Apakah pakejnya?
Kerajaan akan membantu untuk membayar wang pendahuluan rumah pertama anda sebanyak 10% dengan jumlah maksima sehingga RM30,000.
Siapa yang layak?
• Warganegara Malaysia yang berumur lebih 21 tahun
• Belian pertama untuk keluarga (bermaksud anda dan pasangan anda belum pernah membeli sebarang hartanah)
• Pendapatan isi rumah di antara RM3,000 dan RM10,000 sebulan
• Anda boleh mendapat pinjaman perumahan dari bank
Syarat
• Harga rumah tidak melebihi RM500,000
• Belian haruslah dari pemilik rumah dan bukan dari pemaju perumahan
• Hartanah tersebut hanya boleh dijual selepas 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual-Beli
• Hartanah tersebut tidak tergolong dalam mana-mana kategori lain yang berkait dengan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah seperti Program Penjawat Awam 1Malaysia Perumahan (PPA1M ), Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Projek Perumahan Rakyat (PPR ), Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP ) dan Rumah Mesra Rakyat
• Perjanjian Jual Beli hendaklah ditandatangani dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan kelulusan daripada MyDeposit
Bagaimana saya boleh memohon?
• Permohonan hanya boleh dibuat secara talian. Klik di sini bagi mengetahui langkah-langkah untuk memohon skim ini
• Ruang Permohonan dibuka dari 6 April hingga 30 June 2016
Mengapa ini inisiatif yang baik?
Dari perspektif pembeli rumah:
Tanpa diragui, inisiatif ini memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia yang inigin membeli rumah pertama. Harga hartanah yang tinggi sering menjadi penghalang terhadap keinginan memiliki rumah.
Dengan adanya bantuan bagi menyelesaikan bayaran wang pendahuluan, pembeli rumah kini mampu membeli rumah tanpa mengeluarkan simpanan tunainya sebaliknya wang tersebut boleh digunakan untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan.
Dari perspektif kerajaan:
Dengan pengeluaran dana sebanyak RM200 juta untuk MyDeposit, belian rumah melalui MyDeposit berpotensi untuk menjana perbelanjaan sekurang-kurangnya RM2 bilion (dengan andaian semua hartanah berharga RM300,000 ) dalam pasaran hartanah. Inisiatif ini akan merangsang perbelanjaan domestik dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi sekiranya dilaksanakan secara berkala dalam jangkamasa panjang (walaupun inisiatif ini akan berakhir pada 30 Jun).
Ini ditambah dengan pengenalan had pembelian sebanyak RM500,000 yang merupakan cara yang baik bagi mengurangkan risiko pemohon membeli rumah yang terlalu mahal dan secara tidak langsung mengurangkan pasaran harta harga tinggi sejajar dengan inisiatif kerajaan unyuk menurunkan harga hartanah.
Bagaimana inisiatif ini boleh menjadi tidak baik?
Dari perspektif pembeli rumah:
Menurut Bank Negara, penduduk kelas pertengahan dengan pendapatan sebanyak RM5,662 hanya mampu untuk membeli rumah dalam lingkungan RM240,000 dengan andaian mereka tidak mempunyai pinjaman yang sedia ada dan menggunakan semua baki pendapatan untuk membayar pinjaman tanpa membuat sebarang penyimpanan bulanan.
Digandingkan dengan ekonomi yang lembab dan harga hartanah yang tinggi, mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk membeli sebuah rumah. Fikirkanlah tentang komitmen untuk membuat bayaran selama 20 hingga 30 tahun yang akan datang. Berunding dengan perancang kewangan yang bertauliah adalah lebih baik bagi mengelakkan diri anda dari terjerumus dalam masalah kewangan.
Bagai jatuh dari langit, skim ini melibatkan wang kerajaan, namun kita tidak mahu rakyat tergoda dengan impian memiliki rumah tanpa perancangan kewangan yang teliti.
Dari perspektif kerajaan:
Hakikat bahawa hutang isi rumah pasangan di Malaysia sudah tertalu tinggi bukanlah satu petanda baik bagi inisiatif ini. Nisbah hutang isi rumah berbanding dengan pendapatan di Malaysia mencapai peratusan yang agak mengejutkan iaitu sebanyak 146% yang mana merupakan antara yang tertinggi dalam pasaran baru, disebabkan harga hartanah dan kebergantungan kepada pengangkutan individu yang tinggi.
Kebanyakan pasangan di kawasan bandar mempunyai hutang. Kerajaan kini menuju ke arah memujudkan lebih banyak penduduk tanpa hutang dengan menggalakkan pemilikan rumah pertama, yang mana keputusan pembelian dan Perjanjian Jual Beli harus dilaksanakan dalam tempoh dua bulan apabila harga hartanah terlalu tinggi.
Dengan itu, ia boleh menjadi satu langkah yang berisiko kerana dari pandangan yang berbeza, inisiatif ini boleh menggalakkan orang ramai mengambil hutang yang tinggi.
Kesimpulan
Walaupun banyak alasan, secara umumnya kita masih melihat skim ini satu inisiatif yang baik bagi membantu rakyat yang betul-betul ingin memiliki rumah. Namun kami inginkan inisiatif ini dilancarkan dengan harga yang lebih terkawal bukan sahaja untuk orang ramai menikmati manfaat dari subsidi bayaran pendahuluan bahkan mendapat faedah melalui pinjaman yang lebih rendah. Dengan berbuat demikian, pemilikan rumah boleh menjadi lebih mampan dari perspektif kewangan.