Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Korang Boleh Ditangkap Sebab Main Kutu. Biar Betul?

BY Hakimie Amrie

Updated 06 Dec 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Jangan salah anggap pulak, ni bukan kutu kepala tapi kutu duit - satu jenis money game yang femes dalam kalangan masyarakat melayu khususnya kaum wanita. Cuba tanya mak korang, konfirm pernah main kutu jugak. Entah-entah, ada yang tengah main (maklumlah nak tambah pendapatan waktu COVID-19 ni). 

Sebenarnya, main kutu ni dicipta sebab dulu-dulu orang susah nak ke bank, terutamanya yang duduk jauh di kampung, jadinya permainan kutu ni direka sebagai satu skim menabung kumpulan untuk bantu diorang urus dan simpan duit secara berkumpulan. 

Walaupun zaman makin moden, permainan kutu duit ni masih tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek zaman. Macam-macam bentuk kutu moden dah ada, contohnya skim kutu online.

Tapi, korang tau tak yang sebenarnya main kutu ni merupakan satu kesalahan? Korang boleh ditangkap dan didenda sekiranya terlibat dengan permainan makcik-makcik ni. 

Okay, sebelum admin terangkan kenapa main kutu ni salah, ada baiknya kalau korang faham dulu konsep permainan, tarikan, jenis kutu dan keburukan permainan ni sehingga diharamkan oleh gomen. Jom!

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Camne cara main kutu?

Penafian: Admin bukan nak ajar korang cara main kutu, just nak tunjuk konsep permainan ni dan kenapa ia diharamkan. 



Permainan kutu ni melibatkan sekumpulan kecil orang yang dah berpakat nak menabung duit secara berkumpulan. Disebabkan permainan ni tak de peraturan tetap, jadi tak kisah sebenarnya korang nak main dengan berapa ramai sekali pun, terpulang kepada berapa orang korang nak ajak. 

Lepas korang dah tetapkan berapa pemain yang akan sertai kumpulan kutu korang, korang kena tetapkan pulak amaun kutipan yang diberikan mengikut giliran. Jumlah kutipan akan diberikan kat setiap pemain kutu mengikut sistem giliran yang ditentukan melalui cabut undi

Bagi menyenangkan proses kutipan dan pembahagian duit kutu, seorang ‘ibu kutu’ akan dipilih sebagai bendahari yang akan uruskan kutipan dan agihan duit kutu kat setiap pemain. 

Bagi tempoh masa permainan kutu ni pulak, makin ramai pemain, makin lama tempoh masa permainan tersebut sebab setiap orang perlu tunggu giliran masing-masing untuk dapat duit kutu. Permainan ni cuma akan tamat lepas pemain giliran terakhir dapat duit dia. Tak kisah sebenarnya korang nak main berapa lama cuma selalunya orang main ikut bulan. 

Katakanlah korang main dengan 8 orang, dan jumlah kutipan adalah RM200 sebulan, korang boleh dapat RM1,600 senang-senang je. 

Contoh kiraan:
RM200 x 8 bulan = RM1,600 (setiap bulan 1 ahli akan terima jumlah kutipan)

 

2. Apa bestnya main kutu ni?

 

Kalau korang perasan, permainan kutu ni lebih kurang buat pinjaman dengan orang terdekat tanpa sebarang faedah dan syarat. Apa yang korang perlu bayar secara ansuran adalah sama dengan jumlah yang korang terima. Kat sini, korang boleh jimat sebab tak perlu bayar faedah .

Selain dapat elak dari kena bayar faedah, main kutu ni merupakan taktik cepat untuk korang dapat jumlah duit yang banyak dalam tempoh yang singkat atau nak dapat kan barang yang mahal macam tupperware dan airfryer. Jadinya, kalau korang rasa-rasa macam nak merasa guna barang mahal atau tengah terdesak nak pakai duit time tu, boleh lah main kutu. 

Mana-mana yang liat nak menabung dan nak simpan duit pun boleh gunakan permainan kutu ni. Dari paksa diri menyimpan sorang-sorang, korang boleh gunakan kawan-kawan korang unutk bantu korang menyimpan dengan lebih rajin. Dengan sistem kutu ni, ia akan paksa korang berdisiplin dalam menyimpan duit ikut jangka masa permainan korang. Takde lah korang sekejap simpan sekejap korek tabung.

