1. Boleh claim bil rawatan kalau korang EKSIDEN
Bayangkan korang tengah syok bawak motor nak pegi kerja. Tengah-tengah happy - tetiba, BAM! Korang kena sodok dengan kereta dari belakang.
Tak pasal-pasal korang patah tangan sebab eksiden. Siap kena masuk beli lagi. Tak citer lagi bila korang dapat bil rawatan pulak, lagi adoyai. Ha… kat sini PERKESO boleh tolong!
Dengan Skim Bencana Pekerjaan ni, korang layak untuk claim bil rawatan untuk apa-apa kecederaan atau kemalangan. Asal korang tengah...
- dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah
- dalam perjalanan jumpa client atau atas alasan kerja lain
- dalam perjalanan dari tempat kerja ke tempat lunch break (pada waktu rehat yang dibenarkan)
Nak lagi senang kerja, pergi dapatkan rawatan ke klinik panel PERKESO yang berdaftar - tak pun ke klinik/hospital gomen. Terus percuma kot - asal isi Laporan kemalangan Borang 21 dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
Kalau korang pergi ke klinik atau hospital swasta, kena guna duit sendiri dulu lah. Lepas tu, baru boleh claim dengan isi borang Bayaran Ganti Belanja. Jangan lupa bawak sekali dokumen-dokumen lain.
BACA JUGAK: Langkah-Langkah Membuat Tuntutan PERKESO
Selain tu, korang boleh dapat Faedah Hilang Upaya Sementara masa tengah Medical Claim (MC). Kalau kecederaan tu buat korang tak mampu bekerja sekurang-kurangnya 4 hari, korang akan dibayar sebanyak 80% dari gaji harian pada hari-hari cuti sakit tu.
Tapi ingat, bayaran ni tak sah masuk kalau ada hari korang gatal pergi juga masuk ofis. Dah masuk, gaji bayar macam biasa lah walaupun dapat cuti. Bazir je!
Cuma, takde lah boleh claim PERKESO setiap kali sakit cam demam, cirit-birit atau pening kepala. Kena make sure yang sakit atau cedera korang dapat tu sebabkan kerja.
Sebagai contoh, korang dapat penyakit asma sebab selalu sangat terdedah dengan debu atau bahan kimia yang berbahaya waktu kerja. Kalau camni, baru claim. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Jadual Kelima dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
PERKESO pun ada sediakan program Return To Work (RTW) yang boleh bantu korang pulihkan fungsi anggota badan yang cedera. Lepas selesai, baru boleh kembali kerja!
2. Boleh dapat duit bantuan kalau tiba-tiba DIBERHENTIKAN
Takde sesiapa boleh expect masa depan, termasuk lah kalau kita diberhentikan. Tak boleh nafikan yang tahun 2020 ni banyak yang hilang kerja. Baru-baru ni, Malindo Airways pulak yang berhentikan 2,200 pekerja disebabkan Covid-19.
Kalau korang senasib, jangan risau sebab PERKESO ada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang boleh bantu. Sementara tengah cari kerja baru, korang boleh dapat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) selama 3 hingga 6 bulan.
Kalau korang jenis ada banyak kerja dan hilang satu atau lebih, korang boleh apply Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB). in case, lepas beberapa bulan tu, korang hilang kerja yang lain, boleh apply EMP jugak.
Tapi, dalam tempoh tu, korang dah dapat kerja baru, PERKESO akan bagi Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) kot. Korang akan dapat 25% dari baki EMP yang belum dibayar - kan untung tu!
Syarat untuk dapat bantuan SIP ni adalah:
i. Korang buat permohonan dalam tempoh 60 hari lepas diberhentikan dan ikut syarat Loss of Employment (LOE) iaitu:
- Dipilih untuk memohon VSS/MSS (skim pemisahan sukarela)
- Ditindas majikan (pembuangan kerja konstruktif)
- Diberhentikan sebab pertindihan pekerja
- Majikan korang bankrap
- Syarikat ditutup sebab bencana alam
- Terpaksa berhenti sebab diganggu secara seksual/diugut kat tempat kerja
- Berhenti sebab diarah buat kerja yang di luar skop (membahayakan keselamatan)
ii. Korang kena penuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC) iaitu dah mencarum kepada SIP dengan bilangan bulan minimum pada tempoh masa yang ditetapkan.
