Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Insurans Hayat: 5 Komponen Utama

BY Team Loanstreet

Updated 20 Jan 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Bagi kebanyankan orang yang pernah membeli insurans hayat atau planuntuk membeli insurans hayat, korang mesti rasa produk ni susah nak faham kan? Penjelasan yang diberi oleh insurans ejen pula kurang memuaskan.

 

Jika korang still keliru dengan insurans hayat, jangan risau! 

 

Hari ini, kami akan menjelaskan komponen utama insurans hayat. Panduan ni sesuai untuk korang yang baru nak belajar pasal insurans atau yang dah pro sekalipun.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

1. Kos Insurans (COI)

 

Kos insurans adalah kos yang perlu ditanggung oleh syarikat insurans untuk menginsuranskan korang. Time korang membayar premium, bahagian premium yang digunakan untuk membayar kos insurans akan “hilang”(sebagai pendapatan syarikat insurans)

 

Kos insurans ni akan naik ikut umur korang. Sebab apa? Sebab makin tua, risiko kematian makin tinggi, so kos pun makin mahal.

 

2. Premium

 

Premium adalah wang perlu dibayar supaya insurans korang berfungsi. Apabila korang membayar premium, premium akan diperuntukkan ke dalam beberapa bahagian lain( bayaran admin, komisyen, kos insurans, nilai tunai).

 

Walaupun kos insurans akan bertambah mengikuti masa, premium korang tak semestinya akan naik sekali. Cara premium korangdikira berdasarkan kepada jadual bayaran korang.

 

Terdapat tiga jenis jadual bayaran:

 

a. Premium Dilunaskan

 

Jenis bayaran yang paling umum adalah bayaran lunas. Dengan bayaran ini, korang akan membayar jumlah yang tetap setiap bulan untuk memastikan insurans korang berfungsi. Bayaran ini direka supaya insurans itu mudah untuk diramalkan.

 

Pada permulaan, premium yang dibayar lebih tinggi daripada kos insurans. Segala premium yang korang terlebih bayar akan diperuntukkan ke dalam nilai tunai insurans itu. Semakin meningkat umur korang nanti, kos insurans akan terus bertambah dan akhirnya lebih daripada premium. Apabila situasi itu berlaku, sebahagin nilai tunai akan digunakan untuk membayar balik perbezaan antara kos insurans dan premium.

 

Satu konsep yang lebih mudah untuk korang faham ialah time muda korang bayar lebih untuk dipinjam kepada orang lain. Kemudian, bila makin meningkat usia, korang akan kumpul balik keuntungan. 

 

b. Satu Kali Pembayaran

Satu kali pembayaran membayar semua premium sekali gus pada awal bulan dan tanpa membayar premium setiap bulan.

 

Jadual bayaran ini umum antara MRTA’s.

 

c. Kos per Insurans

 

Jumlah premium yang perlu dibayar akan mengikuti kos insurans. Dengan jadual pembayaran ini, bayaran terlebih banyak atau underpaid tidak mungkin berlaku.

Jadual pembayaran ini diimplement oleh online syarikat insurans terutamanya produk insurans yang lebih baru.

 

3. Perlindungan Insurans

 

Perlindungan insurans merupakan jumlah wang yang korang akan dapat kalau membuat tuntutan insurans. Jumlah perlindungan akan bertambah jika nilai tunai yang dikumpul berlebihan daripada perlindungan insurans.

 

Terdapat dua jenis perlindungan insurans:

 

a. Perlidungan kekal

Dengan perlindungan kekal, jumlah perlindungan insuran yang korang nikmati akan tetap sama. (Sometimes, perlindungan insurans akan bertambah, tetapi ia tidak akan berkurang).

 

Kebanyakan insurans hayat menggunakan perlindungan kekal.

 

b. Perlindungan Berkurangan

Dengan perlindugan berkurangan, jumlah perlindungan insurans akan berkurang mengikuti masa sehingga ia menjadi kosong pada masa kematangan.  Secara keseluruhannya, walaupun kos insurans akan menjadi murah mengikuti masa, tetapi perlindugan insurans juga akan berkurang sekali. 

 

4. Nilai Tunai/ Penjimatan

 

Nilai tunai adalah jumlah yang terkumpul dalam dasar insurans semasa kamu membayar premium yang lebih tinggi daripada kos insurans. Nilai tunai dapat digunakan untuk beberapa tujuan:

 

  1. Nilai Serahan( Jumlah yang korang kaan dapat kalau korang menamatkan insurans awal)

  2. Menambah perlindungan insurans

  3. Membayar premium

  4. Mengeluarkan nilai tunai sebagai wang


Insurans yang tertentu akan mengumpul nilai tunai lebih cepat daripada insurans lain( Dijual sebagai Dasar Penjimatan/ Endowmen). Dasar insurans yang lain tidak mengumpul nilai tunai. Korang kena ingat yang segala komponen berjimat telah termasuki dalam premium korang.

 

5. Ciri-ciri dibundel/ rider

 

Rider ni kira macam add-on untuk insurans korang. Contoh paling biasa ialah perlindungan penyakit kritikal (kanser, serangan jantung, dll). Tapi kena check betul-betul, sebab setiap rider ada syarat berbeza.

 

Apa langkah seterusnya? 

 

 

Dah baca sampai sini? Kalau dah, korang sekarang mesti dah faham asas insurans hayat. 

 

Dengan pengetahuan ni, korang boleh buat keputusan yang lebih bijak bila pilih polisi insurans yang sesuai dengan keperluan. Ingat, walaupun insurans ni penting, pastikan korang faham setiap bahagian dalam polisi untuk elakkan sebarang kekeliruan di masa depan.

 

Dan jangan lupa, kalau korang nak renew insurans kereta atau motor dengan cepat dan mudah, check out laman insurans kami. Korang boleh dapat sebut harga percuma dan buat pembelian secara online.. 

 

Mudah, kan? 

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Tiga Tanggapan Salah Umum Tentang Takaful

3 Tanggapan Salah Umum Tentang Takaful

Perbezaan Antara Takaful dan Insurans Konvensional

Perbezaan Antara Takaful dan Insurans Konvensional

Fikir Dua Kali Sebelum Abaikan Insuran Hayat

Fikir Dua Kali Sebelum Abaikan Insuran Hayat