Jom tengok pilihan kad ganjaran kesetian petrol yang ada kat Malaysia
Petronas Mesra | Shell Bonuslink | Petron Miles | Caltex Journey | BHPetrol Ecard | |
---|---|---|---|---|---|
Nisbah Pengumpulan Mata? | 1 liter bahan api = 1 mata RM1 yang dibelanjakan di Kedai Mesra = 1 mata Pembelian bahan api melalui Aplikasi Setel = sehingga 3x mata |
1 liter bahan api = 1 mata (25% mata tambahan dengan Shell V-Power Racing) RM1 yang dibelanjakan untuk Shell SELECT dan deli2go = 1 mata BONUS: - Dapatkan 25 mata dengan penggunaan 125-250 liter/bulan - Dapatkan 75 mata dengan penggunaan 251-500 liter/bulan - Dapatkan 150 Mata dengan penggunaan >500 liter/bulan |
61 liter bahan api Blaze 100 = 3 mata 1 liter bahan api Blaze 97, Blaze 95, Turbo Diesel atau Diesel Max = 2 mata |
1 liter bahan api = 1 mata | 1 liter bahan api = 1 mata RM1 yang dibelanjakan untuk barangan BHPetromart = 1 mata |
Nisbah mata tebusan? | Untuk setiap 100 mata = RM1 | Untuk setiap 100 mata = RM1 | Petron Blaze: 450 mata = RM5 1600 mata = RM20 3000 mata = RM45 Barangan serbaneka ‘Treats’: Untuk setiap 100 mata = RM1 |
Untuk setiap 100 mata = RM1 | Untuk 550 mata = RM5 nilai bahan api Untuk 950 mata = RM10 nilai bahan api |
Boleh ke gunakan kad untuk Kumpul/Tebus Mata Di Tempat Lain? | Mesra Rewards membolehkan korang tebus tawaran hebat pada harga diskaun yang banyak samada kat restoran, salun kecantikan, spa, gimnasium, tempat hiburan, kedai dan banyak lagi. | Korang dapat fleksibiliti untuk kumpul mata ganjaran daripada rakan kongsi Bonuslink yang lain dan guna mata terkumpul untuk tebus alat elektronik, aksesori perjalanan, produk mewah dan banyak lagi produk yang ada dalam katalog BonusLink. | Korang boleh tukar mata ganjaran Miles korang kepada Enrich Points dan tebus macam-macam ganjaran daripada penerbangan, upgrade tempat duduk, akses Golden Lounge, makan dan banyak lagi. Selain tu korang boleh dapatkan 3 mata ganjaran dengan menempah penginapan korang guna Agoda dengan setiap RM 1 yang korang belanjakan. |
Korang boleh dapatkan dan tebus mata ganjaran kat mana-mana pedagang B Infinite yang terlibat Starbucks, Kenny Rogers & banyak lagi. | Anda jugak boleh dapatkan ePoints daripada cawangan rakan kongsi BHP. Selain tu, 10X ePoints jugak akan diberikan bila korang renew insurans motor SmartDrive yang disediakan oleh AXA Affin General Insurance Berhad melalui laman web BHPetrol. |
Mata yang terkumpul tu ada tarikh luput ke? | YA. Mata sah untuk 3 tahun dari tarikh transaksi. |
YA, Mata BonusLink sah selama 3 tahun. Selepas bulan ke-36, mata akan tamat tempoh secara bulanan, secara 'first in first out’ | TAK ADA tarikh luput untuk Mata Petron Miles selagi korang buat 1 pembelian dalam tempoh 12 bulan. | YA, BPoint tamat tempoh 36 bulan dari tarikh jualan atau pembelian, pada asas keluar dahulu dahulu. | YA, mata terkumpul pada eKad BHPetrol hanya akan sah selama 3 tahun dari tempoh kali pertama korang dapatkan. |
Jadi, mana satu yang paling berbaloi untuk poket korang?
Sebenarnya, setiap kad petrol ni guna taktik yang lebih kurang sama je kalau korang tengok sekilas pandang. Untuk ketahui kad ganjaran mana yang bagi lebih nilai dan penjimatan, kami telah bandingkan lima kad ganjaran petrol yang paling femes berdasarkan nisbah mata ganjaran dan penebusan serta keistimewaan yang kiotrang dah tunjukkan kat korang sebelum ni.
Bagi memudahkan korang, kami bagi contoh senario.
Katakanlah korang bawak kereta Proton Iriz. Tiap minggu korang akan isi penuh petrol RON95 dalam 40 liter (harga satu liter RON95 bersamaan RM2.05/liter setakat 1 Ogos 2022). Lepas tu, beli pulak beli Wonda Coffee (RM2.50) — dah jadi tabiat biasa.
