Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

BY Team Loanstreet

Updated 28 Oct 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Korang berminat nak mulakan bisnes korang sendiri? Kalau korang nak tau, banyak yang korang kena plan sebelum korang masuk ke dunia perniagaan ni.  Bisnes bukan sekadar kena sediakan produk atau servis je, perancangan, modal, dan persediaan yang rapi tu semua main peranan penting untuk pastikan bisnes korang kekal bertahan lama.

 

Jadi, jom kita tengok langkah-langkah penting yang korang perlu buat sebelum korang start bisnes korang.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

1. Tentukan struktur sah perniagaan korang

 

Korang kena setkan jenis perniagaan yang korang nak tubuhkan. Samada perniagaan tunggal, perkongsian, syarikat ataupun swasta. Pastikan bisnes korang ni seiring dengan market sekarang. Bila korang dah tahu jenis perniagaan yang korang nak, barulah korang boleh rancang kewangan dengan lebih jelas. 

 

2. Sediakan rancangan perniagaan korang

 

 

Korang kena tetapkan matlamat dan goal korang sebelum mulakan bisnes. Bila dah setkan matlamat dan goal, barulah korang boleh fokus dalam menjalankan bisnes korang supaya goal korang tu tercapai. 

 

Korang kena tahu ke mana hala tuju bisnes, apa matlamat korang, dan macam mana nak capai semua tu. Dengan rancangan ni, korang boleh tahu berapa banyak modal yang diperlukan, siapa target pelanggan korang, dan apa strategi pemasaran yang korang nak guna. 

 

3. Belajar tentang syarat-syarat tertentu

 

Langkah seterusnya adalah untuk belajar tentang permit, lesen dan peraturan-peraturan untuk jenis perniagaan korang. Korang kena pastikan bisnes korang ada lesen yang sah, berdaftar dengan pihak berkuasa, dan ikut semua peraturan yang dah ditetapkan. Jangan lupa juga tentang cukai dan kawalan kewangan dalaman. Bila korang faham semua syarat ni, barulah senang nak teruskan bisnes dengan lancar dan elak masalah di kemudian hari.

 

4. Mencari nasihat dan menghadiri kelas tentang perniagaan

 

Yang penting jangan malu bertanya! Korang boleh minta nasihat dari pakar bisnes atau usahawan dalam bidang bisnes korang. Selain tu, korang boleh hadiri kelas-kelas macam perakaunan, pemasaran, atau pengurusan perniagaan supaya korang dapat lebih banyak pengetahuan. Banyak juga agensi kerajaan yang tawarkan bantuan pembiayaan atau latihan keusahawanan.

 

 

5. Membiayai perniagaan korang

 

Langkah ini merupakan salah satu langkah yang paling penting untuk memulakan perniagaan korang sebab korang kena pilih dan tentukan institusi kewangan yang mana korang nak buat pinjaman. Antara institusi yang korang boleh mohon adalah: 

 

  1. Rancangan kerajaan
     

Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan pelbagai jenis skim pembiayaan untuk membantu PKS untuk memulakan perniagaan mereka. Tabung Usahawan Siswazah (TUS) direkakan untuk memberi kemudahan kewangan khusus untuk graduan. 
 

Peruntukan tersebut bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai lepasan Universiti menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. SME Bank mempunyai TUS ini. Semua warganegara Malaysia yang telah menamatkan pengajian tidak melibihi 15 tahun dan tidak berumur melebihi 40 tahun berlayak untuk memohon Tabung Usahawan Siswazah ini. Graduan juga perlulah memiliki diploma yang diiktiraf oleh MQA.

 
  1. Membiayai dengan hutang
     

Satu lagi cara untuk biayai bisnes korang ialah dengan buat pinjaman. Pinjaman dari keluarga atau kawan-kawan biasanya lebih mudah sebab korang tak perlu bagi cagaran. Selain tu, terma dan syarat pun mungkin lebih fleksibel daripada yang ditawarkan oleh bank. Tapi, korang kena pandai settlekan dan uruskan pinjaman ni supaya tak timbul masalah dengan orang terdekat korang. 

 
  1. Pinjaman dari bank
     

Pinjaman dari bank mungkin lebih susah untuk bisnes baru dibandingkan dengan bisnes sedia ada. Sebabnya,  bank tidak mempunyai apa-apa rekod tentang perniagaan baru korang tu. Bank perlukan sebuah pelan perniagaan yang kukuh so korang kena yakinkan diorang yang bisnes korang boleh berjaya. 
 

Walaubagaimanapun, bank OCBC menawarkan permohonan yang senang dan mudah. Hal ini kerana mereka tidak memerlukan sebarang cagaran, penyata kewangan dan juga penyata bank. Bank OCBC juga menawarkan kadar faedah yang menarik dan membiayai dari RM 50,000 hingga RM 400,000.
 

  1. Pembiayaan Ekuiti
     

Pembiayaan ekuiti merupakan sejenis pinjaman di mana pelabur akan menjadi sebahagian pemilik bisnes korang itu. Proses ini boleh dibuat melalui modal teroka. Dengan modal teroka, perniagaan baru boleh mendapat modal yang besar dan ini tidak mungkin boleh didapati melalui pinjaman bank. 
 

Dana Usahawan Muda (YEF) merupakan sejenis modal teroka yang dikendalikan oleh bank SME. Calon itu haruslah berusia antara umur 18 hingga 30 tahun. Pemohon itu perlulah menyetai latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh bank SME jika dia tidak memiliki sijil keusahawanan atau sijil vokasional. Had pembiayaan minimum ialah RM 20,000 dan maksimum ialah RM 100,000 dengan kadar keuntungan efektif 5% setahun.

 

Sedia untuk mulakan perniagaan!

 

 

Bila semua dah settle, korang dah boleh mula bisnes korang! Pastikan semua dokumen penting dah siap, lesen dah dapat, akaun bank dah dibuka, dan modal dah cukup. Mula kecil dulu, then pantau aliran kewangan korang.

 

Jadi, dengan perancangan yang teliti dan usaha yang konsisten, korang dah ada semua panduan untuk mulakan perniagaan baru. Ingat, jangan takut untuk mencuba dan belajar dari kesilapan! 

 

Semoga berjaya!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

Baca Jugak:
 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia