Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak Beli Saham Twitter? Ni Caranya

BY Contributor-Majalah Labur

Updated 14 Jun 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Admin rasa korang semua mesti dah tahu yang Elon Musk dah beli Twitter, kan? Bagi Elon Musk, setakat harga USD44 bilion tu bukannya mahal sangat pun, yelah, orang terkaya kat dunialah katakan.

 

loanstreet-langkah-beli-saham-twitter

Sumber Imej: Forbes|The Real-Time Billionaires List

Agak-agaknya, berapa nilai kekayaan Elon Musk eh?

Setakat 30 April 2022, nilai kekayaan Elon Musk adalah sebanyak USD246 bilion. Hmm… kalau fikir balik, duit yang dikeluarkan untuk beli Twitter ni tak sampai separuh daripada nilai kekayaan beliau pun. Nak dijadikan cerita, lepas Elon Musk beli je syarikat Twitter, saham Twitter pun melonjak naik sampai 27% weyh.

Admin percaya, mesti ada antara korang yang nak terfikir nak ambik kesempatan ni untuk beli saham Twitter, kan? Yelah, baru beli dah naik 27%, kalau dalam jangka masa panjang, tak mustahil tau yang saham Twitter ni akan makin naik.

Persoalannya sekarang, camne nak beli saham Twitter ni? 

Okay, jom admin tunjukkan korang 5 langkah mudah ni:

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Buka akaun saham global

loanstreet-langkah-beli-saham-twitter

Sumber Imej: CGS-CIMB|Platform & Tools

Kita kat Malaysia ni, tak payah susahkan diri nak pergi oversea sana untuk buka akaun. Kat Malaysia, ada beberapa broker tempatan yang tawarkan platform untuk beli saham global.

Contoh broker tempatan yang membolehkan korang beli saham global adalah CGS-CIMB, BIMB Investment dan lain-lain.

Benda paling penting korang kena buat kalau nak buka akaun, korang kena pastikan yang korang ada mendaftar untuk akaun global. Dengan sekali login je, korang boleh beli saham dari overseas tau!


2. Semak laporan kewangan Twitter

loanstreet-langkah-beli-saham-twitter

Sumber Imej: Investing.com

Ni benda paling penting yang korang kena buat sebelum nak beli saham Twitter. Korang kena tengok saham ni sebagai satu perniagaan.

Korang kena check satu-satu samada syarikat ni ada perolehan yang baik ke, tengah untung ke atau tengah rugi. Selain tu, check sekali kalau syarikat ni ada aliran tunai yang baik.


Tips yang admin boleh share kat sini, korang cari 5 info kat bawah ni dalam laporan kewangan syarikat:

  • Perolehan (Revenue)

  • Keuntungan (Profit)

  • Aset (Asset)

  • Liabiliti (Liability

  • Ekuiti (Equity)

Mana nak cari maklumat-maklumat ini? Korang boleh rujuk kat Investing.com dan Yahoo Finance. Kalau korang rujuk kat platform lain pun, tak menjadi masalah.


3. Mula dengan modal yang betul

Sebenarnya, korang TAK PERLU pun keluarkan modal yang terlampau besar untuk beli saham Twitter.

Untuk pengetahuan korang, saham Twitter didagangkan melalui New York Stock Exchange. Sebab tulah korang kena pastikan yang korang cari nama saham Twitter kat pasaran yang betul kat trading platform yang korang guna.

loanstreet-langkah-beli-saham-twitter

Amaun yang korang nampak ni TAK TERMASUK kos lain macam kos brokerage. Korang kena faham yang modal yang korang guna untuk melabur ni asalnya daripada duit lebihan je dan duit yang korang laburkan ni jugak duit yang korang sanggup rugi. 

Adat melabur, ada masanya untung, ada masanya kita rugi, betul tak? Sebab tulah kalau korang nak melabur, korang kena ada ilmu pelaburan yang betul untuk elakkan kerugian yang sia-sia. 


4. Beli saham Twitter

loanstreet-langkah-beli-saham-twitter

Sumber Imej: Marca.com|Twitter stock price breaks rise record after Elon Musk's 3bn stake's buy

Bila korang dah buat kajian asas pasal saham Twitter dan tahu berapa unit saham Twitter yang korang nak beli, masukkan duit korang siap-siap ke dalam akaun CDS. Lepas korang dah masukkan dalam trust akaun, korang dah boleh mula cari saham Twitter dekat trading platform.

Berdasarkan apa yang admin jumpa dari CGS-CIMB, saham Twitter ni tak patuh syariah. Sebab tulah kalau korang guna akaun CDS Islamik, korang tak dapat beli saham Twitter ni.

So, kalau korang nka beli, korang kena pastikan dulu yang korang gunakan akan CDS konvensional.

Tapi korang jangan risau tau. Boleh jadi yang Status syariah saham Twitter mungkin berbeza kat platform lain sebab panel syariah setiap broker adalah berbeza-beza.

Misalnya, kalau korang nak refer kat panel syariah (pihak ketiga) macam Islamicly, pun  boleh juga. Korang boleh rujuk pada Dealer atau Remisier korang untuk pembelian saham secara offline.


5. Pantau prestasi pelaburan

loanstreet-langkah-beli-saham-twitter

Sumber Imej: Meme Creator 

Lepas dah berjaya beli saham Twitter, tak bermakna korang tak perlu buat apa-apa dah. Kami syorkan korang untuk terus pantau prestasi pelaburan korang. Pastikan korang ada trading plan untuk bantu korang bersedia dengan langkah yang patut korang buat bila ada naik turun harga saham.

Selain tu, admin ada satu lagi tips nak share dengan korang. Korang kena, peka dan rajin membaca berita atau sebarang sentimen yang berkaitan dengan Twitter. Sebarang berita positif atau negatif sebenarnya mempengaruhi naik turun harga saham sebab Twitter ni salah satu platform sosial media terbesar dunia tau.

So, jangan ambil ringan terhadap kesan berita terhadap harga saham Twitter kalau korang betul-betul nak pulangan pelaburan yang positif.

Ada ke antara korang yang dah beli saham Twitter ni? Mahsyuk ke? Jom share dan komen kat FB post kami.


 

*Artikel ini diolah semula dari artikel “5 Langkah Mudah Cara Orang Malaysia Membeli Saham Twitter” yang diterbitkan kali pertama di majalahlabur.com  Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Contributor-Majalah Labur



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024