Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Senarai Buffet Ramadan 2025 Bawah RM100 (Lembah Klang)

BY Team Loanstreet

Updated 04 Mar 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Setiap kali bulan Ramadan, benda paling excited waktu berpuasa adalah menu berbuka puasa. Ya lah, dah satu hari tahan lapar dan dahaga, mesti sibuk fikir pasal menu makanan pastu tercari-carilah tempat menarik, sedap dan paling penting murah, kan?

Kalau korang nak enjoy  buffet Ramadan tapi masih dalam bajet, ni  admin list kan 12 tempat yang semuanya bawah harga RM100 je!


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1.  Summit Hotel Subang USJ

 

 

Orang-orang Subang mesti pernah dengar Summit Hotel! Berada betul-betul dekat dengan simpang Lebuhraya KESAS dan Persiaran Kewajipan, mudah je nak jumpa. Dan tahu tak apa? Untuk meriahkan Ramadan 2025, diorang buat "Iftar Di Teratak Bonda" - buffet sebulan penuh!
 

Tarikh: 3 - 28 Mac 2025

Harga

  • Harga Early Bird (Pembelian dari 3 - 6 Mac)

    • Dewasa: RM88

    • Warga Emas: RM78

    • Kanak-kanak: RM48

  • Harga normal

    • Dewasa: RM108

    • Warga Emas: RM98

    • Kanak-kanak: RM58
       

2. Astana Putra UPM 

 


Korang tengah dalam mood nak makan masakan ala-ala kampung? Datanglah berbuka di buffet Kampong Bang Jamil. Ada lebih 100 juadah disediakan, didampingi dengan persembahan kugiran secara live! Tunggu apa lagi? Tempah sekarang.
 

Tarikh: 03 - 28 Mac 2025

Harga:

Harga Early Bird (12 Feb - 12 Mac):

  • Dewasa & Warga Emas: RM49.90 

  • Kanak-kanak: RM24.90 

Normal Price:

  • Isnin-Khamis

    • Dewasa: RM57.70

    • Kanka-kanak: RM27.70 

  • Jumaat-Ahad

    • Dewasa: RM62.70

    • Kanak-kanak: RM29.70
       

3.  Grand Barakah Hotel Ampang

 

 

Grand Barakah Hotel Ampang mengalu-alukan kedatangan korang untuk join bufet Ramadan 2025! Ia akan diadakan dari 01Mac 2025hingga 29 Mac 2025, di Dewan Perdana Cenderawasih dan Dewan Teratai. 
 

Tarikh: 01 - 29 Mac 2025

Harga:

  • Harga Early Bird

    • Dewasa: RM98

    • Warga Emas: RM78

    • Kanak-kanak: RM58

  • Harga normal 

    • Dewasa: RM138

    • Warga Emas: RM98

    • Kanak-kanak: RM78

 

4. Tim’s Tea House 

 


Nikmati bufet Ramadan makan sepuasnya di Tim’s Tea House dengan pelbagai hidangan lazat dalam suasana yang selesa. Tempah awal untuk nikmati harga diskaun!

Tarikh: 04 – 27 Mac 2025


Harga:

  • Harga Early Bird (Sehingga 28 Feb)

    • Dewasa: RM89

    • Kanak-kanak: RM69

  • Harga normal

    • Dewasa: RM99

    • Kanak-kanak: RM69
       

5. The Avenoir, Putrajaya

 

 

Jom berbuka puasa dengan buffet Ramadhan di The Avenoir Putrajaya! Pelbagai hidangan lazat menanti, sesuai untuk korang nikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.

Tarikh: 03 - 28 Mac 2025


Harga:

  • Dewasa: RM79.90

  • Warga Emas/OKU: RM59.90

  • Kanak-kanak: RM39.90

Tawaran Istimewa: Beli 10, Percuma 1!

 

6.  Silka Hotel Cheras

 


Kalau korang teringin nak makan masakan Melayu tradisional, worry not! Sebab Silka ada sediakan masakan Malaysia di buffet iftar “Santapan Warisan”  yang best giler!! Rasai citarasa Malaysia di Silka Hotel.
 