Petronas Mesra | Shell Bonuslink | Petron Miles | Caltex Journey | BHPetrol Ecard | |
---|---|---|---|---|---|
Jumlah Mata Yang Diperolehi Untuk (Sekali Pergi) | 40 liter minyak RON95 = 40 mata Wonda Coffee = 2 mata Jumlah = 42 mata |
40 liter minyak RON95 = 40 mata Wonda Coffee = 2 mata Jumlah = 42 mata |
40 liter minyak RON95 = 80 mata | 40 liter minyak RON95 = 40 mata | 40 liter minyak RON95 = 40 mata Wonda Coffee = 2 mata Jumlah = 42 mata |
Jumlah Mata Yang Diperolehi Untuk Bulan Ini (Kalau Pergi 4 kali) | 42 mata x 4 = 168 mata | 42 mata x 4 = 168 mata Mata bonus untuk 125-250 liter/bulan = 25 mata Jumlah = 193 mata |
80 mata x 4 lawatan = 320 mata | 40 mata x 4= 160 mata | 42 mata x 4 = 168 mata |
Kalau kita tengok analisis kat atas ni, nampaknya kad Petron Miles yang paling top untuk mata ganjaran terkumpul paling banyak melalui pembelian petrol, diikuti dengan Bonuslink, Petronas Mesra, BhPetrol e-Card dan Caltex Journey.
Ini dipengaruhi oleh nisbah mata ganjaran yang tinggi; iaitu 2 mata untuk setiap liter yang dibeli — maksudnya, menjelang akhir bulan depan, korang cuma perlu isi minyak kereta korang dan korang boleh tebus minyak RM5 unutk 450 mata. Korang jugak tak payah susah-susah untuk dapatkan lebih banyak mata ganjaran kalau korang selalu guna petrol Blaze 97. Kami percaya ni adalah satu pilihan yang tebaik kalau korang sejenis yang kerap memandu atau selalu travel — boleh dapat lebih mata ganjaran untuk tempahan Agoda dan tukarkan kepada Enrich miles.
Lagi syok bila mata yang terkumpul tu takde tarikh luput; selagi korang buat 1 pembelian dalam tempoh 12 bulan — salah satu pilihan untuk korang simpan mata selama mana yang korang nak.
Sumber imej: Image source: Petron Miles
Untuk penebusan minima pulak, Petron Miles ni agak payah jugaklah. Ya, mekanisme untuk dapatkan mata ganjaran dia memang lagi tinggi berbanding kad ganjaran lain, tapi korang perlu kumpul sejumlah besar mata ganjaran untuk layakkan diri untuk penebusan petrol. Contohnya, korang kena ada 450 mata dulu, baru korang boleh dapatkan minyak RM5. Sama jugak macam BHPetrol eCard.
Tapi, untuk kad PETRONAS Mesra, Shell BonusLink dan Caltex Journey, korang boleh tebus ganjaran pada kadar 100 mata untuk RM1 minyak atau barangan yang ada. So, kat sini korang dah boleh tebus ganjaran dalam masa beberapa minggu je.
Sumber imej: shell.com.my
Sementara tu, kalau korang suka kumpul/tebus mata bukan semata-mata untuk isi minyak dan bukan transaksi yang cuma boleh dibuat kat stesen minyak je, kami boleh katakan yang Shell BonusLink dan Caltex Journey paling sesuai untuk korang. Dengan fleksibiliti untuk dapatkan dan tebus mata ganjaran daripada rangkaian yang luas dan menarik dari senarai rakan kongsi Bonuslink atau B-Infinite, semestinya boleh buat pencinta ganjaran gembira!
Namun begitu, antara dua kad ganjaran yang kami sebutkan tadi, kami rasa Caltex Journey Card lagi menarik untuk tujuan penebusan dan lagi mudah.Contohnya, korang boleh je guna BPoint korang (dari kadar serendah 100 mata=RM1) sebagai tunai dan bayar bil Kenny Rogers ROASTERS korang.
Jadi, apakah keputusannya?
Sumber imej: GIPHY
Setakat ni, kami percaya yang tak ada satu pun kad ganjaran yang boleh digunakan untuk semua keperluan. Setiap kad ada keistimewaannya yang tersendiri. So, susah jugaklah nak cakap kad yang mana lagi berbaloi untuk korang. Contohnya, kalau korang cuma nak kumpul mata dari minyak yang korang isi, kami syorkan korang kad Petron Miles. Tapi yang tak bestnya — rangkaian cawangan Petron ni agak sikit berbanding stesen minyak macam Petronas dan Shell. Jadi, korang kena pertimbangkan keperluan dan kehendak korang.
Apa pendapat korang? Kad ganjaran kesetiaan petrol yang mana jadi pilihan korang? Kongsikan dengan kami pendapat korang kat ruangan komen FB. Jangan lupa tau untuk dapatkan harga petrol mingguan terkini, setiap hari Rabu.
Pandu cermat dan jangan lupa guna signal!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: