohonan pinjaman perumahan korang ditolak oleh pihak bank. Korang kena ingat kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan daripada satu bank akan merugikan masa sebab korang dah tak boleh buat permohonan lagi  sekali untuk tempoh 3 ke 6 bulan seterusnya.
 

Semasa membeli rumah



Sumber imej: realtor.com

 
Sebagai pemilik rumah, korang kena tahu tentang jenis-jenis insurans perumahan yang boleh kurangkan risiko sebagai peminjam. Ambil kira risiko-risiko yang bakal dihadapi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dekat korang. Siapa yang akan ambil alih tanggungjawab kewangan untuk menyelesaikan ansuran gadai janji rumah/bayaran bulanan pinjaman rumah korang nanti? 

Ada 2 jenis insuran yang boleh korang pilih, iaitu Insurans Jangka Pengurangan Gadai Janji (MRTA) dan Insurans Jangka Tahap Gadai Janji (MLTA). Korang juga kena tahu fungsi, kelebihan, kekurangan dan sama ada insurans ni sesuai tak dengan korang. MRTA dan MLTA adalah produk insurans yang konvensional, manakala MRTT dan MLTT adalah polisi insurans Islamik. 

Takde paksaan dalam pemilihan insurans, semua tertakluk kepada pilihan pemilik rumah itu sendiri. Maklumat lanjut mengenai insurans pinjaman perumahan di sini.
 

Selepas membeli rumah 



Sumber imej: depositphotos

Ok, dah beli rumah kan? Sekarang korang dah menjadi peminjam yang bertanggungjawab. Tapi korang tahu tak apa kesannya kalau tak bayar balik pinjaman perumahan tu? Pastikan bayaran bulanan adalah konsisten dan tak lewat. Kalau masih ragu-ragu, dapatkan tip, nasihat dan panduan kewangan dari pihak AKPK. Pinjaman perumahan merupakan komitmen jangka masa panjang. Pastikan tak terjerat dengan perkara yang korang sendiri tak pasti. 
 

2. Siapa je yang boleh join Program Rumahku ni?



Walaupun korang tak berminat atau tak layak untuk mohon Dana BNM, kursus sangatlah sesuai dijadikan panduan sebelum melakukan pembelian rumah. Kursus ni juga sesuai untuk warganegara Malaysia kerana modul pembelajarannya berdasarkan sistem pembelian rumah di Malaysia. Jangan sedih kalau tidak layak untuk memohon Dana BNM, korang masih lagi boleh mohon skim bantuan pinjaman perumahan lain yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. 

Korang boleh semak kelayakan untuk Rumah Selangorku, RUMAWIP dan ada juga 4 inisiatif Belanjawan 2020 untuk perumahan di sini. Menariknya lagi, golongan belia, boleh memohon Skim Perumahan Belia (SPB) oleh BSN yang dikhususkan untuk membantu mereka memiliki rumah pertama. 
 

3. Kalau nak join program ni, berapa pulak kena bayar? 



Jangan terkejut tau! Program ni FREE je dan takde sebarang bayaran pun dikenakan kepada pengguna. Kalau korang berminat untuk mendapatkan ilmu hartanah yang lain secara percuma, layari laman web iProperty.com.my. Bukan je pasal info pembelian rumah, tetapi aspek pengurusan, pinjaman perumahan, wasiat, hartanah lelong serta program-program perumahan mampu milik oleh pihak kerajaan. 
 

4. Macam mana pulak dengan tempoh masa untuk lengkapkan kursus ni? 


Masa yang diambil bergantung kepada kursus, iaitu dari 15 minit hingga 1 jam. Tapi, takde sekatan tempoh masa pun dan bebas ikuti kursus ni ikut keselesaan waktu korang sendiri. 
 

5. Apa cara nak menilai kemampuan untuk membeli rumah di akhir program ni?


Pada akhir program, korang akan melakukan penilaian kendiri sama ada dah bersedia, mampu dan layak tak untuk teruskan pembelian rumah berdasarkan kemampuan kewangan korang. Jangan lupa untuk tanya pada diri jugak, patut ke aku beli rumah sekarang atau nanti jela dulu? Betul ke aku dah ready nak beli rumah pertama?. Banyak faktor yang perlu korang ambil kira seperti kemampuan, skor kredit dan juga hartanah sasaran. 
 

6. Macam mana nak join Program Rumahku ni? Daftar kat mana?


 
Korang boleh pergi ke portal Rumahku dan ikut arahan selanjutnya tentang cara sertai program ini. 
 

7. Dapat pengiktarafan dari pihak AKPK tak selepas jalani kursus ni?


Sumber imej: metro.co.uk
 
Jangan risau, pihak AKPK akan keluarkan sijil pengiktarafan lepas korang lengkapkan kursus ni dan emel ke alamat emel korang atau boleh je muat turun terus sijil ni dari Portal Rumahku.

Program ni merupakan salah satu inisiatif kerajaan kepada rakyat untuk mendidik rakyat tentang ilmu hartanah yang sangat penting bagi mana-mana pembelian rumah. Program ini akan lebih berkesan sekiranya pembeli rumah itu sendiri sentiasa meningkatkan ilmu dan pengetahuan hartanah agar sentiasa dapat memanfaatkan peluang yang ditawarkan kerajaan. 

Artikel ini diolah semula dari artikel “7 perkara yang anda perlu tahu tentang Program Rumahku oleh AKPK ” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my.

Baca Jugak:
Beli Rumah Dengan Gaji Rendah - Ini Dana Rumah Mampu Milik Untuk Anda!
Nak Beli Rumah Tapi Gaji Ciput? Skim Perumahan Belia BSN Kan Ada
Ingin Membeli Rumah Pertama? Inilah Cara Skim MyDeposit Boleh Membantu Anda

 


 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Contributor - iProperty



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?