Apa dia mekanisme Ar Rahnu kat Malaysia?
Di Malaysia, Ar Rahnu merupakan satu instrumen pinjaman mikro yang agak baru. Hanya emas dan barang kemas yang diperbuat daripada emas tanpa batu permata boleh digadaikan. Perkhidmatan ni boleh digunakan oleh sesiapa je, tak kisah lah warga tempatan tau asing, Muslim atau pun tak.
Peminjam mempunyai pilihan sama ada untuk membayar balik melalui sekali gus atau secara ansuran bulanan. Secara amnya, margin pembiayaan adalah dari minimum RM100 sehingga 60% hingga 70% daripada nilai emas. Caj simpanan yang dikenakan pulak adalah lebih kurang RM0.70 sen bagi setiap RM100 nilai emas yang dipajak, bergantung kepada setiap Ar Rahnu. Satu perkara yang korang kena ingat, kadar caj simpanan yang harus dibayar adalah tetap walaupun harga emas akan turun dan naik.
Tempoh pinjaman yang diberikan adalah 1 hingga 6 bulan. Kebiasaannya, Ar Rahnu bagi je kalau peminjam nak lanjutkan tempoh pinjaman sehingga 12 bulan. Jadinya, kalau peminjam tak mampu nak selesaikan jumlah pinjaman dalam tempoh 6 bulan, peminjam kena pergi balik ke Ar Rahnu tersebut dan memohon untuk lanjutkan tempoh pinjaman. Tapinya, sebelum lanjutkan tempoh pinjaman, caj simpanan selama 6 bulan tu kenalah kasi settle dulu.
Sekiranya peminjam masih tak dapat tebus balik barang gadaian lepas habis tempoh lanjutan pinjaman, barang gadaian tersebut akan dilelong dan sebarang lebihan daripada jumlah gadaian yang telah ditolak dari jumlah caj simpanan akan dikembalikan semula kepada peminjam.
Ni tips untuk peminjam, lagi cepat barang gadaian ditebus, lagi sikit jumlah caj simpanan yang harus dibayar. Tengok pengiraan ni kalau masih kurang faham.
Caj simpanan sebulan: RM0.70
RM0.70 x 6 bulan = RM4.20
Tapi, kalau korang lanjutkan tempoh pinjaman sampai 12 bulan, caj yang dikenakan pun akan lagi banyaklah.
RM0.70 x 12 bulan = RM8.40
Kat mana nak dapatkan perkhidmatan Ar Rahnu?
Di Malaysia, terdapat dua jenis ejen yang menawarkan kemudahan Ar Rahnu:
Bank/DFI | Institusi Kewangan Lain |
---|---|
Bank Rakyat | Pos Malaysia Ar Rahnu |
Agrobank | Koperasi Tentera |
Bank Muamalat | YAPEIM |
Bank Islam | Permodalan Kelantan Berhad |
Tekun Nasional | |
Ar Rahnu X’Change |
Apa pulak kelebihan Ar Rahnu ni?
Apa yang membuatkan Ar Rahnu ni berbeza dari pajak gadai konvensional dan pinjaman peribadi tak bercagar adalah:
1. Tiada faedah (riba) yang terlibat
Faedah (riba) adalah dilarang dalam Islam. Hanya yuran penyimpanan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian akan dikenakan pada barang yang dicagarkan.2. Barang gadaian akan berada dalam keadaan yang sama seperti sebelumnya
Apabila barang gadaian ditebus, tak akan berlaku masalah seperti rantai emas lebih pendek atau lebih ringan, di mana kadang-kadang boleh berlaku pada kedai pajak gadai konvensional.3. Notis Lelong
Jika peminjam tak dapat membayar balik hutang, mereka akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum barang pajak gadai mereka dilelong.4. Lebihan akan dikembalikan
Jika harga jualan melebihi baki hutang, lebihan tersebut akan dikembalikan kepada peminjam.5. Nilai pajak gadai yang munasabah
Walaupun Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 tak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai barang gadaian, peminjam masih boleh mengharapkan nilai pajak gadai yang munasabah daripada ejen Ar Rahnu.
Jadinya...
...kalau korang tengah cari pinjaman jangka pendek dan korang mempunyai barang kemas emas, bolehlah pertimbangkan Ar Rahnu ni sebagai alternatif. Bukan tu je, Ar Rahnu ni sebenarnya lagi murah dari pinjaman peribadi. Kalau masih kurang pasti, gunakan alat perbandingan pinjaman peribadi untuk ketahui pinjaman paling sesuai untuk korang. Baca Ni Pulak: