Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

BY Nisya Aziz

Updated 14 Jul 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Mat motor dan mat kereta memang dah lama tak sebulu. Pemandu kereta bengang bila penunggang motor suka menyelit dekat trafik, tapi penunggang motor pun selalu sumpah-seranah bila kereta masuk simpang tak bagi signal. Ni konfem topik hangat lagi-lagi kalau ada bukti video (kecoh social media!).
 

Tapi bila dua-dua kenderaan ni berlanggar, biasanya penunggang motor yang akan mengalami kerosakan atau kecederaan yang lebih teruk. Tak kiralah apa sebenarnya yang berlaku, selalunya pemandu kereta akan dipertanggungjawabkan.
 

Jadi kalau korang bawa kereta, kena pasrah je ke walaupun tak salah? Dalam artikel ni, jom kita tengok beberapa senario yang boleh berlaku kepada pemandu kereta, dan apa yang perlu dibuat. Bermula dengan…

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Kereta kena langgar motor tapi polis backup dia. Apa boleh saya buat?


Kalau korang betul-betul yakin yang korang berada di pihak yang benar, boleh bawa kes ni ke mahkamah. Jangan lupa untuk maklumkan penanggung insurans tentang pemfailan saman ini sebab polisi korang boleh tampung kos undang-undang sehingga RM2,000. Tak kiralah insurans korang jenis Perlindungan Komprehensif, Perlindungan Pihak Ketiga, ataupun Perlindungan Pihak Ketiga bagi Kebakaran dan Kecurian.
 

Tapi kalau korang rasa macam tak berbaloi untuk ambil cuti sehari dan susah-susah pergi ke mahkamah, biarkan je la. Nak lagi kalau jumlah kerosakan yang telibat adalah terlalu sedikit. 

 

2. Kereta kena langgar motor dan polis pun setuju. Tapi motor ada ke insurans untuk saya claim?

 




Ramai yang sangka korang tak boleh claim bila berlanggar dengan motor sebab mereka tak diwajibkan memiliki insurans kenderaan. Tak betul sebenarnya. Menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987, setiap kenderaan bermotor di Malaysia sekurang-kurangnya perlu ada insurans Perlindungan Pihak Ketiga.
 

Jadi kalau korang kena langgar dengan motor, korang boleh minta pampapasan melalui Tuntutan Kerosakan Harta Benda Pihak Ketiga (atau TPPD iaitu Third Party Property Damage) ke atas penanggung insurans motor tersebut. Korang boleh buat sendiri atau minta tolong penanggung insurans korang yang buat.

 

3. Camne kalau insurans motor dia dah tamat tarikh luput? Atau, memang takde insurans langsung?

 




Malangnya dalam kes ni, korang tak boleh buat tuntutan TTPD. Jangan risau, korang masih boleh buat tuntutan terus kepada penunggang motor dengan mengupah peguam. Tapi macam yang kami cakap tadi, pastikan kos kerosakan adalah cukup tinggi, sebab nak upah peguam ni bukannya murah.
 

Tapi dalam sibuk nak pastikan kerosakan korang dapat diganti balik, janganlah sampai lupa nilai kemanusiaan. Contohnya kalau kos nak repair kereta korang adalah RM900 dan korang mampu nak tampung, mungkin tak berbaloi nak saman penunggang motor yang bergaji rendah dan ada keluarga yang nak dijaga. 
 

Kalau nak paksa tapi dia memang tak dapat bayar nak buat macam mana kan. Dalam kes ni korang mungkin boleh buat tuntutan daripada insurans korang sendiri (contohnya kalau korang ada Perlindungan Komprehensif)

 

4. Camne dengan mat motor yang tak guna laluan motor? Kalau kami berlanggar, siapa yang salah? 

 




Menurut The Star, pengarah Jabatan Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ketika tu, Mahamad Akhir Darus kata penunggang motor yang tak guna laluan motor boleh disaman RM300 (melainkan situasi tertentu macam ada pembaikan jalan). Tak kisahlah berapa CC pun motor tu ada, kena patuh undang-undang yang sama.
 

Antara lebuh raya yang ada laluan motorsikal ni termasuklah Lebuh Raya Persekutuan, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), dan Leuhraya Kajang-Serembang (LEKAS).
 

Jadi camne kalau korang berlanggar dengan motorsikal camni? OK walaupun mereka kena denda sebab tak guna laluan motorsikal, kesalahan masih lagi bergantung kepada siapa langgar siapa. 
 

Dan jangan lupa yang korang pun boleh kena denda. Kalau korang memandu secara merbahaya atau tengah mabuk air ketum ke apa, korang boleh disaman RM300 atau lebih bergantung kepada kesalahan.

 

Situation 5: Saya nak settle kat luar je. Berapa saya perlu minta untuk kos repair?

 




Mengikut undang-undang, segala kemalangan perlu dilaporkan kepada polis dalam tempoh 24 jam. Kalau korang gagal buat benda ni, boleh disaman RM120 atau lebih kalau lewat buat laporan.
 

Bukan itu je, korang mungkin nak maklumkan penanggung insurans walaupun dah selesaikan dengan penunggang motor dan tak nak buat tuntutan insurans – sebagai langkah berjaga-jaga takut dia failkan TPPD ataupun Tuntuntan Kecederaan Pihak Ketiga (TPBI iaitu Third Party Bodily Injury) ke atas insurans korang.
 

Apa pun, kalau korang bersetuju tak nak tuntut insurans, korang boleh pergi ke bengkel yang korang percaya atau bengkel panel yang diiktiraf, asalkan ada pelaras kerugian berlesen bebas (independent licensed adjuster). Pelaras ni akan nilai kerosakan yang berlaku kalau buat laporan tentang anggaran tempoh yang diperlukan untuk baiki kereta, juga dikenali sebagai Ganti Rugi Masa Pembaikan (Compensation for the Actual Repair Time iaitu CART). 
 

Ye lah, bila takde kereta korang kena belanja lebih untuk naik teksi apa semua, jadi korang boleh tuntut CART sebagai tambahan ke atas tuntutan kos pembaikan tadi.

 

Pastikan tahu hak korang sebelum kemalangan berlaku!


Apa yang disenaraikan dalam artikel ni hanyalah beberapa contoh kemalangan yang boleh berlaku antara kereta dan motorsikal, dari sudut pandang pemandu kereta. Nanti, kami akan tulis artikel dari sudut pandang penunggang motorsikal pulak.

Jadi jangan lupa kongsi artikel ni dengan kawan dan keluarga, supaya korang tahu apa nak buat bila benda ni terjadi! Kalau korang tahu ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang memandu tanpa insurans motorsikal, jadilah insan yang bertanggungjawab dan ingatkan korang supaya diorang beli insurans motosikal untuk keselamatan sendiri!




BACA JUGAK:

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)