 

3. Eh, boleh main kutu versi moden lah



Hebat tak hebat permainan kutu ni, sampai ada upgraded version. Korang tau tak yang boleh main sorang-sorang? Dari korang tercari-cari ahli kutu yang sesuai untuk sertai geng kutu, boleh main kutu dengan diri sendiri melalui Maybank 2U - Flexi Saver Plan

Pastikan korang ada akaun simpanan peribadi Maybank. Apa yang korang perlu buat hanyalah setup akaun korang tu kepada Flexi Saver Plan dan tetapkan jumlah duit kutu yang akan diberi setiap bulan dan jangka masa permainan kutu - 12 hingga 60 bulan. 

Contoh kiraan:
Katakan bayaran bulanan korang RM100 dan tempoh masa permainan adalah setahun, RM100 / 12 bulan = RM1,200

Jadinya, selepas cukup tempoh 12 bulan, sebanyak RM1,200 akan dikreditkan semula ke akaun korang. 

Dengan Flexi Saver Plan, Maybank akan tolak siap-siap duit kutu korang secara bulanan dan cuma akan masukkan semula bila sampai waktu matang duit kutu. Mudah kan?

 

4. Main kutu ni satu kesalahan



“Tapi, kalau dah best sangat main kutu ni kenapa boleh diharamkan pulak oleh gomen?” 

Main kutu jadi kesalahan sebab potensi korang untuk ditipu dengan permainan kutu ni tinggi. Dah banyak kali kita dengar, lepas dah dapat duit ahli kutu lesap macam tu je.

Salah satu kes femes kena tipu waktu main kutu adalah bila seorang ahli kutu ni join lepas nampak posting ibu kutu kat Facebook. Setiap bulan, dia akan bayar RM110 dan sepatutnya dapat mesin pengadun kek yang berharga RM600. Bila ahli kutu ni buat report polis, suami ibu kutu ni siap ugut akan pukul kalau tak padam balik posting tersebut. Rupanya, ramai mangsa dia yang dah ditipu.

Benda-benda tak jujur dan tamak macam ni lah yang menyebabkan gomen buat keputusan untuk haramkan permainan kutu ni. Dia bukan tak boleh main kutu, takde masalah pun kalau kenal dan rapat dengan semua ahli - sah je kalau ikut Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Cuma, yang TAK BOLEH adalah bila korang promote dan ajak main kutu ni kat khalayak ramai (Facebook lagi lah!). Ibu kutu pun tak boleh kaut untung dari bayaran ansuran bulanan ahli kutu atau mintak yuran keahlian.  

Mengikut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, permainan kutu ni adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dipenjara tak lebih 10 tahun atau didenda tak lebih RM500,00 atau kedua-duanya sekali. 

Bukan sebab takut ditipu je, permainan kutu ni jugak tak diiktiraf sebenarnya oleh Bank Negara Malaysia. Sebabnya, apa-apa jenis aktiviti yang melibatkan pengumpulan duit dari orang awam sebenarnya kena ada lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan agensi-agensi lain. Tanpa lesen, aktiviti main kutu ni sepatutnya tak boleh dijalankan. 

Cuba korang bayangkan, sudah lah korang putih mata duit kena bawak lari, tapi nak ambil tindakan undang-undang pulak tak boleh sebab takut korang didenda sekali. Kan susah macam tu?

 

Admin dah pesan, kalau kena tangkap pandai-pandai tanggung sendiri

Bukan apa, bab duit ni sape-sape je boleh gelap mata, even orang yang paling rapat dengan kita. Tapi, kalau betul korang nak menyimpan atau nak guna banyak duit, ada banyak lagi cara yang jauh selamat tanpa buat korang risikokan duit korang.  

Contohnya, main kutu guna Maybank ataupun korang boleh buat pinjaman peribadi kalau korang betul-betul perlukan duit banyak. Korang boleh check kat sini kalau nak tau pinjaman peribadi yang mana paling sesuai dengan status kewangan korang. 

Akhir sekali, admin cuma nak ingatkan, kita ni kalau berhutang, tak kisah lah berhutang dengan cara apa sekali pun, kenalah bayar. 
 

BACA JUGAK: 

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Hakimie Amrie



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia