Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3): Cara Pemindahan dan Pengeluaran

BY Nisa Afiqah

Updated 31 May 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.


Korang mesti dah dengar desas-desus pasal Akaun KWSP yang terbaru ni kan? Akaun Fleksibel atau lebih mesra dikenali sebagai Akaun 3 ni adalah akaun yang disediakan khas untuk korang yang berumur 55 tahun dan ke bawah. Apa yang specialnya pasal Akaun 3 ni, korang boleh keluarkan simpanan korang sebanyak RM 50 hinggan RM 250 sehari bila-bila korang nak. Walaupun Akaun 3 korang tu start dari RM 0, korang boleh pindahkan simpanan korang yang dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) masuk ke Akaun Fleksibel (Akaun 3).

Nak buat pindahan simpanan ke Akaun Fleksibel ni senang jer, korang tak payah nak pegi pejabat KWSP pun. Sekarang kan semua di hujung jari, meh admin tunjukkan macam mana korang boleh buat pindahan secara online. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Sebelum kita start, jom tengok apa beza antara ketiga-tiga akaun simpanan ni:

 
Jenis Akaun Tujuan Kadar Agihan Akses
Akaun Persaraan
(Akaun 1)
Simpanan untuk bersara 75% Hanya boleh dikeluarkan bila dah capai umur untuk bersara
Akaun Sejahtera
(Akaun 2)
Lebih fleksibel kepada keperluan khas 15%
Boleh dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu (tertakluk terma & syarat) seperti:
  • Bayar rumah
  • Kos pendidikan
  • Kos perubatan
  • Perlindungan insurans & takaful
  • Haji
Akaun Fleksibel
(Akaun 3)
Fleksibel sepenuhnya 10% Korang boleh keluarkan bila-bila masa dengan had RM 250 sehari.


Okay settle, sekarang jom tengok macam mana nak transfer simpanan korang dari Akaun 2 ke Akaun 3 secara online!


Korang ada dua cara untuk pindahkan duit simpanan korang ke Akaun Fleksibel (Akaun 3), sama ada secara online ataupun korang boleh pergi sendiri ke Self-service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan.Tapi, buat apa kita nak bersusah-payah beratur panjang dekat KWSP tu kalau dah boleh buat online kat rumah kan?

Guna je apps  KWSP i-Akaun , korang boleh download apps ni dekat Huawei App Gallery, Google Play Store, ataupun Apple App Store

[PENTING!] Pastikan korang dah mendaftar untuk i-Akaun. Kalau belum, korang kena lalui proses eKYC, korang kena scan kad pengenalan, buat pengesahan TAC, dan ambil selfie.

Ini tutorial yang EPF sediakan:

Sumber imej: kwsp.gov

 
  1. Login i-Akaun: Isi maklumat korang untuk login masuk ke i-Akaun. Korang boleh pilih sama ada nak guna app atau pun website KWSP.

  2. Pergi ke Pindahan Akaun: Pergi ke page Pindahan Akaun.

  3. Pilih Jumlah Pindahan: Pilih berapa banyak yang korang nak transfer ke Akaun 3

  4. Sahkan Pindahan: Cek balik detail sebelum sahkan pindahan korang.


“ Berapa banyak boleh transfer masuk Akaun 3 tu?”


Cerita dia macamni, korang boleh transfer seberapa banyak yang korang nak dari Akaun 2 ke Akaun 3, tapi ada limit dia. Korang hanya boleh pindahkan 10/30 daripada baki dalam Akaun 2.

Korang boleh tengok contoh yang EPF dah bagi kat bawah ni untuk paham lebih lanjut: 

Sumber imej: kwsp.gov


“ Benda ni Wajib ke? Boleh ke kalau tak nak transfer?”


Takdelah sampai wajib, kalau korang rasa tak nak transfer simpanan korang tu, tak payah transfer pun takpe. Balance duit simpanan korang tu akan kekal dalam akaun masing-masing. Cumanya, berjanggut lah korang kena tunggu sebelum dapat pegang duit tu. 

Apa-apa pun, pilihan di tangan masing-masing ya!


Okay, untuk korang yang excited nak transfer tu ingat ni, EPF bukak peluang ni dari 12 Mei sampai 31 Ogos 2024 sahaja tau! So, korang jangan tangguh-tangguh! Lagi satu, once korang dah transfer, duit tu tak boleh patah balik. So, pikir masak-masak dulu before buat keputusan.

Bonus: Kalau korang decide untuk proceed, permohonan korang tu akan ambil masa dalam 3-5 hari bekerja.

Kacang, kan?

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 


Baca Jugak:


 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisa Afiqah

Nisa Afiqah ialah seorang intern di Finology. Dia kini sedang mendalami dunia penulisan di bawah bimbingan mentornya yang berpengalaman. Kalau kena dengan topik yang dia minat, dia boleh berbual tanpa henti!

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Budi Madani: Korang Boleh Dapatkan RM 200 Sebulan untuk Diesel

Budi Madani: Korang Boleh Dapatkan RM 200 Sebulan untuk Diesel

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)