Bagaimanakah Pemaju Perumahan Mendapatkan Dana Untuk Membina Rumah?

Updated 23 May 2016 – By Loanstreet


Dana yang diperlukan untuk membina pembangunan perumahan mungkin sangat besar. Jarang sekali terdapat pemaju yang boleh membiayai keseluruhan projek itu sendiri. Untuk mengekalkan kecairan kewangan, mereka sering memilih untuk dibiayai oleh pinjaman penyambung. Ini diikuti oleh pihak lain yang menyediakan pinjaman kepada pembeli rumah yang dikenali sebagai pembiayaan akhir. Jika anda tidak jelas tentang pinjaman penyambung dan pembiayaan akhir, sila teruskan membaca.

Apakah Itu Pinjaman Penyambung?

Pinjaman penyambung merupakan pinjaman pembiayaan jangka pendek yang digunakan oleh pihak pemaju untuk membiayai Kos Pembinaan Kasar atau Gross Construction Cost (GCC) mereka.

Pinjaman penyambung biasanya dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding pinjaman gadai janji tetapi lebih rendah daripada pembiayaan lain seperti kemudahan overdraf. Kadar faedah tersebut mencerminkan risiko tinggi yang dihadapi oleh pembiaya sekiranya pemaju gagal memenuhi obligasi kewangan mereka. Keadaan yang paling teruk berlaku apabila projek perumahan gagal menarik bilangan pembeli rumah yang mencukupi.

Walaupun kadar faedah pinjaman tersebut tinggi, pemaju terdesak untuk menerima tawaran pinjaman untuk mengisi jurang antara masa perjanjian jual beli itu ditandatangani dan apabila pembiayaan jangka panjang itu diterima.

Ini dapat memudahkan aliran tunai pemaju dalam tempoh pembinaan sementara menunggu aliran wang daripada pembeli akhir atau pembiaya akhir. Juga, skop projek biasanya melebihi beratus-ratusan juta dan pemaju biasanya tidak mempunyai kuasa modal yang mencukupi.

Apakah Itu Pembiayaan Akhir?

Institusi kewangan yang memberikan pinjaman penyambung kepada pemaju juga boleh menguruskan pembiayaan untuk bakal pembeli rumah. Pinjaman ini dikenali sebagai pembiayaan akhir. Hakikat bahawa institusi kewangan boleh memberi pinjaman kepada kedua-dua pemaju dan pembeli rumah boleh dilihat sebagai membunuh dua ekor burung dengan satu batu

Ini menggandakan jumlah pelanggan tetapi juga meningkatkan risiko kemungkiran oleh kedua-dua pihak. Risiko kemungkiran oleh mana-mana satu pihak boleh berjumlah besar, oleh itu institusi kewangan biasanya hanya menawarkan pinjaman untuk sebahagian daripada projek itu. Bakinya dibiayai oleh institusi kewangan lain.

Secara efektif, pembeli rumah hanya boleh meminjam wang daripada lebih daripada satu pembiaya akhir. Selain itu,pembiaya akhir yang berbeza boleh memberikan margin yang berbeza dan ini membuka ruang yang kompetitif kepada pilihan pengguna.

Bagaimana Pinjaman Tersebut Berkaitan Dengan Keseluruhan Pembinaan Rumah?

Pemaju bermula dengan memohon pinjaman penyambung daripada institusi kewangan. Permohonan ini disokong dengan pembentangan tentang pelan projek dan garis masa oleh pihak pemaju. Jika wajar dilaksanakan, institusi kewangan akan meluluskan pinjaman penyambung dengan kemudahan overdraf.

Dengan aliran masuk wang tunai ini, pemaju kini boleh meneruskan aktiviti pemasaran yang berkenaan. Jika pembeli berminat untuk membuat pembelian, Perjanjian S&P akan ditandatangani dan pemaju akan menerima wang pendahuluan sebanyak 10% daripada harga rumah.

Daripada itu, pemaju boleh memulakan pembinaan peringkat pertama. Pinjaman gadai gaji oleh pembeli rumah daripada pembiaya akhir akan disalurkan kepada pemaju mengikut peringkat pembinaan.

Kesimpulan

Pengetahuan dalam proses pembinaan rumah dapat memberi manfaat kepada anda supaya semasa berurusan dengan pemaju pada masa akan datang. Lagipun, pembelian projek terbiar boleh menjadi mimpi ngeri kepada anda! Jika anda telah mencari rumah yang anda ingin beli, jangan lupa untuk menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan kami untuk mendapatkan pinjaman perumahan yang terbaik di pasaran.

Teruskan Pembacaan...

Artikel Disarankan Untuk Anda

5 benda yang anda mungkin tak tahu pasal KWSP

5 benda yang anda mungkin tak tahu pasal KWSP

Monopoly dan wang: Pengajaran kewangan peribadi daripada permainan kegemaran keluarga

Monopoly dan wang: Pengajaran kewangan peribadi daripada permainan kegemaran keluarga

Ini segalanya yang anda perlu tahu mengenai penghantaran wang

Ini segalanya yang anda perlu tahu mengenai penghantaran wang