Pernah viral satu Malaysia dengan aksi ‘macam cantik je, macam comel je’, Syasya Sollero atau kini dikenali sebagai Asyalliee Ahmad sekali lagi berjaya membuka mata pengikut Instagram dengan perkembangan baru perihal kejayaan yang dimilikinya hari ini.
Ibu kepada dua anak ini turut tidak lokek berkongsi ‘rahsia’ kejayaan dan jatuh bangun dalam menceburi bidang perniagaan melalui laman Instagram miliknya.
“Nak makan pun pi minta dekat orang sana sini…”
Menjengah posting yang dimuat naik oleh Instafamous ini, dia dilihat throwback kembali mengenai kehidupannya sejurus sahaja mendirikan rumah tangga bersama suaminya. Tak seindah yang dibayangkan ramai, Asyalliee sebenarnya turut mempunyai pengalaman silam yang tak pernah dilihat oleh orang ramai.
Jelas tuan badan, semasa semasa mengandungkan anak sulung mereka terpaksa mengharapkan bantuan dan ihsan orang sekeliling untuk menjamah sedikit makanan ekoran tidak senang seperti sekarang.
Bukan pertama kali cerita mengenai suka duka dalam bidang perniagaan, Asyalliee Ahmad antara usahawan seringkali dijadikan inspirasi oleh para peniaga kecil-kecilan serta usahawan muda yang lain.
Habis tabung kena kopak!
Tak terhenti di situ, sedikit perkongsian ringkas mengenai hidupnya dulu sebelum pandai berniaga turut dikongsikan di IG story. Menerusi perkongsian itu, Asyalliee turut memberitahu bahawa dia bersama suaminya pernah merasai detik sukar sehingga terpaksa kopak wang simpanan dalam tabung.
Tabung berkenaan kemungkinan dijumpai semula disebabkan Asyalliee sekeluarga telah berpindah ke rumah baru dan masih dalam proses penyusunan serta penyimpanan barang.
Pernah cuba jual tudung, tapi tahan sebulan je
Seperti sedia maklum, sebelum dia menceburi bidang perniagaan kosmetik dan kecantikan, Asyalliee pernah mengeluarkan dan menjual tudung jenama sendiri iaitu Rossa Scarf.
Turut menunjukkan buku catatan lama bagi perniagaan tudungnya, Asyalliee akui terimbau kembali pengalaman berniaga buat pertama kali bersama suami. Untuk pengetahuan, perniagaan tudung tersebut terpaksa diberhentikan disebabkan mereka berdua telah ditipu oleh pihak pemborong tudung.
Nak berbisnes mesti kena ada ilmu
Akui belum cukup ilmu untuk melaksanakan perniagaan antara punca pasangan suami isteri ini gagal dalam bidang perniagaan pada peringkat awal. Asyalliee dan suami mencorak langkah dalam bidang bisnes dengan memasuki kelas dan belajar dengan lebih mendalam mengenai pengurusan perniagaan.
Turut tak lokek untuk berkongsi nasihat dan tips, Asyalliee terus menerus beri peringatan kepada para pengikutnya bahawa, untuk berjaya dalam bidang perniagaan, ilmu merupakan perkara asas yang paling penting dalam dunia tersebut.
Senang cerita, korang kena banyak belajar untuk lebih memahami dunia perniagaan dan strategi yang bagus untuk pasarkan produk korang kepada orang ramai
Mampu beri inspirasi kepada orang ramai
Walaupun sekadar perkongsian ringkas, tetapi ia mampu memberi impak terhadap orang ramai terutamanya pemilik small bisnes dan anak muda. Asyalliee turut dikenali kerana bukan sahaja pandai berbisnes, tetapi turut mempunyai bakat dalam bidang fashion, skill make-up professional dan juga kreativiti dalam menghasilkan video spontan.
Di ruangan komen pula, rata-rata memuji kecekalan suami isteri ini memastikan perniagaan mereka terus berkembang maju. Ramai yang menjadikan Asyalliee dan suaminya sebagai idola dan berharap agar dapat capai kejayaan seperti mereka berdua.
Ramai yang turut senang dengan kejayaan yang dimilikinya dan turun naik pasangan ini dapat dilihat menerusi perkongsian di laman sosial. Kini, mereka juga turut mencuba perniagaan baru berasaskan makanan untuk kembangkan potensi yang ada pada diri mereka.
Jadi betullah orang kata, setiap perkara yang dilakukan perlukan seiringkan ilmu di dada untuk pastikan diri sentiasa berkembang maju dan selangkah ke hadapan. Bayangkan tanpa ilmu yang cukup, ibarat korang berniaga tapi tak masyuk.
Modal asyik keluar tapi keuntungan tak memberikan kepuasan yang maksima.
Berkat dari kegagalan, titik peluh dan juga sokongan keluarga serta pengikut antara faktor-faktor kejayaan yang tidak boleh disangkal. Yelah, berniaga tapi takde orang yang support pun tak guna juga.
Bagi korang yang baru nak try berniaga, kena ingat yang bukannya sekali berjual terus dapat untung. Perlahan-lahan kayuh, baru nampak hasilnya. Try and error, untung dan rugi itu semua perkara biasa dalam berniaga.
Paling penting don’t give up!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.