Tarikh: 3 -  28 Mac 2025

Hari: Khamis hingga Ahad & Cuti Umum


Harga:

  • Harga normal

    • Dewasa: RM98 

    • Warga Emas: RM85 

    • Kanak-kanak: RM75 

  • Harga Early Bird (1 – 28 Februari 2025):

    • Dewasa: RM88 

    • Warga Emas: RM75 
       

7.  Royal Mustika Ballroom

 


So, korang dah tahu ke nak makan mana? Tapi takpe sebab kami ada banyak lagi suggestion untuk korang. Contohnya, Royal Mustika. Royal Mustika ni ada semua yang korang nak! Diorang ada lebih dari 40 hidangan sedap setiap hari tau!

Tarikh: 06 - 28 Mac 2025


Harga

  • Harga Early Bird

    • Dewasa: RM60

    • Warga Emas: RM50

    • Kanak-kanak: RM40
       

8. Hotel De Palma

 


Panggilan kepada semua penduduk Shah Alam yang teringin makan buffet Ramadan! Korang kena serbu De Palma Hotel Shah Alam bulan puasa ni, sebab diorang akan buat buffet Ramadan pada bulan puasa ni!4.

Tarikh: 02 - 29 Mac 2025


Harga:

  • Harga Early Bird (sehingga 28 Feb)

    • Dewasa: RM80

  • Normal price

    • Dewasa: RM95

    • Warga Emas RM65

    • Kanak-kanak: RM55 
       

9. Bespoke Hotel Puchong

 


Upgrade pengalaman berbuka puasa korang dengan "Warna-warni Ramadan" Buka Puasa Dinner Buffet di Bespoke Hotel Puchong. Jom isi perut dengan hidangan yang mengancam selera termasuk daging salai istimewa dan kambing golek yang menggiurkan, semuanya sambil menikmati pemandangan indah langit-langit Puchong!


Menu 1 (03 - 15 Mac 2025)
 

  • Harga Early Bird (sehingga 25 Feb):

    • Adult: RM89

  • Harga normal:

    • Dewasa: RM99.90

    • Warga Emas: RM79.90

    • Kanak-kanak: RM49.90

  • Korporat Kumpulan (Min. 20 pax): RM89.00
     

Menu 2 (17 March - 28 March 2025)
 

  • Harga Early Bird (sehingga 25 Feb)

    • Dewasa: RM99

  • Harga normal:

    • Dewasa: RM109.90 

    • Warga Emas RM89.90 

    • Kanak-kanak: RM59.90

  • Korporat Kumpulan (Min. 20 pax): RM99.00
     

10.  Nexus Regency Suites

 


"Kalau perut kenyang, semua orang happy," gitu kata orang kan? Jom berbuka puasa sama-sama kat Nexus Regency Suites & Hotel dengan pelbagai hidangan sedap. Buffet makan sepuas hati, so makanlah sampai puas dan pastikan perut kenyang!


Tarikh: 04-29 March 2025
Harga

  • Harga Early Bird (sehingga 26 Feb)

    • Dewasa: RM78

  • Harga normal:

    • Dewasa: RM88

    • Warga Emas: RM70

    • Kanak-kanak: RM44

 

Ada tak lagi tempat buffet Ramadan yang tak cekik darah?


Menikmati makanan yang menyelerakan tak semestinya perlukan perbelanjaan yang banyak. Apa yang penting korang kena bijak dalam berbelanja dan menguruskan duit.

 

Share lah artikel ni dengan kawan-kawan atau sedara-mara. Kalau ada mana-mana tempat yang ada offer, share lah dengan kami di ruangan komen Facebook.

 

Selamat berbuka!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK: 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

7 Cara Korang Boleh Jimat Duit Beli/Renew Insurans Kereta

7 Cara Korang Boleh Jimat Duit Beli/Renew Insurans Kereta

5 Perkara Yang Ramai Tak Tahu Boleh Bayar Online Je

5 Perkara Yang Ramai Tak Tahu Boleh Bayar Online Je