Selain tu, PERKESO boleh latih dan bantu korang untuk dapatkan kerja baru. Tapi.... semua bantuan SIP ni tak boleh digunakan kalau:
- Korang letak jawatan secara sukarela
- Bersara wajib
- Korang dipecat sebab salah laku
- Kontrak korang tamat seperti yang dipersetujui dengan majikan
3. Waris akan terima duit SEUMUR HIDUP kalau korang meninggal dunia
Cam admin ada sebut tadi, takde sesiapa boleh expect masa depan. Benda cam kematian boleh berlaku bebile masa je, lebih-lebih lagi dalam pandemik Covid-19 ni. Nasib baik PERKESO ada bagi bantuan jugak lepas pencarum meninggal dunia.
Pada bulan Jun 2020, PERKESO ada bagi waris keluarga pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Qatar. Nak tahu camne PERKESO tolong?
Katakan korang meninggal dunia, waris akan dapat bantuan sebanyak RM2,000 dari PERKESO untuk ringankan beban keluarga dalam hal pengurusan mayat. Kalau jumlah sebenar pengurusan mayat lagi rendah, PERKESO akan ikut nilai tu.
Kalau korang ada orang tanggungan cam suami, isteri, anak, adik beradik atau ibubapa, diorang boleh dapat Faedah Orang Tanggungan dengan kadar 90% daripada gaji harian. Cuma, dia tertakluk kepada kadar minimum RM30 sampai maksimum RM118.50 sehari.
Waris korang pun boleh claim Pencen Penakat (Survivor’s Pension)...
Pencen ni ada terma dan syarat dia sendiri. Antaranya adalah:
- Pencarum meninggal dunia sebelum umur 60 tahun dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh/dikurangkan)
- Pencarum kena bayar selama 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum meninggal dunia
- Kelayakan jadi penuh/dikurangkan tu adalah bila pencarum hanya bayar 2/3 atau 1/3 je dari start caruman sampai lah meninggal dunia
- Pencarum meninggal dunia semasa terima Pencen llat tanpa kira umur
Kiranya, kalau pencarum tu baru start carum dalam 5 tahun camtu, kalau dia hanya bayar dalam 2/3 atau 1/3, benda tu akan affect berapa boleh claim pencen penakat tu.
Paling minimum pun akan dapat 50% dari gaji bulanan. Kalau pencarum aktif bayar setiap 12 bulan selepas 24 bulan yang pertama, akan tambah extra 1%. Paling tinggi pencarum boleh dapat adalah 66%!
Jadi, siapa je yang layak terima faedah ni?
i. Kalau korang dah kahwin...
Jenis Waris | Syer Kadar Harian | Keterangan |
---|---|---|
Balu/Duda | 3/5 | Layak terima faedah seumur hidup walau dah kahwin |
Anak |
2/5 |
|
ii. Kalau korang belum kahwin...
Jenis Waris | Syer Kadar Harian | Keterangan |
---|---|---|
Ibu Bapa | 4/10 | Layak terima faedah seumur hidup |
Adik Beradik
|
3/10 | Layak terima faedah sampai umur 21 tahun atau kahwin (mana lebih awal) |
Datuk atau Nenek | 4/10 | Layak terima faedah seumur hidup |
BACA JUGAK: Cecah Sampai RM3K, Rugi Tak Tuntut 9 Khairat Kematian Ni!
Jangan sia-siakan manfaat ni!
Walaupun ramai je nampak PERKESO kat slip gaji setiap bulan, tak semua sedar apa manfaat dia. Kami harap artikel ni bagi pencerahan pasal claim yang korang boleh buat dengan PERKESO. Kalau boleh claim, buat je. Lagipun yang korang claim tu semua duit sendiri jugak.
Sebab tu pentingnya check majikan buat caruman ke tak. Rugi betul kalau tak konsisten buat caruman, nanti sikit je dapat bila claim. If betul majikan tak bayar PERKESO, korang bawak bincang elok-elok. Ingatkan yang diorang boleh didenda RM5,000 bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 - baru mantul!
Untuk check, boleh ke laman web PERKESO ni (kena daftar untuk login kali pertama).
Selamat semak & buat claim!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: