Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bajet 2022: Diskaun PTPTN, Pengecualian CKHT, Pelepasan Cukai & Banyak Lagi!

BY Nisya Aziz & Nor Aziah

Updated 01 Nov 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini telah diterjemah dari “Budget 2022: Discounted PTPTN Repayment, RPGT Exemption, Tax Relief & More” oleh Nor Aziah
.

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ untuk Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan jumlah tertinggi setakat ini iaitu sebanyak RM332.1 bilion (bn). Jumlah ni 3% lebih tinggi berbanding bajet tahun lepas.

Bajet yang dibentang oleh Menteri Kewangan kita tu menyasarkan peningkatan dalam pemulihan masyarakat dan sektor perniagaan yang terjejas teruk (lebih lagi) disebabkan oleh virus kecik Covid-19.

Mesti ada antara korang yang tertanya-tanya, “Eh, yeke ni?”.

Kalau korang tak sempat nak tengok pembentangan Bajet 2022 haritu, ni ringkasan penting yang korang wajib ambik tahu:

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), skim bantuan kewangan yang lebih baik

  • Isi rumah dengan pendapatan bulanan kurang dari RM2,500 dan mempunyai 3 orang anak atau lebih akan dapat bantuan RM2,000.
  • Ibu bapa tunggal yang berpendapatan bulanan sehingga RM5,000 akan terima wang tambahan RM500.
  • Isi rumah warga emas akan diberikan wang tambahan RM300.
 

2. RM150 e-dompet akan dikreditkan melalui Program eStart

Melalui eStart, remaja berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa IPT, akan dikreditkan RM150 secara one-off melalui akaun e-wallet masing-masing. Details  e-wallet mana yang akan join program ni masih belum dikeluarkan lagi.

BACA JUGAK: e-Wallet Mana Paling Best Kat Malaysia? Tengok Showdown Ni!
 

3. Diskaun bayaran balik PTPTN

Bermula 1 November 2021 hingga 31 April 2022, gomen kita akan bagi diskaun sebanyak:

  • 15% bagi yang nak buat penyelesaian penuh hutang.
  • 12% bagi yang nak bayar 50% melebihi baki hutang dalam satu bayaran.
  • 10% bagi yang nak buat bayaran balik melalui potongan gaji/debit mengikut jadual.
 

BACA JUGAK: Akibat Buruk Jika Enggan Membayar Balik Pinjaman PTPTN


4. Lagi pengecualian cukai jualan & perkhidmatan kenderaan (SST)

Asalnya pengecualian ni dijadualkan tamat 31 Disember 2020, sebelum ni pengecualian SST dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021, lepastu 31 Disember 2021,  sekarang dilanjutkan lagi sampai 30 Jun 2022.

  • 100% untuk kereta pemasangan tempatan (CKD)
  • 50% untuk kenderaan yang diimport (CBU)


5. 100% pengecualian roadtax untuk golongan OKU dan EV (kenderaan elektrik)

  • Bermula 2022, gomen korang dah setuju untuk tanggung sepenuhnya kos Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk semua kenderaan persendirian milik orang kurang upaya (OKU).
  • 100% pengecualian cukai jalan turut diberikan kepada kenderaan eletrik (EV) sebab nak support pembangunan industri EV tempatan.Subsidi untuk pembelian kerusi keselamatan kereta kanak-kanak


6.  Subsidi untuk pembelian kerusi keselamatan kereta kanak-kanak

Ni khas untuk keluarga B40, korang akan diberi subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian car seat kanak-kanak.

 

7. Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 9% dilanjutkan

 

Menurut Menteri Kewangan, KWSP akan extend tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% kepada 9% sehingga bulan Jun 2022. Langkah ni untuk meningkatkan jumlah duit dalam tangan rakyat.

 

8. Pengecualian cukai keuntungan harta tanah (CKHT)

CKHT tidak lagi dikenakan untuk hartanah yang dilupuskan dari tahun keenam dan seterusnya bagi individu warganegara, pemastautin tetap dan syarikat.

 

9. Percuma kit kebersihan tiap bulan untuk remaja perempuan B40

Kit kebersihan asas untuk wanita akan diberikan secara percuma tiap-tiap bulan kepada 130,000 remaja perempuan dari golongan B40. Pengagihan kit akan disertai dengan kempen kesihatan reproduktif dan inisiatif untuk tambah ilmu berkaitan di sekolah.

 

10. Semua korang kena tahu pasal pelepasan cukai!     

  • Pelepasan khas cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan domestik sehingga RM1,000 dilanjutkan sehingga Tahun Taksiran 2022.
  • Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV. 

Selain tu, gomen jugak akan:

  • Melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sebanyak RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022
  • Meluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu buat pemeriksaan kesihatan mental untuk tanggung kos khidmat konsultasi dengan pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal dan kaunselor yang berdaftar.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.
  • Pelepasan cukai sehingga RM4,000 untuk pencarum KWSP secara sukarela bagi mereka yang bekerja sendiri dan pekerja gig.
 

11. Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam       

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 akan diberikan kepada 1.3 juta anggota penjawat awam Gred 56 kebawah bagi menghargai pengorbanan mereka menjalankan tanggungjawab ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Tak cukup dengan tu, pesara kerajaan turut akan dapat bantuan tunai RM350 secara on-off.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)